
Aku hampir terlupa yang dia suka warna kuning.
Aku hampir terlupa yang dia suka dragon ball dan pokemon.
Aku hampir terlupa yang horoskop dia cancer.
Aku hampir terlupa dia lahir bulan julai.
Aku hampir terlupa yang tarikh lahir dia 5 minggu sebelum tarikh lahir aku..
Aku hampir terlupa warna kulitnya hitam manis.
Aku hampir terlupa yang dulu dia pernah jadi pengawas.
Aku hampir terlupa yang dia adalah anak cikgu.
Aku hampir terlupa yang dulu dia penah bagi aku hadiah.
Aku hampir terlupa kami penah berkirim surat.
Aku hampir terlupa yang aku pernah asyik melihat tariannya.
Aku hampir terlupa yang dia adalah motivasi aku memakai tudung.
Aku hampir terlupa senyumannyalah yang buat aku bagai nak gila.
Aku hampir terlupa aku pernah merinduinya bertahun lamanya.
Aku hampir terlupa namanya telah lama terpahat dihati aku.
Aku hanyalah manusia biasa. Punya hati dan perasaan. Aku cuba untuk melupakan dia, tapi rindu ini datang juga. Aku lemah. Bila mulai rasa rindu. Aku tidak kuat. Aku perlu untuk lupakan dia. Semakin aku rindu, semakin hatiku disayat rasa pilu.. Bantu aku lupakan dia..
No comments:
Post a Comment