Dengan menyebut nama Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang



Aku adalah seseorang
Seseorang yang punyai amarah, sedih, kecewa, bahagia, sepi, dan duka
Seseorang yang lahir ke dunia ini
Bukan untuk dihina,
Bukan untuk dicaci,
Bukan untuk dipuji,
Malah bukan untuk diangkat
Hadirnya blog ini bukan untuk berpolitik
dan bukan juga untuk berceramah
Kerna aku tidak layak untuk itu

Cukuplah kiranya blog ini sebagai peneman ku di kala sepi.




Wednesday, April 6, 2011

Debaran kian terasa....

Last day di PKD Kota Setar memang sadis. Bukan sadis sebab tinggalkan PKD ni, sadis pakku bad mood. Nda taulah apa salah kami. Mungkin sebab ppkp sini ada mengadu yang bukan2 pasal kami. jadi mungkin pasal tulah dia marah sangat. Ini blom lagi jam 5 dah kena macam ni. Huhuhuhu..

Tapi hati aku lebih nervous masuk A&E di Hospital Yan. Debaran kian terasa, mungkin jumaat atau sabtu kami bertolak pi Hospital Yan. Aku rasa macam jantung aku ni lemah sangat, rasa mau pengsan pun ada. Debaran kian terasa. Bayangkan aku berada di sana selama sebulan, buat kerja disana, present case disana, rawat orang disana. Macam2lah.. Aduhai.. Debaran kian terasa. Pagi tadi aku bangun dari tidur pun, aku terbayang-bayang keadaan di Yan trus rasa macam lemah jantung aku dan yang pasti, aku akan merindui katilku yang tersayang ni. Huhuhuhu... Debaran kian terasa.. Huarrgghhh... Tak sanggup lagi aku.. Aku risau sangat2 ni. Mcm manalah hidup aku lepas ni.. Macam manalah tahap keyakinan aku lepas ni. Ada juga aku dengar pengalaman-pengalaman roomate aku yang pernah posting di A&E Hospital Yan, ada yang best, ada yang lucu dan ada yang menakutkan.. Huhuhuhu.. Tak sanggup eden menanggungnya.. huuuhuhuh...

Tuesday, April 5, 2011

Hamba Allah


second day before last day. (cewah beromputih pla aku nie.. ngada-ngada betul).. Baru hari ini aku berpeluang menjumpai hamba Allah yang benar-benar ikhlas dalam melakukan kerja. Tak payah tengok dari cara dia buat kerja, cukup pada wajahnya, sudah boleh menerangkan macam mana orang nya. Penuh dengan tatasusila bila bercakap dan paling penting mukanya seolah-olah muka dia bercahaya. Muka yang selalu sujud pada Allah. Kelmarin masa sesi melapor diri dengan dia, aku agak umur dia mesti dalam 40-an macam tu. Dengarlah celoteh dan nasihatnya yang penuh pengalaman tu, tup-tup rupa-rupanya dia umur 60 lebih.. Mak aii... Awet muda betul.

Banyak betul nasihat dia bagi terutama sekali nasihat awet muda. Dia bagi advicelah pasal awet muda ni.. Dia kata "banyak solat, banyak senyum, banyak makan makanan berkhasiat, makan supplemen, dan paling penting senaman. Kita kalau makan supplemen tapi tak senaman pun tak sihat gak. Senaman tapi tak jaga makan pun tak sihat gak. jadi kenalah seimbang." Itulah nasihat orang yang dah berpengalaman kepada kami yang belum berpengalaman. Aits, berpengalaman di sini bukan yang 18SX ek, berpengalaman di sini aku maksud dari segi perjalanan hidupnya, suka duka hidup di dunia. Yelah dia lebih dulu 'makan garam dari kami yang muda ni'.

Masa pergi lawat di sebuah sekolah tadi, nampak hamba Allah tu buat kerja dengan teliti dan happy. Yang aku perasan tadi, semasa dia berurusan dengan orang, dia pasti akan melemparkan senyuman. Emm, memang tenang dia melakukan kerja. Jarang-jarang aku jumpa yang macam tue, 1 antara 1000. hehehehe.. No wonder mukanya still nampak muda lagi. Heheheh.. bukan jatuh cinta, tapi lebih kepada kagum. Kan bagus kalau aku dapat mengekalkan kemudaan aku masa umur aku sudah lanjut.. Heheheheh..

Aku rasa aku perlu belajar daripada hamba Allah ini. Ini lah beza orang dulu dengan orang sekarang.

Sunday, April 3, 2011

Seminggu..?

Seminggu. Walaupun nda berapa seminggu sangat. Hah? apa yang seminggu..? heheheh..
Yang aku maksudkan seminggu ni, penempatan praktikal aku di PKD bakar bata ni tinggal seminggu lagi. Hepi? yup! Mestilah hepi sebab mau abes sudah di sini tapi takut pula sebab pasni praktikal di Hospital Yan pla. Bukanlah menakutkan sangat pun, cuma nervous menghadapi sesuatu yang bakal2 jadi kerja Aku nanti. Yelah selama ini praktikal di tempat yang bukan kerja MA yang sebenar. Asyik2 wad, pastu tersangkut di PKD pula. Hancus skill.. heheheh mengada-ngada pula.

Mau dekat hujung sem sudah ni, ada sudahkah pengisian ilmu aku untuk kerja nanti.. Tepuk dada, rasanya belum cukup lagi.. Risau pula macam ni. Yelah macam mana mau rawat pesakit kalau keyakinan tiada. Huhuhuhuhu... Tambah lagi posting lepas ni di A&E, konpom terketar-ketar aku nanti. Kena study lagi macam ni. Huhuhuhu..

Saturday, April 2, 2011

Syukur


Bulan ni aktif pla aku buat blog. Selalunya tiada idea. hehehhe.. Mungkin sekarang ni dilanda kebosanan tu yang buat blog nie. Mengisi masa lapanglah katakan. cewah..

Tinggal berapa hari lagi, aku posting di A&E yan. Rasa nervous, berdebar-debar,takut,seram,hepi smua bercampur jadi satu. Resultnya, rasa malas nak pi. Hehehe.. Padahal dulu punyalah excited mau masuk A&E. Sekarang nie, entahlah. Tulah manusia, mudah berubah-ubah fikiran. Hampeh tol.

Kadang-kadang, kerja MA ni menginsafkan aku. Yelah, setiap hari jumpa dengan orang sakit,dengar keluhan dorang dan rawat dorang. Standardlah kerja MA. Kadang-kadang rasa geram juga dengan ragam orang pelbagai, ada yang sakit sikit tapi menjerit macam mau mati ja(maaf kalau terkasar). Ada yang setakat luka kecil ja, tapi teriak macam orang histeria. Ada yang sakit dah dekat nak mati banyak perangai pla, itu tak boleh, ini tak boleh, "dik buat perlahan-perlahan ek." Ada juga pesakit yang nampak muka aku ni, refuse pla. heheheh, yang tu memanglah sebab aku nie buat kerja ada ganas sikit. heheheh.. Memang nda dapat dinafikan aku ni masih lagi ada panas baran lagi, tapi aku berusaha untuk mengawal terutamanya kepada pesakit.

Bila aku duduk sendirian, aku bersyukur sangat yang aku sekarang masih lagi sihat walafiat. Kaki masih lagi boleh berjalan, tangan masih lagi boleh menulis, otak masih lagi berfikiran waras(cuma kadang2 pelupa juga,heheheh), pokoknya masih berdaya untuk buat urusan dengan sendiri. Bila teringat muka pesakit di wad yang ada kehilangan kaki, tak dapat bergerak, tangan berbalut, otak tak waras(psy), ada yang berak pun kena minta bantuan, kena pkai pampers, hati aku jadi sayu. Teringat lagu Raihan, "Sihat sebelum sakit, muda sebelum tua, kaya sebelum miskin,lapang sebelum sempit, hidup sebelum mati". Lagu penuh pengajaran. Orang awam takkan paham keadaan tu.

Selalu aku perhatikan pesakit-pesakit aku yang bermacam ni dengan sakit yang memang sadis, dorang sombong pula. Bukan sombong sesama manusia, sombong dengan Allah. Ya, memang pesakit-pesakit aku ada yang stump, ada yang tak dapat bangun, ada yang langsung tak dapat bergerak. Cuma sepanjang aku praktikal di wad, tak ada satu pesakit yang minta tolong dengan aku untuk ambil wuduk. Ya, tiada satu pun. Sorrylah, bukan aku berlagak aku ni ustazah, tiada niat pun. setahu aku, sakit datang dari Allah, apa salahnya kita sujud pada Allah minta dikurangkan rasa sakit ataupun mohon diampunkan dosa-dosa yang lalu. Mungkin hari ini kita kehilangan kaki, entah-entah esok kita diambil Allah. Siapa tahu. Tiada siapa tahu. Daripada terpekik melolong, menjerit, merintih menahan kesakitan tu apa salahnya nikmat suara kita ni banyakkan berzikir. InsyaAllah, hati kita yang keras ni akan jadi lembut dan boleh terima keadaan kita dengan redha.

Aku pun manusia biasa, mungkin aku lagi teruk berbanding pesakit-pesakit aku yang sakit. Cuma, apa salahnya aku melahirkan pendapat aku. Mungkin orang tak dapat terima, nda palah. Bukan aku suruh terima bulat-bulat. At least ingatlah, kita ni pun hamba Allah. Bila-bila masa ja, akan pergi meninggalkan dunia yang fana ni. Aku nak tegur orang, rasanya tak layak. Aku rasa bersyukur dengan kerja aku nie, bukan setakat membantu orang, malah menginsafkan aku.