Dengan menyebut nama Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang



Aku adalah seseorang
Seseorang yang punyai amarah, sedih, kecewa, bahagia, sepi, dan duka
Seseorang yang lahir ke dunia ini
Bukan untuk dihina,
Bukan untuk dicaci,
Bukan untuk dipuji,
Malah bukan untuk diangkat
Hadirnya blog ini bukan untuk berpolitik
dan bukan juga untuk berceramah
Kerna aku tidak layak untuk itu

Cukuplah kiranya blog ini sebagai peneman ku di kala sepi.




Wednesday, June 29, 2011

Mati tidak mengenal usia..

Mati itu pasti.. Mati tidak mengenal usia. Tidak kira tua atau muda, bila tiba waktunya, kita pasti akan mati. Cuma bersediakah kita untuk mati?

Belek punya belek aku punya FB, aku ternampak FB kawan aku sorang ni. Post wall dia semuanya yang sedih2. Aku pun baca lah. Semuanya untuk boyfriendnya yang bernama Mohd Ali Sarno yang meninggal pada awak bulan jun 2011. Arwah meninggal pada umur 22 tahun. Muda kan? Tapi ajal dan maut tidak mengenal usia. Bila tiba waktu, kita pasti akan pergi. Apa kaitan Mohd Ali Sarno sama aku??

Aku kenal Mohd Ali Sarno ni di St Paul sebagai budak pengacau. Dia senior aku, selalu dia ngan geng dia datang mengacau pi kelas kami. Ndalah mengacau sampai bikin kecoh.. Ndalah sampai macam tu, tapi dia datang saja mau usik2 kawan aku. Dalam masa yang sama, dia berkenan ngan kawan aku Theffany Debra Stephen. Tup2 dorang kapel.. Tapi memang nda dapat nafilah, pandangan aku sama Arwah dulu, yang dia adalah budak pengacau dan sangat merimaskan. Cuma sepanjang aku rasa arwah irritate, nda penah pla dia membelasah atau menumbuk budak2 lain.

So far, dia memang ok jugalah. Tapi berita terbaru aku dapat sejak dari tahun lalu, dia kapel ngan kawan aku yang bernama NurFazeila sampailah dia meninggal dunia ni. Well, first thought aku fazeila punya main baik dan sopan santun, dapat BF macam Ali(yelah aku nda kenal dia sepenuhnya), nakal sangat. Trus dalam fikiran aku, 'emm lama2 nanti putus lah tu, lelaki tu mana amik serius'.. Itulah pandangan aku. Menyesal aku cakap macam tu, sebab hubungan dorang terputus bukan disebabkan lelaki tu, tapi Allah lebih menyayangi Arwah. Tadi aku nampak kakaknya post gambar Arwah. Kasihan, usia yang masih muda arwah pergi tinggalkan mereka. kakaknya siap ada nada penyesalan gak, dan kakaknya dan kenalan Arwah nyatakan yang arwah ni baik, selalu bantu orang, susah marah, peramah, penyayang, dan sanggup bersusah payah demi orang lain. Itu menurut kakak dia, aku tak berapa kenal dia. Tapi aku rasa sedih gak sebab aku pernah berburuk sangka dengan arwah. Andai sememangnya arwah bukan seperti yang aku anggap tu, aku doakan dia mendapat balasan yang baik2.. aku doakan dia ditempatkan bersama para solihin.. Al-fatihah

Monday, June 27, 2011

???

Kecewa?
Ketika aku menanti detik 7hb Jun, iaitu tarikh aku balik sabah, hati aku betul-betul dalam pemberontakan yang nyata. Mana tidaknya, kalau tanya hati aku time tu, aku nda mau balik. Aku mau stay di Kedah and spent time ngan futsal yang mana aku terpilih. Tapi apakan daya aku, parents terlebih dahulu beli tiket flight aku.




















Geram?
Ya, ada juga. Tipulah kalau aku cakap aku nda geram dengan tindakan parents aku. Yalah, sebelum Januari 2011, aku penah cakap ngan mama aku, cuti sem bulan jun 2011 nnti aku nda mau balik, dengan alasan Tahun akhir di Kedah mau meluangkan masa lama di Kedah. Mama pun setuju. Tup-tup, masa awal bulan Mac mama aku beli tiket flight walaupun ada kesilapan pada tiket.

Bengang?
Masa sampai ja dirumah, aku terpaksa jadi babysitter tak bergaji, yelah menjaga anak abang aku, tp dia entah hilang ke mana. Seolah-oleh kepulangan aku adalah untuk menjadi babysitter kepada budak-budak yang nakal sama perangai macam bapa dia. Kalau jalan-jalan di tempat awam, malunya aku bukan kepalang bila tingu budak 2 ekor tu berlari-lari. Rasa jatuh ja muka aku ni pastu hati aku mula lah mengomel nda tentu pasal perangai abang aku yang nda pandai jaga anak sendiri. Tahu menyusahkan aku dan mama aku. Nasib baiklah parents aku ni kira masih sihat walafiat, mampu menjaga. Tapi agak-agaklah anak sendiri nda pandai tingu.

Sayu?
Selama berhari-hari aku bengang, tiba-tiba aku sayu pula. Hari ini, mama aku sendiri masak gulai ikan patin untuk aku dan adik aku. Bila kenangkan balik, betul kata sahabat aku, yang mama aku ni mungkin rindu sangat kat aku. Sampai sanggup cari ikan patin semata-mata mau kasi aku rasa sebelum aku balik kedah 28hb. Betul, memang aku yang beriya-iya balik kedah secepat mungkin, tp hari ini aku rasa macam berat hati mau balik. Berat hati mau tinggalkan rumah ni. Sayu sangat.

Aku manusia tidak sempurna, tidak bersyukur atas apa yang aku ada. Aku patut bersyukur kerna mempunyai Ibubapa yang sangat sayang aku dan adik-beradikku. Seburuk mana pun dorang, dorang tetap ibubapa yang melahirkan dan menjagaku dari kecil hingga besar. Sungguh aku tidak menghargai permata yang amat bernilai di depan mataku.

Monday, June 6, 2011

Miss??

Esok 7hb, aku akan menjalani pengembaraan balik ke Beaufort, tanah tumpah darahku.. Hepi?? Aku lebih suka kata yang aku dalam kesedihan. Bukan tak suka balik, cuma fikiran aku sekarang nie terbayangkan futsal. Rindu aku ngan sukan tu. Rindu sangat2. Hinggakan saat aku terpandang kasut futsal aku, hati aku jadi ngiluuu yang amat. Huhuuhuh..

Entah dapatkah lagi main futsal lepas abes study ni. Tak tahu.. Rasa mau nangis, tapi nda dapat.. Ooooo futsal, i miss u so much..!

Sunday, June 5, 2011

3 kg?

Hari ini bosan yang amat dalam bilik, jadi aku pun decide pi gym.. Yelah dekat 2 bulan aku nda pi gym.. Kendur segala otot2..(erkk???).

Masuk pi gym, di sapa oleh staffnurse yang bertugas dalam unit tu.. Maklumlah pelanggan tetaplah katakan.. Setiap hari nampak muka ini ja pi gym... Bila jarang nampak tu yang tertanya2 tu.. aiseymen.. hehehehe... Dalam gym tu, nmpk pla mamat yang selalu berkunjung di gym.. Kira sama macam aku jugalah, pelanggan tetap.. Entah apakan namanya aku pun nda penah amik tau, tapi sejak aku pi gym dari bulan 3 smpilah sekarang ni, aku tingu badan dia macam tu jugak, lembik juga.. Tiada perubahan pun..(jahatnya aku.. Hehehehe) Yalah, kalau sudah lebih 2 bulan pi gym rasanya ada sudah ketul2 di badan dan of kos badan semakin menarik, tapi aku tingu macam besa ja, tiada perubahan langsung. Mamat tu pi gym kah apa? pelik bebenor.. hahahah.

Well, aku dapat rasakan aku semakin lemah sudah mengangkat beberapa dumbell yang mana dulu aku kira masih larat lagi mau angkat. Baru angkat 10 kali, rasa mau pitam sudah aku rasa. Ish2 itulah akibatnya jarang pi gym.. Ishnyalah.. belum smpai 15 minit, sistem badan aku(aiseymen sainslah pla..) menyuruh aku untuk berehat.. Perghh, tahap kronik.. Nda penah aku selemah ini.. huhuhuhu..

Dalam jam 4 petang aku pun mau balik.. Sebelum balik, aku menyinggah dulu bilik staffnurse mau menimbang berat badan. Alangkah terkejutnya aku dan termenung sejenak, berat badan aku turun 3 kg berbanding berat badan aku yang dulu. Oh tidak...! Apakah yang telah terjadi pada diriku... Patutlah aku lemah dan tidak bermaya(ayat kena power sikit..) rupanya kurang lemak.. Berita gumbira tapi dalam masa yang sama mendukacitakan.. Gumbira sebab aku turun berat badan tapi mendukacitakan sebab aku dapat rasakan badan aku semakin lemah.. parah macam ni... Aku mesti menaikkan kembali berat badan aku.. tapi, how???






Saturday, June 4, 2011

Aku hampir lupa....
















Aku hampir terlupa yang dia suka warna kuning.
Aku hampir terlupa yang dia suka dragon ball dan pokemon.
Aku hampir terlupa yang horoskop dia cancer.
Aku hampir terlupa dia lahir bulan julai.
Aku hampir terlupa yang tarikh lahir dia 5 minggu sebelum tarikh lahir aku..
Aku hampir terlupa warna kulitnya hitam manis.
Aku hampir terlupa yang dulu dia pernah jadi pengawas.
Aku hampir terlupa yang dia adalah anak cikgu.
Aku hampir terlupa yang dulu dia penah bagi aku hadiah.
Aku hampir terlupa kami penah berkirim surat.
Aku hampir terlupa yang aku pernah asyik melihat tariannya.
Aku hampir terlupa yang dia adalah motivasi aku memakai tudung.
Aku hampir terlupa senyumannyalah yang buat aku bagai nak gila.
Aku hampir terlupa aku pernah merinduinya bertahun lamanya.
Aku hampir terlupa namanya telah lama terpahat dihati aku.

Aku hanyalah manusia biasa. Punya hati dan perasaan. Aku cuba untuk melupakan dia, tapi rindu ini datang juga. Aku lemah. Bila mulai rasa rindu. Aku tidak kuat. Aku perlu untuk lupakan dia. Semakin aku rindu, semakin hatiku disayat rasa pilu.. Bantu aku lupakan dia..

Thursday, June 2, 2011

Filem Karak..


Baru ja meenonton filem karak.. Overall, oklah. Well, standardlah filem Malaysia tapi aku sebagai rakyat Malaysia of course sentiasa support. Cerita tu bagi aku best sebab ada mesej tersendiri dan sangat unik berbanding filem seram yang lain. Ceritanya memang pasal lebuh raya Karak, tapi penekanan cerita lebih kepada Ayat Kursi.

Masa masuk dalam panggung wayang tu, semua orang pakat menjerit, aku pun terkejutlah ingtkan aku yang muka macam hantu, rupa2nya cerita start sudah lah.. Aku lambat beberapa minit ja tadi. Well, start duduk ja, orang menjerit lagi. Beb, ceritanya nda seram manalah kecuali sampai pada satu scene. Pasal ayat kursi. Antara dialog pak cik dalam movie tu, "Baca ayat kursi, jangan setakat hafal sahaja ayat. Fahami maksudnya dan baca dengan yakin". Wow, aku rasa betul jugak 'pak cik' dalam cerita tu cakap.

Kebanyakkan orang, tahu baca dan hafal ayat kursi, tapi tidak mengamalkan dan faham benar2 ayat tu.. Hanya baca time takut ja. Bagi sesetengah orang, ayat kursi hanyalah penghalang atau penghalau hantu ja. Tidak ramai yang ambil tahu khasiat sebenar ayat kursi. Dalam cerita karak tu, pengarah filem tu beri gambaran dengan penonton apabila kita hanya membaca ayat kursi bila nampak hantu dan ketakutan, hantu tu siap menari-nari ada lagi yang siap mengejek. Apa taknya, baca ayat kursi pun berterabur pastu nda tau makna.. Terbahak2 hantu ketawa..(eh, itu gambaran aku ja..hee..) astaghfirullah.. Aku pun bukannya alim ulama mau mempertikaikan kebolehan orang untu membaca ayat-ayat suci ni, tapi itulah hakikatnya orang zaman sekarang. Bila takut, pasang tape ayat kursi. Lama2 hantu pun lali ngan suara orang yang sama ja baca ayat kursi. Apa salahnya gunakan suara kita yang lunak ni membaca ayat2 suci..(Lunak ke?)

Dalam cerita tu juga, pengarah filem menunjukkan betapa seorang gadis yang dulunya alim ulama, siap penah jadi juara musabaqah tiba2 bukak tudung dan kapel. siap pegang2 tangan lagi.. Itu kah gaya dan cara orang alim, berubah sepenuhnya sanggup bukak tudung dan dedahkan aurat untuk lelaki yang bukan muhrim. Dalam cerita tu juga, teguran sedikit sinis kepada kita khususnya orang islam apabila bab soal sembahyang dibabitkan. Ada satu scene, zura kiranya heroin cerita karak risau keadaan kawan2nya yang sesat dihutan. Dia mau cari tapi dihalang oleh tok malam(pak cik yang aku sebut di atas). Tok malam kata, "berapa lama sudah kamu tidak sembahyang?".. Tersentak si zura dengan statement berani mati si tok malam tu. Well, soalan tu rasanya bukan setakat untuk heroin filem tu ja, rasanya soalan tu sesuai untuk masyarakat khususnya orang islam. Yalah, kita diwajibkan solat 5 waktu sehari semalam, tapi tidak semua orang islam yang solat lengkap 5 hari sehari semalam. Ada yang 2, ada 3, ada yang 4, dan kadang2 ada yang tiada langsung. Aku pun bukan insan yang baik apatah lagi sempurna, tapi rasanya kita pun tahu hukum meninggalkan solat fardhu. Tapi bagi yang tidak tahu, meninggalkan solat itu hukumnya berdosa besar. Itu yang aku tahu, sebab aku masih lagi bertatih dalam mencari diri aku yang sebenar dan menggapai manisnya cintaNya. Aku hanya manusia biasa yang hanya ada sedikit ilmu pengetahuan tentang agama.

Apa2 hal, aku syorkan kepada semua orang untuk menonton filem Karak ni, bukan setakat ada mesej tersendiri. Aku lebih suka syorkan untuk supportlah buatan malaysia.. heheheh... Yeahhhh....!