Dengan menyebut nama Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang



Aku adalah seseorang
Seseorang yang punyai amarah, sedih, kecewa, bahagia, sepi, dan duka
Seseorang yang lahir ke dunia ini
Bukan untuk dihina,
Bukan untuk dicaci,
Bukan untuk dipuji,
Malah bukan untuk diangkat
Hadirnya blog ini bukan untuk berpolitik
dan bukan juga untuk berceramah
Kerna aku tidak layak untuk itu

Cukuplah kiranya blog ini sebagai peneman ku di kala sepi.




Thursday, December 29, 2011

Perpisahan.....

Assalammualaikum....

Lama juga tak update blog ni... heheheh... Aku bukannya ada banyak follower pun nak sentiasa update...(perasan pla diri ini..) Memandangkan aku punya masa lapang semenjak jadi penganggur terhormat ni, ok juga update blog ni... hilang juga rasa bosan... hehe

Hampir seminggu aku meninggalkan kedah... aku telah abes menamatkan diploma penolong pegawai perubatan di alor setar.. 3 tahun dalam pengajian, 3 tahun berada di kedah dan 3 tahun menjadi student, bermacam-macam kisah yang ku dapat sepanjang 3 tahun berpisah ngan sabah ni. Dan kini aku akui, terbit rasa rindu yang amat. Tipulah kalau aku kata tak nangis. Sedih berpisah dengan sahabat-sahabat yang dicintai.

Miss them.... So much...


Perpisahan....  Itulah yang akan di alami oleh semua orang termasuk aku sendiri. Sakitnya berpisah itu mana mungkin kita nampak dengan mata kasar. Ia hanya mampu dirasai oleh orang yang mengalami perpisahan. Bukanlah sakit apa pun, derita rindu pada orang yang kita sayang ja yang perit. 

Perpisahan yang aku alami sekarang ni, aku boleh katakan perpisahan yang sementara.  eh?? (tadi aku kata dah tamat pengajian, bermakna berpisah dengan kolej dan kawan...) Jadi kenapa aku kata perpisahan sementara. Walhal, hakikatnya keadaan tidak mungkin sama seperti dulu.  Lepas ni aku dengan sahabat-sahabat saya khususnya Roomateku belum tentu dapat bertemu dan bergurau sepertimana keadaan kami menjadi teman sebilik.  Agak sukar untuk bertemu sebab masing-masing akan membawa haluan sendiri..(berharap sangat yang dorang taklah lupa akan diriku yang sentiasa merindui mereka..) Huhuhuhuhu...T.T

Perpisahan ini sememangnya sementara.  Kerna yang memisahkan antaraa ku dengan sahabat-sahabatku adalah jarak. Bayangkan perjalanan untuk aku bertemu dengan sahabat ku yang berada di tawau memerlukan masa perjalanan sejauh 10 jam. Manakala sahabat ku yang berada di sandakan memerlukan 6 jam untuk tiba ke daerah mereka. Manakala sahabat ku yang berada di kota belud memerlukan perjalanan sejauh 3 jam perjalanan... What a long trip.... Aku boleh travel sejauh itu untuk bertemu dengan mereka untuk mengusir rasa duka ku yang merindui mereka. Aku boleh saja menelefon mereka untuk mendengar suara mereka. Aku boleh saja menjenguk wall FB dorang dan post kat wall dorang sambil tunggu dorang reply.  Aku boleh berskype dengan dorang bila-bila sahaja yang aku mau.. Teknologi sekarang makin maju bukan....? 

Namun ada perpisahan yang bisa membuat kita rasa kehilangan yang amat, rasa rindu yang mencengkam apabila perpisahan itu terjadi.. Perpisahan itu adalah perpisahan yang kekal.. Apa tu perpisahan yang kekal..??? hehehehe.. Actually aku pun tak tahu the real meaning, cuma aku dapat beri pendapat aku dan apa yang aku perhatikan.. Apabila seseorang yang kita sayang, yang sangat kita perlukan dan tempat kita selalu mengadu tiba-tiba pergi meninggalkan kita, pergi buat selama-lamanya.  Jasadnya ada tapi tidak bernyawa, terbujur kaku di pembaringan..  Itulah perpisahan kekal.  Perpisahan yang bukan terpisah oleh jarak, tapi terpisah kerana berada pada hidup yang berlainan..  Perpisahan yang tidak dapat kita travel jauh untuk bertemu dengannya disaat kita merinduinya, perpisahan yang kita tidak dapat telefon mereka bagi mendengar suara mereka, perpisahan yang kita tidak dapat mendapat apa-apa balasan daripadanya apabila kita menjenguk wall FBnya..  Itulah perpisahan yang bisa meruntun hati sesiapa sahaja yang mengalaminya... Sayu bukan..??

Sebenarnya, aku rasa teruk sangat diri ini bila memikirkan yang aku terlalu meratapi perpisahan sementara ku dengan kolej dan sahabat-sahabat ku.. Terasa hina sangat diri ini bila terlalu bersedih apabila kini dorang tiada di depan mataku.  Walhal, mereka masih ada.  masih bernafas.  Cuma bezanya dorang hanya jauh dariku.  Aku terkenangkan pada sahabatku yang kehilangan orang yang disayanginya, orang yang dicintainya selepas bertahun-tahun lamanya dan dia sangat merindui insan itu.. Namun rindunya itu hanya mampu dia pendam, rindu itu hanya mampu dia simpan kerna orang yang dia sayang itu telah pergi. Pergi menghadap ilahi.  Dia tidak dapat travel jauh untuk berjumpa dengan orang yang dia sayang itu untuk mengusir rindunya, dia tidak dapat menelefon orang itu untuk mendengar suaranya.  Sahabatku telah kehilangan ibunya selama bertahun-tahun dan kini yang dia hanya mampu lakukan mendoakan ibunya agar sejahtera disana.  Bila aku terpandang sahabatku itu tabah mengharung hidupnya tanpa ibu disisinya buat aku rasa mau nangis pun ada..(sorrylah, aku ni bab sentimental memang emosi beb..) Tabahnya dia mengharung perpisahan ini dengan penuh kesabaran. Kuatnya dia mengharungi hidup tanpa senyum dan tawa ibunya, tanpa sebarang kata-kata hikmah dari ibunya... Tabahnya dia.. Pernah satu masa aku mau tanya soalan ni pada dia, tapi aku takut dia tersinggung.  Selalu juga dia bercerita perihal ibunya masa kami sebilik.  Dia kelihatan bersemangat bercerita perihal ibunya, namun aku yang mendengar pula rasa hiba dan pilu. Terfikir aku, tidak kah dia rasa sedih bila mengenang kembali memorinya bersama dengan ibunya dulu..?? Sebab aku yang mendengar pun rasa mau nangis teresak-esak mendengarnya.. Inikan lagi dia... Berat mata memandang, berat lagi mata memikul.. Mau buat macam mana, takdir Allah, tiada siapa yang boleh pertikai.. Mudah-mudahan sahabatku itu mengharungi hidup ini dengan sabar, takwa dan penuh keimanan... Amin...

Layakkah aku untuk bersedih memanjang untuk perpisahan yang sementara ini..??? Layakkah aku meratapi perpisahan yang sementara ini dengan tangisan...???  Huhuhuhu... Sungguh aku hamba yang lemah.. Gagal mengawal emosi dan perasaan.... Astaghfirullah..... Muhasabah diri...

Itu sahaja perkongsian yang aku dapat kongsi untuk kali ini... Panjang lebar pla.. hahahahaha.....


Kolej ku... semua menjadi sejarah..





Tuesday, December 27, 2011

Gelora Rindu..

Terkadang, kita sebagai manusia selalunya lupa.
Lupa akan apa yang ada di hadapan kita
Lupa akan apa yang berada di sisi kita
Lupa akan hakikat kehidupan.


Namun bila yang ada dihadapan itu hilang, mulailah tercari-cari
Bila yang berada disisi itu telah menjauh, mulailah terpinga-pinga
Apabila diri mulai mengerti hakikat kehidupan 
Barulah mengerti Gelora Rindu 


Badai rindu ini bisa membuncah hatiku yang lara.




p/s: Rindu ini menggugah jiwa.. T.T

Saturday, December 24, 2011

Hari Esok


Masa adalah sesuatu paling kejam.. 
Kerna ia tidak pernah peduli, 
sama ada kita bersedia atau tidak, ia tetap berlalu.
Sama ada kita dipenuhi dengan masalah ataupun tidak ia tetap tidak akan kembali 
Walau kita minta dengan penuh pengharapan.....
Maka, rugilah kita untuk hari esok...



Lantas, 
duhai hati, pujuklah dirimu sebelum tiba hari esok...

Sunday, November 27, 2011

TAWAR HATI

Atas Nama Cinta,

Orang kata, makan hati lebih mengenyangkan dari makan nasi.... Betulkah??? Actually, aku bersetuju ngan frasa tu, sebab sekarang ni aku tengah makan hati dan langsung nda lapar sampai sekarang. Langsung nda terfikir rasa lapar... Emm, bukan makan hati ayam k.. Maksudku benar2 makan hati... Aku lebih suka describe perasaan ku sekarang sebagai patah hati. Ya, itulah dia...

Aku rasa baru minggu lalu(actually bulan mac 2011) aku tingu tv ada sebuah rancangan memaparkan pasal negeri kedah, tempat2 yang menarik untuk dikunjungi. Dengan asyik aku tingu rancangan tu, ada satu tempat rekreasi yang benar2 menarik perhatian aku. SUNGAI SEDIM. Ya, itulah sebenarnya yang menjadi igauan aku sejak pertama kali aku nampak rancangan tu.. Aku terpikat SUNGAI SEDIM sebab ada tree top walk.. Lalu mataku berbunga2 untuk pegi sana bersama dengan rumate. Dan sejak dari itu aku mulai memasang angan-angan untuk pergi sana. Tapi masa tu masih semester 5 lagi.. Kiranya still ada masa lagi..

Detik punya detik tiba masa masuk semester 6, dan kini masuk pengakhiran kami disini(kedah). Aku pun mulai 'menghidupkan' kembali angan2 ku untuk berjalan2 ngan rumate dan perkara pertama yang aku angankan adalah sungai sedim. Terbayang sudah aku betapa indahnya kenangan tu.. Aku pun dengan excitednya membeli peta, yelah kot2 sangat diperlukan untuk berjalan2... Kiranya sangatlah excited sangat sudah aku ni.

Tiba masa yang dinanti, cuti 2 minggu sebelum induksi pun tiba.. Jadi rancangan untuk lawatan ada. Tapi kebetulan pula aku di ajak oleh encik chiang ke kl untuk persembahan kebudayaan(walaupun aku sudah pencen dalam bab2 menari, cuma en chiang mau repay kami sebab membantu beliau untuk mengadakan persembahan suatu ketika dahulu..) Rancangan last minit dorang adalah pergi SUNGAI SEDIM pada 26hb Nov, yang mana ketika itu aku masih di kl. Sebelum tu, rancangan pi SUNGAI SEDIM sepatutnya 23hb nov, tp kerana masalah teknikal dorang terpaksa tunda. Jauh disudut hati aku, aku tidak mau dorang pilih tarikh 26hb nov, sebab aku nda dapat pi. Aku berdoa sangat2 supaya bas tu nda siap masa 26hb nov supaya aku dapat pi. Tapi sayang, 26hb nov tetap juga dorang pi.

Kecewa, marah, geram, semua itu tiada. Yang ada cuma PATAH HATI. Ya, PATAH HATIKU KINI. Sakit hati... Makin bertambah sakit hati bila rancangan ke SUNGAI SEDIM aku tau dari mulut orang lain dan bukan dari rumateku..... SAKITNYA HATI.... ROBEKNYA HATI... Allah ja tau betapa sakitnya hati aku.. Dahlah pi SUNGAI SEDIM adalah sangat besar harapan ku. Bila nda dapat pi, betapa sakitnya hatiku.... SANGAT-SANGAT SAKIT HATI... ikutkan hatiku, mau ja aku koyak peta yg aku beli ni.. SAKIT... SAKIT.... SAKIT.... Dan sekarang aku mulai sakit kepala pla...

Lepas ni, aku TAWAR HATI sudah untuk ikut sebarang aktiviti yang dianjurkan kumpulan 23. Sakitnya sangat.. Bertambah sakit hati bila Rumate ku sendiri berhuha huha dengan aktiviti dorang di SUNGAI SEDIM. So much hurt...

Aku tidak mau lagi bergantung harap, aku tidak mau lagi berangan2... Biarlah lepas ni aku tempuh dengan sendiri. Menara Alor Star pun kami blum pi.. Ingat nak pi dengan rumet, tpi kalau ini dah terjadi lebih baik aku pi sendiri. Rasa ditikam dari belakang pun ada.. Hohohoho... Control myself... Ok, lepas ni aku akan pi sendiri Menara Alor Star tanpa dorang. Kerna apa, aku benar2 TAWAR HATI........

AKU BUKAN SIAPA-SIAPA.....

Sunday, October 30, 2011

UntukMu...

Atas Nama Cinta,

Untuk Mu Sahabat.....
Bukan niatku buat dirimu berduka cita,
Bukan juga niatku membisu seribu bahasa cuma......
Tak perlu ku jelaskan satu persatu kerna diriku tahu bahawa dirimu tidak sudi mendengar,
Namun yang pasti dan yakin,
Daku menyayangi mu kerana Allah
Daku mencintaimu kerana Allah
Usahlah Ukhuwwah ini terputus kerana kebisuan kita..

Namun maafkan daku kiranya satu hari nanti diriku melupai dirimu,
Itulah khilaf yang sering terjadi pada diriku tatkala berjauhan,
Kerna Memoriku tidak Seteguh Karang.

Tuesday, September 27, 2011

kita adalah tanah

Atas Nama Cinta,

Kenapa sering kali perlu ada lafaz cinta?? Kenapa mesti ayat-ayat jiwa?? Adakah diriku telah jatuh  cinta??  heheheh.. Rasanya semua orang suka akan kata-kata indah, tidak kira tua, muda, kaya, miskin, fakir miskin, yang berjubah mahupun pkai t-shirt, yang bertudung labuh mahupun yang pkai tudung ekspress, mesti suka akan bait-bait indah bukan?? Rasanya tak salah kiranya saya mulakan entri dengan lafaz cinta, sebab semua orang suka akan Cinta. Kerna Cinta Itu Indah. Tidak kiralah cinta sesama manusia, cinta kepada ibu bapa, cinta kepada adik beradik, cinta kepada agama, cinta kepada Allah, cinta kepada pasangan masing-masing.  Bila diri mulai rasa kehadiran cinta, kita pasti rahsia bahagia.. Betul tak??  Kita ada hak untuk rasa bahagia bukan? n_n

Sejak 2 3 hari ini, telinga ku masih terngiang-ngiang akan penghinaan dari seseorang kepada aku. Seseorang yang kini telah menjadi salah seorang rumetku..(Mudah-mudahan aku diberi kesabaran untuk bersabar dengan dia untuk 2 bulan ni sahaja) Bagi ku, itulah penghinaan yang sangat pedas pernah aku terima selama aku dihina dan dimaki selama aku hidup ini.  "Dasar muka kemek!"... Inilah kata2 nista yang hamba tu pernah lemparkan padaku semasa aku cuba untuk berbasa basi dengan dia. Meski peristiwa ini berlaku pada tahun 2009, cuma kadang kala aku masih dibayangi dengan kata2 nista tu. Tak pasti kalau masa tu mood dia tengah kurang stabil, tapi perlukah hina aku sebegitu rupa.? Salah aku kah andai aku dilahirkan muka kemek seperti yang hamba tu kata?? Aku tau dia cantik, comel, kurus, kulit muka halus mulus, putih juga, kiranya dia adalah Wanita Perfectlah pada luaran.. Tapi dalaman?? Nauzubillah... Bukan niat aku untuk menilai hati dia, cuma wajarkah aku dihina??

Kenapa mesti kita sesama manusia menghina sesama manusia??? Sedangkan kita diciptakan oleh pencipta yang sama. Kenapa mesti memandang rendah pada orang lain padahal Allah ciptakan kita sama taraf, maksudku cantik ataupun hodoh, Allah ciptakan manusia semua dari tanah. Tiada pula Allah ciptakan manusia yang cantik itu daripada mutiara manakala manusia yang hodoh diciptakan dari najis... Semuanya dari asas yang sama.  Kenapa perlu sesama kita dihina..?

"Dan sesungguhnya Kami telah menciptakan manusia (Adam) dari tanah liat kering (yang berasal) dari lumpur hitam yang diberi bentuk." (15:26)

Dalam surah Al Mukminun pla,
"Dan sesungguhnya Kami telah menciptakan  manusia dari saripati (yang berasal) dari tanah(23:12)
kemudian kami jadikan pati itu (setitis) air benih pada penetapan yang kukuh (rahim)(23:13)
kemudian air mani itu kami jadikan segumpal darah, lalu segumpal darah itu kami jadikan segumpal daging dan segumpal daging itu kami jadikan tulang belulang, lalu tulang belulang itu kami bungkus dengan daging. Kemudian kami jadikan dia makhluk yang (berbentuk) lain. Maka Maha Sucilah Allah, Pencipta yang paling Baik" (23:14)

sudah terang lagikan bersuluh, manusia semua tercipta dari tanah bermula dari Nabi Adam, kemudian anak-anak nabi adam tercipta melalui setitis air mani. Makanya semua manusia di cipta pada asas yang sama. Tidak ada sebarang perbezaan bagi yang cantik dan juga bagi yang hodoh, tidak ada ramuan istimewa bagi yang merasakan dirinya cantik, manakala tiadalah kurang ramuan dari kita yang hodoh pada penciptaan kita.  Sadarkah kita semua itu???

Cukup sempurna ciptaan Allah, dijadikan kita asal dari tanah, kemudian dari setitis air mani, kemudian jadi segumpal darah, kemudian jadi segumpal daging. Satu persatu hal perciptaan manusia diceritakan dalam surah Al Mukminun.  Indah kan??

Seisi semesta alam ini dicipta oleh Pencipta Yang Satu. Allah yang Maha Esa lagi Maha Kaya. Maka, wajarkah kita menghina sesama kita. Kalau benar kita mau menghina, cuba kita hina sesuatu yang tidak dicipta Oleh Allah.?? Carilah apa sahaja yang ada dimuka bumi ini yang bukan ciptaan Allah... Carilah kalau kita dapat cari..

Berbalik pada penghinaan yang sering kita terima dari orang lain, pahit, sakit, geram, rasa terhina, malu, semua ada pada orang yang dihina, namun, sama2lah kita pujuk hati kita agar jangan terlalu hanyut dengan rasa ketidaksempurnaan itu. Lumrah manusia, bila dapat sedikit kesenangan, lupa akan yang susah, bila dipuji, langsung lupa diri, bila bersedekah langsung menunjuk-nunjuk. Itulah lumrah, namun sama2lah kita hindari dari semua itu.

Demi Atas Cinta.

Monday, September 19, 2011

n_n

Atas Nama Cinta,

Malam yang hening dan dingin, Alhamdullilah, tika ini aku masih bernafas walaupun batuk ada sikit.  2 3 hari yang lalu, aku sakit, demam+pening+Sore Throat+batuk = terbaring di atas katil. Makanya banyak tugasan2ku tergendala seketika, sebab bila aku sakit semua benda aku nda boleh buat. Nda tahan sakitlah katakan. Memandangkan aku sakit di asrama, terpaksalah aku gagahkan untuk bangun pi mandi, makan sedikit dan bergerak sikit, kalau aku sakit dirumah at least aku boleh bermanja ngan mama hinggakan mau mandi pun dipaksa2. Hehe.. Aku harus belajar untuk tahan sakit mulai saat ini.  Kalau bandingkan aku punya sakit, ramai lagi masyarakat diluar sana sakit lebih teruk dari aku, ada yang mengidap barah, mengidap penyakit yang sememangnya sakit, sudah tentu besar dugaan kesakitan dorang yang perlu dorang tempuh. Mudah-mudahan Allah Permudahkan.


Ada antara hamba Allah, bila di uji dengan sakit oleh Allah mampu tersenyum dan beribadah walaupun sakit yang di alami itu tahap kronik.  Ada juga hamba Allah bila sakit, suka marah-marah malah mengeluarkan kata-kata kesat pada orang sekeliling.  Ada juga hamba Allah bila sakit, datang ke hospital dan meminta suruh doktor rawat sakitnya dengan kadar segera.  Ada juga bila sakit itu hadir, hamba Allah rasa malas nak solat, seakan-akan sakit itu penghalang untuk beribadah.  Ada juga hamba Alllah, bila sakit dia menangisi rasa kesakitan yang di alaminya.  Walau apa jua respon kita terhadap sakit yang kita alami, apa yang perlu kita tahu adalah, sakit datang dari Allah. Sihat juga datang dari Allah.  Selagi kita masih bernafas, solat tetap penting.  Selagi roh masih belum terpisah dari jasad, kewajipan tetap kewajipan. Semua orang tahu, solat adalah wajib, tinggalkan solat adalah dosa besar. Tapi masih ada juga yang meninggalkan. Sedih kan.


Aku bukan seorang Daie, tapi apa yang aku coretkan ini, berdasarkan pengalaman aku semasa praktikal.  Untuk menegur masyarakat sekeliling, aku rasa aku tidak layak, sebab pengetahuan agama ku tidak banyak. Cukuplah sebagai teguran kepada diriku yang sentiasa lupa dan alpa.

Kerna Demi Cinta.

Sunday, September 11, 2011

Detik Dulu

Atas Nama Cinta,

Esok dah start posting, namun untuk 11hb ni semester 6 ada perjumpaan di Kolej. Emm ikutkan hati, malas nak pi kolej, tapi kalau dah arahan dari pihak atasan, aku hanya mampu "menurut perintah" sahaja. Makanya kena pergi jugalah perjumpaan yang tak gempar tu.

Emm, actually bukan itu yang teman nak kaborkan..(wah, perak pulak dahhh...) hahahaha.. Sebenarnya, hari ini aku ada rasa sedikit lain dengan perasaan ku sendri. Hampir 3 tahun di Kedah ni, tipulah kalau aku cakap yang aku nda akan rindu Kedah ni bila dah abes study nanti. Tipu jugalah kalau aku cakap yang aku nda suka kedah ni. Hakikat yang sebenar, aku suka kedah ni. Ok aku mengakulah dulu waktu mula2 smpi di kedah ni, kami ada sesi orientasi selama 3 hari. Dan perkara pertama yang aku doakan waktu mula2 sampai kedah ni adalah, "cepatlah abes masa 3 tahun ni, aku yakin aku nda akan rindu kedah ni dan ini adalah mimpi aku yang paling ngeri".  Untuk makluman anda tuan-tuan dan puan-puan, aku mulai berkenan dengan negeri jelapang padi. Sejak bila??? Entah, aku tak tau. Dan pada hari ini, aku sudah mulai rasa rindu pada kedah ni.  Ini nda bermakna aku mengkhianat negeri Sabah. Tidak sama sekali.  Kedah ni lah tempat aku menempuh segala tempuhan..(maknanya adalah juga aku tempuh). Dari soal persahabatan, soal hati, soal diri ku sendiri pun ada, soal dan macam-macam soal lah lagi.

Sejak dua menjak ni, memori aku mulai dibayangi oleh memori waktu semester satu(Januari 2009).  Waktu itu, aku masih dalam mood sukar menerima hakikat. Serius, aku sangat2 rindu kawan sematriks aku, kawan tutorial khususnya. Aku masa tu masih dalam proses 'hati berdarah' bila mama paksa aku terima juga tawaran SPA ni. Untuk satu sem jugalah aku malas belajar sebagai tanda protesku kepada mamaku..(sekarang tidak lagi...) Sem satu jugalah, aku ada masalah ngan kawan sekelilingku. Nda tau puncanya dari siapa, tapi aku yakin puncanya dari aku juga. Daripada berlima, menjadi individu sahaja. Maksudku, dulu masa mula2 masuk kolej ni, aku dikurniakan 4 orang sahabat yang masing2 mempunyai karekter yang berbeza, tapi kami tetap duduk sebaris meja, tetap bergosip dalam satu bilik, tetap berdansa bersama2 dan outing bersama2.. Namun, seperti yang aku katakan tadi, dalam gembira2 kami, ada juga sedihnya. Ada masalah waktu tu. Hubungan jadi renggang.  Sebab apa?? Biarlah aku seorang ja yang tahu. Masa tu, aku betul2 rasa sangat kesunyian, sebab selama aku menjadi seorang budak yang nakal, jarang kawan aku membiarkan aku dengan rasa kesedihan yang amat. Waktu itulah aku mulai rasa trauma untuk mendapat kawan rapat lagi, walaupun bahagia pada awalnya, tapi sakit terasa bila ada masalah. Jadi lebih baik tiada kawan yang rapat.  Namun sejujurnya, aku sangat merindui kenangan bersama mereka. Apa yang aku dapat katakan sekarang, aku menyesal atas apa yang telah terjadi. T.T

Aku rindu suasana di Kolej Kejururawatan Alor Star. Setiap malam ada roll call, setiap malam ada head count, setiap malam jugalah aku busy mengonline. Maklumlah dulu aku pakai P1 wimax, laju siot..  Aku juga rindu berlari2 di sekitar KKAS waktu cuti mid sem, sebab masa tu budak2 JP teda. Jadi kami pun bebaslah ke sana ke mari dengan tanpa segan silu. Aku rindu suasana kami menunggu bas datang mengambil kami untuk pi kuliah setiap hari. Ya, aku rindu detik itu dulu. Aku rindu kawan2 ku. Aku rindu mereka. Aku rindu semua tu.

walaupun mereka yang aku rindu itu masih ada depan mata ku, masih boleh bergurau dengan ku, masih boleh bertepuk tampar, tapi keadaan tidak sama seperti dulu. Semuanya jauh kini, apa tu dalam fb tu, 'its complicated', hah, mmg complicated. Tak tau nak habaq tang mana complicated, tapi serius cakap memang tak seperti dulu lagi.  Well, im not blame them for that, manusia berubah dari semasa ke semasa.  Tidak semestinya manusia tetap berada pada takuk yang lama tatkala usia semakin meningkat.  Maksudku, contohnya umur dah menjangkau 25 tahun, tapi perangai masih kebudak-budakkan.. Mana boleh macam tu kan... Aku pasti mereka berubah disebabkan apa yang telah berlaku ke atas mereka.  Macam aku juga, aku rasa trauma dengan apa yang berlaku ke atas diriku. Aku tidak suka sunyi, justeru, aku tidak mau rasa sunyi tanpa kawan namun untuk berkawan rapat ngan kawan2 adalah keputusan yang sangat takut untuk aku buat, sebab lama2 kita sendiri kecewa bila ada masalah.  Ada seorang hamba Allah pernah menasihati diriku, "jangan berharap pada manusia, sebab berharap pada manusia kita mudah kecewa" Yup, betul tu.. Jadi lantaran tu, aku tidak mau harap apa2 pada persahabatan yang dibina. Actually, tahun ni pun aku kecewa banyak ngan kawan sekeliling aku. Dan aku menangis. Tapi bila aku fikir balik, kenapa aku mau nangis sebab dorang. Yes, it hurts me deep down inside.  untuk itu, aku mau sandarkan segala harapan pada yang Maha Mencintai supaya aku tidak kecewa lagi. Sebab andai aku masih sandarkan pada sesama manusia, aku khuatir aku akan menjadi lebih trauma dan lebih kecewa. Dan paling aku takut, aku akan lebih benci kan orang sekeliling aku.. Astaghfirullah.. Minta dijauhkan..

Untuk itu, aku nda mau sad2 feeling ni.. I penat nangis, jadi biarlah lepas ni I penat senyum. Macam senyuman Imam Muda Hassan.. Oppsssssssss... tersebut pulakkkkk... hahahaha

Sekian dari ku,

Demi Kerna Cinta

Friday, September 9, 2011

Dikau

Demi Atas Cinta,

Aku terpikat akan peribadinya, walaupun aku nda kenal sangat, tapi penampilan dia cukup buat aku terpesona. Dengan alunan bacaan Al-Quran dia yang lunak tu, dengan senyuman dia, dan paling penting Wajah dia punya seri Nur yang bila sesiapa yang memandang akan rasa sejuk mata memandang.

Aku dambakan lelaki seperti itu. Namun walau aku tidak mampu mendekati lelaki seperti itu, cukup sekadar aku dapat berangan untuk berdamping dengan dia, aku rasa bersyukur sudah. Mudah-mudahan dia mendapat wanita yang solehah yang sepadan dengan dia... n_n..

Tuesday, September 6, 2011

'tegur'

Atas Nama Cinta,

Alhamdulilah.. Bersyukur aku rupanya Allah masih sayang aku.. Headache, runny nose, fever, malaise, dan macam-macam lagi aku rasa kali ini.. Pernah aku terbaca pada satu artikel, sakit itu kaffarah dosa..(maybe im not a good muslimah, trying to... thats why i read the article when im sick, bila dah kena baru nak beringat...)
Allah bagi hambaNya sakit agar hambaNya sentiasa beringat dan muhasabah kembali kehidupan kita.
Waktu sakit inilah barulah aku teringat akan nikmat sihat. Kadang kala, nikmat sihat tu manusia tidak guna sebaiknya..(Ya, aku tidak guna sebaiknya... aku mengaku T.T) Untuk itu, Allah pun 'menegur' hambaNya dengan bagi sakit pada hambaNya.. T.T .. Allah 'tegur' tanda sayang, aku sangat terharu.. Kerna, aku sering rasa aku sepi, tapi sebenarnya tidak, sebabnya, Allah sayang aku. Aku tidak sepatutnya ada alasan untuk kesepian aku ini.. Oleh itu aku redha dengan sakit ini.. Allah berfirman:

"Dan apa jua bencana, kesakitan yang menimpa kamu, maka ia adalah daripada tangan-tangan kamu sendiri(dari perbuatan salah dan dosa) dan (dalam pada masa yang sama dikenakan bencana dan sakit itu) Allah mengampunkan sebahagian besar dosa-dosa kamu" (42:30)

Sakit itu Kaffarah dosa.. Banyak benar dosa hambaNya di atas muka bumi ini, kemudian Allah 'tegur' dan Allah mengampunkan dosa kita.. Sayang benar Allah pada hambaNya.. Huhuhuhuhu...(aku sangatlah hina....) Mudah-mudahan, Allah permudahkan perjalanan balikku ke kedah dengan keadaan sihat walafiat..

Friday, September 2, 2011

Ana Uhibbuki Fillah

Diamku, bukan bermakna aku tidak peduli
Sepiku, bukan bermakna aku tidak sayang
keluku, bukan bermakna aku tidak sadar
bisuku, bukan bermakna aku tidak meronta

Sudut hatiku, ada kamu
kamu yang bernama sahabat
mengisi ruang kosong dalam hatiku
malah penawar kerinduanku

Namun jauh di sudut hatiku,
Sayang yang hadir tidak dapat dinyatakan secara lisan 
mahupun perlakuan
Namun, doakan ku sentiasa buat kamu
Agar rasa sayang ku ini lebih ke arah Yang Maha Menyayangi

Maaf.. 
Aku tidak bisa menjadi kawan yang baik buat kamu.
Mungkin selamanya tidak baik buat kamu
Cuma hanya satu yang mampu ku katakan
Ana Uhibbuki Fillah




                                                           
                                                                     Then, let me say that I Love U my Friend





                                                                       Aku Ingin Sayang Kamu kerana Allah


kawen???

Belakangan ni, tumpuan aku sering terganggu walaupun aku kini berada di desa tercinta. Fikiran aku sering terbayang-bayang pada sesuatu yang pasti tetapi masih kabur. JODOH.. Ya, SOAL JODOH... Bukan soal hati filem lakonan erra fazira tu k..

 Aku bahagia bila main2 ngan anak2 buah ku.. Suka benar aku usik budak2 kecik ni. Tambah lagi, adik, abang ku balik raya kali ni, meriah jugalah rumah(walaupun raya kali ni aku nda main mercun.. huhuhuhu.. sedey...) Kesempatan masa yang ada ni, aku berbuallah ngan adik ku yang setahun lebih muda dari aku ni, lelaki. Dia sekarang ni kerja di Labuan, pandai juga adik ku berdikari. Tengah dok asyik berbual, dia pun cakaplah, nnti raya ke-4 gf nys mau dtng beraya di sini(rumah kami). Terpana aku seketika.. Terharu aku yang rupanya adik aku ni sudah besar rupanya.. Padahal dulu masa kecik2, dialah yang selalu aku buli dan paling penakut sekali dalam keluarga kami.. Sekarang ni,pandai sudah dia bercinta dan nda silap aku, dia dalam rancangan mau kawen... KAHWIN.... KAHWIN... KAHWIN...


 Ok yang ni aku rasa aku lemah sikit, sebab aku sebagai kakaknya pun belum terfikir mau kawen dan belum ada calon pun. Tapi bila dia sendiri mengusulkan niatnya yang mau kawen,(errr aku bukan mau halang niat dia, lagi pun dia pun sudah kerja, gaji pun boleh tahan juga.. jadi kira no problem lah untuk dia...) aku jadi serba gelisah.. "Adik aku mau kawen sudah, dia ada calon sudah, aku????"


 Sebelum ni, nda pernah terlintas pun di akal aku untuk berkawen. Bukan setakat berkawen, ciri2 calon suami ku pun aku nda pernah terfikir... Adakah bakal suamiku itu  berpangkat Datuk?, pangkat sultan kah, pangkat perdana menteri kah...(amboi demand pla aku ni.. hahahahah) semua tu aku belum terfikir lagi.. Yang aku tau, aku mau kumpul aset ku sendri.. heheheh.. Tapi bila adik aku teringin mau kawen, aku ni pla macam mana?? takkan aku mau biar dia Langkah Bendul?? huhuhu, jadi bualan orang kampung aku nanti.. 


Banyak sudah kawan aku yang dah kawen, yang dah ada calon, yang ada tunang, yanag ada niat mau kawen pun ada.. Aku ni belum lagi terbukak hati mau kawen sebenarnya. Namun, sejak dua tiga menjak ni, selepas solat aku selalu berdoa tentang jodoh. Padahal sebelum ni aku nda risau sangat soal jodoh. Bak kata kawan ku masa kami makan RFC, "Jodoh ada di mana-mana" jadi aku pun no worries. Tapi sekarang aku mulai dilanda gelisah, terfikir aku adakah dia si jodoh aku tu mencintai agamanya sama seperti dia mencintai dirinya sendiri?? Aku bukannya tahu banyak tentang agama, untuk itu aku mendambakan suami yang boleh membimbing aku tentang agama. hah, kalau tentang ni, aku rasa aku ada list tentang tu.. Calon pertama














hah.... rasanya orang kenal siapa dia ni... Cer teka... cer teka.. hehehehe.. ni lah Imam Muda Hassan. Aku suka tengok senyuman dia. Tambah lagi, aku pernah baca blog kawan dia, kawan dia cerita liku2 kehidupan dia sebelum dia masuk Imam Muda Hassan. Kisah-kisah sedih dia, suka dan duka dia semua kawan dia cerita. Yang paling penting dia penyayang orangnya. Aku ingat satu ayat dia, "sesuatu itu bernilai apabila kita kehilangan".. Saat tu juga, aku terjatuh cinta... hahahah.. Bukan setakat tu, aku suka dengar dia baca ayat al-Quran.. MasyaAllah, cantik tarranumnya.. Tambahlah aku terpikat.. heheheh... tapi, aku dengan imam muda ni, ibarat Langit dan Bumi. Orang seperti dia selayaknya untuk wanita yang baik2.. Aku ni perempuan yang jahat.. T.T

 Calon Kedua,
 Hehehehe.. teda gambar. Calon kedua namanya Jubair Juhainin.. Emm, kenapa dia?? Well, aku nda berapa kenal sangat dengan dia, pernah face to face dengan dia pun masa aku ngan dia di denda berduet nyanyi lagu My Heart.. Itu pun sekali ja, pastu aku nda pernah lagi nampak kelibat dia.. Masa kat matriks, aku mengaku aku jarang sangat pi surau Al-Irfan. Jadi ada satu hari, tengah aku asyik buat roomwork(kerja tutorial..) sampai nda sedar mau dekat maghrib. Dengan tekunnya, aku terdengar suara azan yang sangatlah merdu..(itulah 1st time aku dengar suara azan yang sangatlah merdu.. serius....) Sampai melekat muka aku di jendela bilik mau dengar suaranya dengan lebih jelas. Lepas ja abes suara azan tu, aku bagaikan di pukau untuk pi surau. Start dari tu,aku tercari2 empunya suara tu, dan aku dapat tau suara itu milik si jubair juhainin.. Orang Ranau.. Heheheh.. Tapi aku sedar diri aku juga, yang aku ni nda layak untuk dia. Dia layak ngan perempuan yang solehah.. Aku ni perempuan yang orang pandang minah rock.. huhuhuhuhu..


Calon ketiga
 Ada ke?? hehehhe tiadalah.. Antara calon2 yang aku senaraikan, dua2 pun aku rasa tidak layak untuk aku dampingi. Knp?? Sebabnya, aku adalah perempuan jahat, tidak solehah, tidak tahu banyak tentang agama dan tidak bertudung labuh. Layak kah aku untuk orang seperti dorang?? Paling penting, layakkah aku untuk mendampingi seorang lelaki??? Layak kah aku untuk di cintai sedangkan aku telah menyakiti banyak hati?? Layakkah aku mendapat yang soleh sedangkan aku tidak solehah???  Justeru itu, biarlah aku berbalik pada Allah.. Allah maha Pengampun lagi Maha Mengasihani, Maha Penyayang dan Maha Lembut. Allah sentiasa berada di sisi hambanya tidak kira hambanya sedang bersedih atau pun gembira. Allah nampak saat aku jatuh, dan Allah membangunkan aku kembali dengan kuasaNya, Allah nampak aku bersedih, dan Allah sapu airmata ku dengan kasih sayangNya, Di mana aku pergi, Allah sentiasa ada. Untuk itu, aku bersyukur Allah cinta akan hambaNya.. Untuk itu, aku rasa aku tak perlu gelisah. Cukuplah Allah sebagai Pelindungku, sesungguhnya Dia adalah sebaik-baik Pelindung..

Friday, August 26, 2011

Menjelangnya....

Menjelang hari raya, bermakna Ramadhan bakal melabuhkan tirai. Sedih?? Ya, aku rasa sangat sedih. Ramadhan kali ini lah benar-benar aku rasa perbezaannya.. Alhamdulilah, segala nafsu yang harus ditahan, aku berjaya tawan termasuklah makan.(walaupun masih lagi dalam dilema mau makan dengan hebat...) tapi sekurang-kurang aku tahan sedaya upaya.. Aku pernah terbaca pada satu ayat:

"hai anak Adam, pakailah pakaianmu yang indah di setiap (memasuki) masjid, makan dan minumlah dan janganla berlebih-lebihan. Sesungguhnya Allah tidak menyukai orang-orang yang berlebih-lebihan." (7:31)


Ha.... Sebab tu lah aku mau bersederhana dalam melantak makanan.. Jelas sangat dalam ayat ni menyeru umat islam untuk tidak berlebih-lebihan. Cuma itu jalah, susah sangat, lebih2 lagi orang yang gila makan macam aku ni.. Sesaat tidak mengunyah, boleh sasau jadinya...(lebih2 pla ayat aku ni.. heheheheh). Di samping itu, aku cuba untuk mengawal diri dari sesuatu.. sesuatu yang aku rasa sangat patut aku kawal. Aku tak kesah orang lain mau pandang serong ngan aku pasal sesuatu tu, tapi aku tidak mau Allah tidak suka akan sesuatu tu.. I need to change but it take time... huhuhu.. Ramadhan adalah bulan yang sangat sesuai sebab bulan Ramadhan, si setan tiada untuk menghasut kita.. Depends on ourself lah bah kan...(yeah, aku beromputeh lagi...)

Besok aku bakal balik Sabah, Hepi?? of course.... Tapi hati aku tetap diruntun sedih.. Sungguh aku manusia yang lemah, aku sukar untuk memaafkan orang. sejak 2 tahun yang lalu, Raya means nothing to me.. Aku balik kampung sekadar untuk memenuhi impian parents ku.. Selebihnya, hanya Allah tahu betapa sakit hati ku.. Betapa nanarnya hati ku.. Being A Stranger in Just a Few Days~ Means a lot to me... Oklah, malas mau ingat balik apa yang telah terjadi.. Aku penat menangis.. Biarlah kali ini aku menangis kerana Yang Maha Mengasihani.

Hari ini, aku kerja Last day di Kangar(itupun setelah risau memikirkan pengajar nak datang memantau... Heeee..). Aku telah bangun dengan lambat..(taklah lambat pun, cuma mandi ja yang aku lambat... heheh) Dengan muka yang sangat malas, pergilah bertandang kat A&E kangar dengan muka yang tebal.. Sebabkan, kemarin hari khamis, aku ngan group team kami, telah ,mengucapkan kata selamat tinggal kepada staff A&E di sana menandakan kami telah habes posting di A&E tersebut pada hari khamis.. Siap ucap selamat hari raya lagi.. Setibanya kami melangkah di A&E kangar pada hari ini, mereka pun pelik.. Nasiblah dorang nda ketawa guling2 kan.. huhuh.. Kami pun bagi lah explaination yang baik punya walaupun rasa malu tu menebal sangat2.. huhuhuh

Raya yang menjelang, dan detik untuk balik sabah esok.. Aku belum packing satu apa pun.. huhuhuhuh..

Saturday, August 20, 2011

Serupa tapi tak sama??

Memandangkan Hari sabtu ni aku keja syif petang, aku pun melayan cerita hindustan pla.. Kaho Naa Pyar Hai tajuknya... Hahahahah.. Lama sudah download, cuma nda sempat menonton... Fuh, tacing abes critanya.. Melelah air mata macho ku.. huhuhuh..

Ok cerita ni pasal dua orang muka sama tapi identiti lain2.. Eh kejap?? betul kah? muka sama tapi berbeza... Ek??? Lebih kurang macam tu lah critanya.. Mau di buat sinopsis, rasanya ramai sudah tau ceritanya.. Ala, yang si Hrithik Roshan tu.. Badan tagap2... (cantik siot bodynya..... Astaghfirullah.. benda lain pla aku tingu.. heee)

Cakap pasal muka seiras tapi tak serupa, sepanjang aku berada di kedah hampir 2 tahun ni, aku selalu di sapa oleh orang2 di kedah ni.. "Muka awak serupa ngan kawan saya.." Selain itu, "Muka awak sebijik macam muka kawan saya, ha'ah sebijiklah.." lagi, "muka awak iras-iras muka kawan saya lah, tapi versi tak pkai kaca mata lah". Muka awak, itu dan ini... Banyak bebenor kembar aku pla..



















Haaa.. yang ni muka sama tapi baju lain kaler hee...


Dari aku sekolah menengah lagi, ada sorang budak kelas aku. Zakwan namanyaa, dia ni English Debater dalam sekolah kami. Jadi ada satu hari tu dorang berjaya sampai ke peringkat daerah mewakili sekolah kami untuk bertanding. Masa pertandingan tu dia kata, ada sorang debater dari sekolah sekian2, mukanya sama macam aku. Emm, muka sama tapi berbeza bah kan.. Yalah, minah yang kawan ku nampak tu dia pandai cakap omputeh, aku ni idak le pandainye.. Hahahahahah...

Ok, tidak berhenti di situ.. Masa aku masuk matriks pla, aku terpandang pada wajah sorang budak perempuan sana, dan aku rasa aku bagaikan terpandang diriku sendiri. Minah tu rupanya seiras macam aku deh.. tapi tak sama lah. Minah tu kurus, aku ni gemuk sikit...Dia amik fizik aku amik biologi.. Ternyata kami berbeza hahahahah..(cukup evidence kah??)

Then selepas aku keluar matriks, aku pun melangkah ke negeri Jelapang Padi, sepanjang aku di sini.. Rasanya ramai dah dok sapa aku ngan ayat yang sama.. Nak kata depa dok usha ceq, mustahil.. Depa yang dok kata tu perempuan, bukan laki.. Mustahil depa nak dok usha.. Yang paling aku ingat masa aku praktikal di sungai petani masa tahun lalu. Selama 3 bulan di sungai petani, bertalu2 aku dengar muka aku sama ngan kawan depa.. "emm muka awak seiras macam Dr Juliana lah yang kat Klinik ka bawah nuu..." Kata puan Fauzi dari unit rehabilitasi psikiatri.. Ok, muka aku ada iras Dr, amik berkat sikit.. Pastu, masa aku dok jalan2 sekitar hospital sultan abdul halim, aku pun melimpasi seorang PPK ari unit mana tah.. Dia dok belek-belek muka aku ni, pastu dia pun mengagahi diri untuk menanya namaku, Ceq pun habaq lah nama ceq, dia pun apa laie, "oo, muka awak seiras muka kawan saya, tapi mukanya gelap sikit.. Hitam manis.." Fuh, banyak juga muka iras2 aku ni kan.. Bukan takat tu, budak2 JP yang dok praktikal kat sana pun habaq benda sama.. "muka awak seiras muka kawan saya".. Sampai aku pun naek bosan mendengarnya..

Bukan takat tu beb, awal tahun ni pun benda yang sama gak aku dengar dari student nurse mahsa, dia selalu asyik kacau aku, aku pla selalu juga sakat dia. then satu hari, baru dia kata, "muka awak ni iras muka kawan saya tau, seyes.. Dia pun orang sabah gak. Tapi saya dah lupa nama dia.." Hah???? Lagi muka sama... Berapa banyak kembar aku ni sebenarnya..??? Bukan itu saja deh, awal tahun ni gak, aku selalu jugak 'melepak' di Gym. Gym tu sebelah bangunan asrama kami ni ja. Dek memikirkan kesihatan sangat(ye ke??) aku pun selalu ke gym.. Ada satu pekerja am ni, masa 1st time aku datang sana, dia pandang muka aku lama betul.. Aku pun pelik gak, nak kata muka aku ni teda hidung, tiap2 hari aku bernafas dengan baik.. Siap bertapis lagi udara yang ku sedut dek kerana bulu hidung aku ni..(Maha suci Allah, ciptaanNya amat sempurna) Setiap kali kunjungan aku, mesti dia dok belek-belek muka aku ni.. Then ada satu hari ni, dia nampak aku bersendirian di dalam GYM, dia pun pi ikut aku then tengah asyik aku mengangkat Dumbell, tiba2 dia muncul di belakang aku. Mak aihh, dahlah datang tak bagi salam.. Tiba2 berdiri di belakang aku pla.. Sana barulah dia bercerita.. Then aku rasa kamu dah bleh agak ni.. hahahaha.. ala lambat lah korang ni.. Dia pun berkata, "Muka awak iras-iras muka kawan sayalah, dia pun orang sabah gak. Mukanya sama putih macam awak gak... tapi saya dah lupa nama dia.." then aku tanyalah, "macam mana boleh kenal kawan awak tu, awak penah pi sabah ke??". Dia pun menjawab, "Entah, tak ingat pla macam mana saya boleh kenal dia.. Tapi yang penting muka dia iras awak lah.." Emmmm, aku hanya mampu senyum ja lah untuk jawapan dia tu..

Aku pernah dengar, dalam dunia ni ada 7 orang yang serupa. Tapi, bila aku kira balik orang yang sapa aku kata muka aku ni sama macam kawan dorang, aku rasa orang yang serupa aku ni dah lebih dari 7 orang.. Hai la badan...

Monday, August 15, 2011

Keliru













Hari ini masuklah 15 Ramadhan.. Well, aku hanya perasan hari ni 15 Ramadhan bila waktu witir yang terakhir, imam baca doa qunut... Well, my mind really gone too far lately.. Apalah aku ni, muda2 lagi sudah banyak berfikir.. Hehehehe..

Selama seminggu aku kerja syif petang, aku tiada peluang untuk pi terawikh.. Maklumlah keja kat A&E kangar, kena berulang alik dari kangar alor star mengambil masa satu jam.. Bas bertolak dari kangar dalam jam 8.15 malam.. Sampai alor star dalam jam 9 lebih2.. Bila balik ja rasa penat mau tido ja.. jadi sempat buat isyak, pastu tadarus sikit then layan mata. Nikmat tidur selepas seharian penat bekerja adalah nikmat yang paling indah. Heheheheh...

Sepadan dengan satu ayat ni, "Dia menyingsingkan pagi dan menjadikan malam untuk beristirehat dan (menjadikan) matahari dan bulan untuk perhitungan. Itulah ketentuan Allah yang Maha Perkasa lagi Maha Mengetahui."(6:96)
Hah, bukankan malam itu untuk beristirehat.. (hehehehe, aku belum mengantuk lagi tu yang masih asyik membebel di blog malam2 ni.. heheheh)













Khusyuk budak tu...





Ok, berbalik kepada solat terawikh ari ni, sepatutnya aku nak pi solat terawikh yang agak jauh sikit dari asrama kami, kira2 dalam 2km perjalanan.. Iaitu surau tepi penjara..(aku sebenarnya tak tau nama surau tu, hantam jalah cakap surau tepi penjara..) tapi memandangkan makcik guard mau ikut juga berterawikh dan bila memikirkan kesihatan dan tugasnya sebagai guard asrama kami, terpaksalah aku pi terawikh di surau wad X kira 1km perjalanan dari asrama kami. Agak sedikit kecewa, tapi nda palah anggaplah aku cuba untuk menggembirakan dia.. Bukan aku nda mau solat terawikh di surau Wad X, cuma bilangan jemaah sikit sangat. Jemaah lelaki boleh dibilang berapa orang yang datang, lagilah jemaah perempuan.. Bukan apa, jemaah lelaki sikit sangat, tak sampai pun 3 barisan. Banyak ruang kosong dibelakang jemaah lelaki pastu baru masuk shaf perempuan yang dipisahkan oleh tabir di tengah2..












Pernah aku pi satu kem dulu masa aku spm, ada sorang jemaah perempuan ini, aku tak kenal, agak berusia juga.. Masa nak berjemaah ngan jemaah lelaki, dia suruh kami rapatkan shaf ngan lelaki.. Aku pun heranlah, knp pla nak rapatkan..(bukan rapatkan shaf ngan lelaki bermaksud perempuan mencampuri shaf lelaki hingga berada satu barisan ngan lelaki), tapi jemaah tu suruh kami jangan menjarakkan terlalu jauh antara shaf lelaki ngan perempuan sehingga boleh memutuskan jemaah. Aku pun pelik lah tapi dalam masa yang sama, aku ikut ja.

Then, masa yang terluang antara maghrib ngan isyak, jemaah perempuan tu tampil ke hadapan.. Rupa2nya, penceramah jemputan pla.. Nda silap aku, dia bagi ceramah tentang kehebatan Allah.. Aku suka ceramah dia pada waktu tu.. Tapi dia tidak terangkan pasal shaf..













Ok, berbalik pada shaf tadi.. Aku tertanya-tanya, sah kah jemaah kalau shaf itu berjauhan.. Sedangkan sebelum mula solat, imam menganjurkan para jemaah untuk merapatkan shaf sesama para jemaah dari sebelah menyebelah.. tapi bagaimana pla shaf antara lelaki dengan perempuan, adakah shaf antara lelaki dengan perempuan perlu ada jarak sampai 50 meter.. Bukankah jemaah lelaki ngan jemaah wanita dipisahkan oleh tabir, maka perlu lagi kah jarak antara dua jemaah ni?? Adakah shaf itu valid?? confuse lagi... Emm, masih mencari jawapan.. Banyak artikel yang aku cari, masih belum dapat jawapan yang benar2 boleh buat aku yakin.

Keliru lagi....

Saturday, August 13, 2011

mercun oo mercun




Hari ini masuklah ramadhan yang ke 13. Wow, hampir 2 minggu berposa, tak sedar masa berlalu. Well, apa pla cerita pengisian Ramadhan ku? Bila lah nak khatam Al-Quran. yelah, balik2 dari keja trus tido, pastu bangun dah sahur. Ish2..

Bila nak khatam ni??

Sejenak terfikir, nda lama lagi hari raya. Hehehehe... Aku ni pun sama macam budak2 yang lain,(Budak ke lagi????) dekat2 raya ni lah adalah 'agenda' ku tersendiri.. Heheheheh... Selalunya setiap tahun sebelum ku ke mari(negeri jelapang padi ni), aku lah yang over excited pasang cucul di sekeliling rumah kami..(cucul = pelita) Mau taknya, aku nda kesah hujung bulan kah, tengah bulan kah, awal bulan kah, sesak kah, atau kebuluran kah, aku lah anak yang selalu paksa mama aku beli minyak gas untuk pasang cucul(minyak gas=kerosine)... hehehehe anak yang jahat kan.. Itu adalah agenda wajib. 1st Ramadhan lagi, rumah kami lah yang start terang-benderang dengan cucul. Kiranya rumah kami ni, lit lap lit lap lah.. Hahahahahaah... Jadi perhatian seluruh kampung.. hahahaha.. minggu pertama ja ada pasang cucul, masuk minggu kedua, duduk depan TV sambil baring2 kekenyangan, maknanya malas sudah mau pasang cucul.. hahahahahah(kuat makan pla....)






cucul yang cantikkkk...



hah, itu baru cucul, belum lagi agenda menterkejutkan orang dengan serangan 'bom atom' ku.. hahahahah.. bukan buatan sendiri ek.. beli je.. Heheheheheh.. Aku nda pandai buat, pakcik ku lah pandai buat meriam buluh. Setiap ramadhan nda sah kalau nda kacau orang ngan bom atom ku.. kalau sehari nda dengar orang melatah 'opocot' nda sah ramadhan ku.. over...(tapi orang sabah mana guna ayat 'opocot'.. )
Raya tahun lepas, aku rasa aku sangat jahat. Yalah aku tau malah sedia maklum jiran sebelah rumah kami ada orang tua yang ada sakit jantung. Jadi setiap kali mau lempar 'bom atom'ku, aku lempar di bawah rumah dorang, kemudian aku menggunakan nikmat larian pecut ku untuk bertapuk(bertapuk=sembunyi).. hehehehe.. Itu jahat aku yang latestlah.. Yang dulu2 nda payah cerita.. lagilah jahat.. hahahahaha... Best jo main 'bom atom'. bagi akulah, meriah tau Bulan Ramadhan kalau ada bunyi meletup-letup ni. Hahahahaha...

Untuk tahun ni, aku rasa aku kena insaf kot main 'bom atom' ni. Hehehehe.. Semudah itu?? heheheheh.. buke gapo..(wow kecek kelate ambo) heheheh..Baru2 ni sepanjang aku kerja petang, ada satu kes datang ke red zone, budak umur 14 tahun, dengan tangan sebelah kanannya hancur, jari2nya putus. 2 jarinya sudah di tanam, satu jari lagi kena bawa pi hospital. Aku yang sedia mengantuk time tu, kembali segar dengan tangan yang hancur lebur tu.. Banyak darah siot, tu yang buat aku segar..(im not vampire k..) Tanya punya tanya, tangan dia jadi macam tu sebab dia main mercun bola buatan sendiri. Ish2.. budak kecik tu kalau nak sangat main mercun, belajar ngan orang yang pandai...( eh silap..) janganlah dok gatai tangan nak main mercun. kan tak pasal2 tak da tangan nnti time raya.. Mau ja aku cubit2 budak tu.. nakal nda bertempat.. Tapi mau buat macam mana kan. benda mau jadi. Aku selama ni, selalu dengar orang nasihat, "jangan main mercun, nnti putus tangan".. Aku sendri nda paham apa kaitan mercun dengan putus tangan. macam nda logik pun ada. Then, hari tu baru aku nampak dan paham mcam mana mercun boleh menyebabkan tangan putus. (yelah, aku berpeluang mencuci 'arwah' jarinya yang putus, terus rasa takot pla aku...) Aku dengar doktor2 sekalian bersok sek pasal amputation.. Huhuhuhu.. kesian budak tu, terbayang aku budak tu tanpa tangan sebelah kanan, macam mana dia makan lepas ni, macam mana dia mau menulis. Muda2 lagi Allah dah tarik nikmat tangan dia.. so sad bebeh.. huhuhuh... Justeru itu, aku akan berhenti main 'bom atom' ku apabila aku balik rumah kelak...(errr, boleh percaye ke???) hehehehehehe... InsyaAllah.
Maknanya main bunga api ja kah???? (sangat tidak mencabar..... huhuhuhuh)

Friday, August 12, 2011

let it be








Minggu Ini, BirthdayKu.. Maka dengan rasminya aku dah masuk umur 21 tahun. Alhamdulilah masih bernafas. Semakin hari, makin meningkat bilangan umur ku.. HUHUHUHU..

Tahun ini, birthdayKu sangat2lah sadis. dari banyak kawan2ku, hanya 2 orang sahaja yang wish birthday ku.. Di ulangi, DUA ORANG SAHAJA. Sadis sangat. Antara banyak kawan yang aku anggap aku sangat sayang, hanya dua orang sahaja wish. Jadi aku sudah dapat jawapan bahawa, aku adalah orang yang tidak penting buat mereka. As Simple As That. Heheheheh... Rupanya aku hanya ada sedikit sahabat, banyak kawan dan bertimbun2 kenalan. Ala, macam yang selalu kita dengar, kawan ketawa mudah dicari, kawan menangis sukar dicari..(errr, betui kah ni..???) Hehehehe.. Whateverlah.. So, aku dah dapat jawapan, yang dorang tak anggap aku kawan pun, emm pembetulan, dorang tak anggap aku kawan mereka yang mereka sayang..(awat berputar belit ayat ni..) Hahahaha.. aku rasa bodoh, sebab aku yang terhegeh2 rindu dorang bila berjauhan, aku terhegeh2 post notes about friendship kat wall muka buku aku and yet for them, i'm nothing for them.. Hahahahah..(sangat bodoh aku ni).. Thanx to themlah kan..






broken friendship... is it?????











Forget about them, malas mau ingat pasal dorang, aku penat menangis. They ignore me, then let it be.. i Don't know how, but life must go on right????

memandangkan aku tidak tahu dengan siapa aku nak crita, i would like to share cerita ku sepanjang minggu ni di HTF.. Minggu ni, aku keja syif petang. Bahagia aku keja petang, sebab dalam seminggu ni gak aku penat disebabkan banyak kes2 red zone yang dapat aku bantu dalam pengendalian kes kecemasan. yelah, balik bilik ja memang mood tidur memanggil2... Well, bukan aku sorang ja, kawan2 seteam aku pun ada peningkatan dari segi pengendalian kes kecemasan. Aku betul2 berbangga dengan pencapaian kami. Selain tu, aku berbahagia sebab dapat berbukak posa di A&E... (bahagia ke???)


Kes yang aku ingat dan aku tertarik adalah pada hari selasa(which is my birthday), dalam jam 3 petang ada panggilan ambulans, dan kebetulan aku ditempatkan di bahagian ambulans call. Then, aku dengan penuh semangat mengambil mask ngan glove then berlari2 menuju ke ambulans call, hinggakan aku terlupa yang aku lupa habaq kat MA bertugas yang aku nak ikut. Nasib bek, MA tu sporting.. Dia bagi juga.. Alhamdullilah..




Ambulance call....



Kes MVA, langgar lari dan dalam imaginasi aku, darah dan kepatahan... Sampai ja tempat kejadian, mangsa terbaring di atas jalan raya, dan bila aku dekat ngan mangsa, stridor!!!!! Means, something wrong ngan airway nya.. Aku pun dengan larian pecut ku, mengambil Cervical collar dalam ambulans pastu pasang cervical collar kat budak tu. Biasalah, orang ramai jadi pemerhati, jadi bersemangatlah buat kerja, kot2 ada abang hensem kan.. ok gak... ahakssss..... pastu yang lain2 MA tu lah yang buat keja.. hehehehehe...

Sampai ja di HTF redzone, mangsa mmg tak sedarkan diri. No response towards pain, no verbal response, no eye respons, GCS yang aku bagi dalam 4 je kot..(kowt??????) Then mangsa tu kena intubate. Emm, Mangsa tu adalah budak tingkatan 6. bayangkan mangsa tu di intubate(masuk tiub dalam paru2 melalui mulut) yang mana cubaan beberapa DR tidak berjaya. Berkali2 di masukkan sampailah masuk, cuba bayangkan kesan trauma pada airway mangsa.. ish2..(hampir menitik air mata aku tingu...)
Alll drugs are given and still mangsa belum sedarkan diri. Then, investigasi X ray pun dibuat ke atas budak tu. Bila siap result X ray, skull, upper limb and lower limb no abnormalities, tapi bahagian abdomen, terdapat trauma di bahagian lower left hypochonriac pesakit yang mana dalam x ray terdapat oblique image pada abdomen pesakit. Dr diagnose, intra abdominal injury. Bahaya kalau terdapat intra abdominal injury, sebab ianya boleh menyebabkan kematian. Macam arwah achik spin tu..

Dr khairul, Dr pakar A&E kot, dia scan guna ultra sound untuk cari punca pendarahan, and dalam masa yang sama nasogastrik Tiub dimasukkan ke dalam mulut pesakit, belum pun masuk dalam 10 cm, banyak darah yang keluar.. Sah ada intra abdominal injury..(lambat betul aku diagnose... hahahahahah)dalam usaha mencari punca, Dr khairul refer kes ini di operation theater untuk lakukan scope(teropong dalam perut... heheheh)untuk mencari punca spesifik. pastu, aku nda tau sudah management nya.. Huhuhuhu...

Dalam detik menanti, aku nampak mama budak tu, menanti dengan resah dan penuh harapan, harapan agar anaknya berjaya di selamatkan. Dalam detik kesabaran parents di bulan Ramadhan ni, aku nampak sisa2 tangisan mamanya.. yalah, mama mana yang tidak sedey bila anaknya dalam kesakitan malah dalam pertarungan nyawa. cabaran malah dugaan tu, hanya orang yang merasa sahaja yang tahu sakitnya.. Eventhough budak tu teda kaitan dengan aku pun, aku termenangis juga. Sedey sangat.. tapi nasib bek aku pkai mask jadi tiadalah nampak air mata macho ku.. hahahahahah..


















Begini kali kan kalau aku menangis dengan penuh asyikkk.....



Dan hari ini. 12 ogos 2011, aku mendapat berita yang budak tu meninggal pada 11 ogos 2011. Innalillah.. Aku sangat bersimpati ngan keluarganya, kehilangan orang yang mereka sayang pada bulan Ramadhan. Dalam detik menerima berita ni, aku pun rasa sebak. Sebak sangat. Sesungguhnya, jodoh, pertemuan, perpisahan, ajal semua telah ditentukan oleh Allah. Syukur aku masih bernafas saat aku berumur 21 tahun ni.. Bertuah budak tu, meninggal pada bulan mulia ini. pasti budak tu sangat di sayangi Allah. Al-fatihah

Sunday, August 7, 2011

Sayang



















Tajuk yang sangat menarik. Kerana semua orang pun akan punya rasa sayang pada sesama manusia. Tidak kira sesama ibubapa, saudara mara, sahabat handai dan rakan taulan..(eh bukan sama kah?)

Susah untuk aku sayang orang sebenarnya. Kerna tidak semua orang ada faktor X untuk aku sayang.. heheheheh.. Ya bebeh.. Ada beberapa sahabat yang aku sayang, cuma dorang tidak tau betapa aku sayang mereka sangat2. Bukan salah dorang, cuma aku ja tidak melahirkan secara lisan maupun perlakuan. Tapi jauh di sudut hati, Ya aku memang sayang mereka. Tak perlu rasanya aku sebut siapa mereka. Kerna cukup mereka terpahat dihatiku. InsyaAllah aku akan sayang mereka sampai bila-bila di kejauhan sehaja.












Sebab kerana memendam perasaan sayang ni lah aku sendiri menderita dengan perasaan sendiri. Dari zaman sekolahku, sampailah sekarang, aku still sayang kawan2 ku yang pernah muncul dalam hidup aku. Aku tidak lupa birthday dorang, gambar pun masih ku simpan dan surat pun masih ku simpan(ehem, yang tu cerita lain pla... hehehehe)
Cuma aku tidak wish birthday dorang di wall fb dorang, aku ada cara aku sendri untuk wish.. Bagi aku wish birthday di wall fb ni seolah2 tiada makna... Sebab dengan cara tu, semua orang pun bleh wish, kenalan biasa2 pun boleh wish. Aku lagi suka wish orang dengan something yang seseorang tu boleh guna atau simpan selama2nya biarpun dia tidak menghargai tapi cukup untuk aku merasakan puas. Yelah, takkan aku nak ganti ngan usia aku pla sebagai hadiah untuk kawan aku yang aku sayang. At least something yang bila dia nampak hadiah tu, dia akan ingat yang rupanya dia pernah ada kawan bernama ....(nama aku) satu ketika dahulu. Biarlah sahabat ku tersayang tidak ingat pun aku, cukup dia ingat aku pernah beri dia hadiah, that means a lot to me...

Teringat aku dulu, aku perhatikan salah seorang sahabat yang aku sayang ni, dia selalu bawa tisu pi sekolah. Yelah untuk kebersihan. baginya penting tisu untuk dia. Masa birthday dia, aku mau hadiahkan something sama dia yang mana dia akan ingat nnti selepas kami tamat persekolahan. Hadiah sapu tangan warna biru dan yang paling penting, di sapu tangan tu ada anyaman 'Happy Birthday Ella, From, Vivi, Ct and...(aku)'... Terharunya dia sampai dia kata dia tidak mau guna sapu tangan tu. Dia kata bermakna sangat jadi dia tidak mau kotorkan. Tapi motif kami bagi hadiah sebab mau dia guna.. ish2... tapi at least berbaloi gak, yelah walaupun hadiah sapu tangan tu taklah mahal, asalkan bagi dengan rasa kasih sayang InsyaAllah kawan tu akan menghargai.













Bagi aku nda kesahlah hadiah mahal atau murah, semua tu tak penting. Yang penting keikhlasan hati kita untuk beri hadiah kepada orang yang kita sayang, akan memberi makna yang terindah buat sahabat kita. heheheh well, aku slalu beri hadiah kat orang, tapi aku ni ja tak pernah dapat hadiah dari orang. Takpalah, siapa pun aku di mata sahabat aku, penting atau tidak aku dalam hidup dorang, Aku still sayang dorang. InsyaAllah selamanya sayang.



Teristimewa : Nur Syazwani binti Yusof,Faiznur Farhana binti Jaafar, Rumia, Ernah Binti Sudin, Shazilla Binti Sulaiman, Viviannye Paul,Azrina binti Abdul Mahed, Siti fatima, Noorazurah, Verona Ansilmus, Siti Syarifah Nurul Huda Binti Yusri, Dayang Norzakiah, Rozianah Binti Jusli, Nurul Faiza Nadwa Binti Saudey, Juvilyn Shariff, Roslinda Binti Umar, Amnah Omar, Juraineh Musalim, Nurna Nensi binti Ali.

Saturday, August 6, 2011

Kehilangan

Hospital Tuanku Fauziah, kangar. 6 Ogos 2011: Detik sebuah keluarga kehilangan seorang insan pada 6 ramadhan. Kedengaran tangisan sayu dari anak-anaknya yang menangisi pemergian ayahnya.

Aku di Hospital Tuanku Fauziah, pada 6 Ogos 2011 sempena 6 Ramadhan, bekerja shift pagi. Kes hari ini sangatlah banyak. Macam2 perkara berlaku hari ini dari yang menyakitkan hati ke menyayat hati. Aku lebih terarah ke arah menyayat hati. Sebagai manusia biasa dan makhluk yang lemah, hati aku pun turut rasa sebak apabila melihat keluarga tersebut kehilangan insan yang mereka sayangi.

jam 12.45 tengahari,para doktor, para penolong pegawai perubatan, nurses, Student MA dan JMP, berusaha untuk melakukan CPR ke atas pesakit tersebut. saling bertukar-tukar tenaga untuk buat cpr kali ni kerana pesakit berbadan besar. Dalam masa 20 minit cpr dilakukan, ECG masih asystole, dan cpr masih dilakukan. Aku tidak ketinggalan juga buat cpr, tapi apalah sangat kudrat ku sebagai seorang wanita untuk melakukan cpr, kerana aku kehilangan banyak tenaga. Kerana sepanjang 6 hari berpuasa, aku tidak menyentuh karbohidrat melainkan air milo panas untuk bertahan. Aku akui, aku tidak kuat dan tidak berdaya untuk melakukan cpr. Sememangnya peristiwa ini menyadarkan aku, bahawa manusia sememangnya MAKHLUK YANG LEMAH. kerna belum sampai 15 tekanan aku sudah mulai tercungap2 dan rasa sangat sakit pada dada. Sayu bila doktor mengesahkan pesakit tersebut tidak dapat diselamatkan lagi. Kita hanya mampu berusaha, namun Allah telah menentukan segalanya.

Disaat semua peralatan seperti ett tube, branula off. Saat tu aku dengar anak2nya menangis, ada anak lelakinya mata kemerahan menahan tangis, malah anak yang perempuan telah lama bercucuran airmata. Dan aku sebagai pemerhati tidak dapat menahan sebak yang amat. Aku pun turut menangis. Sesungguhnya kehilangan seseorang yang kita sayang amatlah menyedihkan malah menghibakan. Semoga keluarga terbabit dapat bersabar dengan ujian yang Allah beri kepada mereka, kerna syawal mereka akan kehilangan satu ahli. Tiada sesuatu yang kekal melainkan Allah. Semoga roh arwah dicucuri rahmat.

Siapa tahu, esok kita pula yang dipanggil untuk Kembali. Siapa tahu, mungkin Ramadhan kali ini adalah yang terakhir buat kita, justeru manfaatkan Ramadhan dengan sebaiknya.

P/S : Kepada sesiapa yang mengenali aku, aku mohon maaf seandainya selama aku bersama dengan kamu aku pernah terkasar bahasa, terkasar tingkah laku dan berburuk sangka. Siapa tahu, aku tidak sempat menikmati Ramadhan tahun ini hingga detik akhir. Allah Knows.



Wednesday, August 3, 2011

Bulan posa..

Bulan Ogos, untuk tahun masihi.. tahun hijrah, skrg ni bulan Ramadhan. Alhamdulilah bernafas lagi aku. Aku diberi kesempatan untuk bertemu Ramadhan, cukuplah bulan Ramadhan ini hadiah harijadiku. Yup, bulan ni(ogos) adalah bulan kelahiranku.

Sedang asyik aku duk main laptop, terlintas di fikiran aku seacrh di google pasal lahir bulan 8. Marilah aku kongsi sikit maklumat ni.

Rahsia Orang Yang Lahir Bulan Ogos
1. Suka berlawak.
-aku rasa aku ni nda pandai pun melawak. Yalah kalau aku pandai melawak, lama sudah aku masuk raja lawak.

2.Mudah tertawan kepadanya
-sebenarnya aku nda paham maksud ayat ni. Aku nda tau aku mudah tertawan ngan apa. hahahahahaha..

3.Sopan santun dan caring pada orang lain
-yang ni lagi aku tak tau.. Bukan tak tau maksud ayat ni, cuma aku tak tau aku ni bersopan santun atau nda.. Caring???? jauh sekali..(entah nda sedar pla) wahahahahaha...

4.Berani dan tidak tahu takut orangnya.
-iyeke???? Tak cayalah. Aku ni berani2 pun pandai juga takut. tapi tidak dikategorikan sebagai penakut ya..

5.orangnya bersikap tegas dan bersifat kepimpinan
-tegas?? me?? mungkin adalah sikit. Tegas ni banyak tahapnya, aku nda tau tegas aku ni tahap keberapa.. hahahahah... Bersifat kepimpinan? yang ni aku nda tau komen, dulu aku jadi kapten Bola Jaring, aku nda pandai merapatkan silaturrahim sesama pemain.. tu yang kalah dalam pertandingan bola jaring... hahahahahah

6.pandai pujuk orang lain
-pujuk orang lain?? pernahkah aku berjaya memujuk orang lain?? biasanya aku merajuk payahkan dipujuk, inikan pula aku pujuk orang lain.. Impossibble bebeh....

7.terlalu pemurah dan bersikap ego
-pemurahkah aku ni? aku nda perasan pla.. Yang aku tahu, Dengan Nama Allah Yang Maha PEMURAH lagi Maha Penyayang.
-ego?? mungkin kot.

8.nilai harga diri yanag sangat tinggi
-yang ni aku tak paham maksud ayatnya.. hantaran kawen kot... eh? tinggikah mama aku minta hantaran kawen nnti untuk suami ku nanti??

9.Dahagakan pujian
-aku selalu dahaga airlah.. lebih2 lagi milo ais...(wah bahagianya daku........ @_@)

10.semangat juang yang luar biasa
-setahu aku, nama aku teda pla dalam sejarah tanah air pun yang menyatakan aku ni pejuang.. InsyaAllah satu hari nanti kot..

11.cepat marah dan mudah mengamuk.
-exactly.. ya, aku ni panas baran punya orang.. pernah aku mencederakan orang gara2 marah punya pasal.. dia langsi sama gua maa, jadi wa kasi potong sama dia..(kl gengster tue... hahahahah)
-sekarang ni aku dalam proses untuk mengawal kemarahan aku.. ada kawan aku sorang ni, dia suruh aku convert kemarahan aku kepada something else.. maybe something funny..

12.mudah marah apabila cakapnya dilawan
-huuuu.. tak tahu.. selalunya bila aku stat beercerita, kawan2ku pun mau bercerita. jadi aku takda chance bercerita. Cuma aku tak marahlah.. Yalah kalau semua mau bercerita, sepa mau jadi pendengar. Jadi aku pun mendengarlah..(itulah sebabnya ramai kawan aku tidak tau banyak hal pasal aku, sebab aku kurang bercerita)

13.sangat cemburu
-ya.. memang aku kuat cemburu. aku mengaku.. huhuhuhu

14.daya pemerhatian yang tajam dan teliti
-nda penah pla aku asah pemikiran aku ni. jadi aku nda pandai memerhati ya..

15.cepat berfikir
-yoo, aku nilah yang paling lambat berfikir.. ilham lambat datang

16.fikiran yang berdikari
-seperti yang aku nyatakan pada no.12, ramai kawan aku ni nda kenal sangat aku ni, jadi dorang pun ndalah berapa sangat mau ambil berat pasal aku. so, aku terpaksa berdikari..

17.suka memimpin dan dipimpin
-yan aku suka dipimpin oleh orang yang layak memimpin.. tapi kalau aku jadi pemimpin, huru-hara kumpulan.

18.sifat suka berangan
-hahahahahahahahah... aku suka yang ni sebab aku memang suka berangan, dari kecil lagi. Berangan mau beli kereta mahal, rumah besar, duit banyak.. eh, macam2lah..

19.berbakat dalam seni lukis, hiburan dan silat
-aku nda pandai melukis.. lukis buah pun teda rupa buah... hiburan?? lagi tak pandai.. silat?? heheheh, silat cekak hanafi aku belum lagi abes belajar.

20.sangat sensitif tapi tidak mudah merajuk
-ya, aku sensitif sangat dan sangat mudah merajuk serta susah dipujuk.. wahahahahahahaha....

21.cepat apabila ditimpa penyakit
-setakat ni alhamdulilah sihat.

22.belajar untuk relax
-masih dalam tempoh mengurangkan panas baran ku ni..

23.sikap kelam kabut
-ya benar, aku ni kadang2 kalut sangat. Lebih2 lagi bab masa.

24.romantik
-aku belum penah bercinta, mana nak tau aku ni romantik atau tak.

25.pengasih, penyayang dan suka mencari kawan.
-Sesungguhnya, Allah Maha Pengasih Dan Maha Penyayang.
-suka mencari kawan?? bolehlah gak.. tapi2 kadang2 aku ni menunggu orang tu memperkenalkan diri dulu.. hahahaha...


semua ni aku dapat dari internet, kajian Dr Fadzilah Kamsah.. Nak kata semua betul, tidak juga. Wallahualam..

Saturday, July 2, 2011

Sarang Semut..

Lokasi terkini, Klinik Kesihatan Kota Sarang Semut. 1st impression: Bolehlah..
Sampai ja kaki ku menjejak tanah di klinik ini, alhamdulilah aku nda kena gigit semut. Yelah, kot2lah ada banyak semut sejajar ngan nama tempatnya.. heheheh...

Sebenarnya hati aku berdebar-debar untuk melapor diri dengan MA di kk kota sarang semut esok.. Aku ni ilmu pun nda cukup. Sedih gak, namanya ja sem 6 tapi tahap keyakinan aku ni, 20% ja.. Tak patut, tak patut. Hidup selama sebulan di sini, harap2lah seperti yang mereka katakan, iaitu Best... Untuk predict apa yang akan terjadi esok dan seterusnya aku bukannya pak nujum pun. Ada hikmah rasanya kenapa aku ditempatkan disini, klinik kesihatan kota sarang semut. Bersangka baik ada manisnya. InsyaAllah, aku akan mengambil sebanyak mana ilmu disini..

Tadi berbual ngan partner ku bagi mengisi masa lenggang.. Agak lama kami berbual dan banyak topik yang kami bincangkan. Kebanyakan topik kami berbual, semuanya menarik. Partner ku ni seorang insan yang banyak bercakap rupanya. Banyak ideanya untuk bercerita, tak sangka aku. Dia juga seorang yang sangat memahami. Nda tau kenapa, aku selesa sangat meluah sesuatu yang tidak terluah pada orang lain tetapi dengan dia aku meluah.(ayat pusing2 pla) Padahal dia bukan kawan rapat ku. Hebatnya dia, sebab boleh buat mulutku berkata2 sesuatu yang sukar untuk ku ucapkan.. heheheh... Alhamdullilah sekurang-kurangnya aku berasa selesa dengan dia, insyaAllah untuk sebulan. Harap dia selesalah ngan aku yang pemalu ni..(hehehehe.. sopan santunlah katakan..)

Belum pun seharian di kota sarang semut, aku sudah mulai merindui mereka. Semester akhir ni.. huhuhuhu..

Wednesday, June 29, 2011

Mati tidak mengenal usia..

Mati itu pasti.. Mati tidak mengenal usia. Tidak kira tua atau muda, bila tiba waktunya, kita pasti akan mati. Cuma bersediakah kita untuk mati?

Belek punya belek aku punya FB, aku ternampak FB kawan aku sorang ni. Post wall dia semuanya yang sedih2. Aku pun baca lah. Semuanya untuk boyfriendnya yang bernama Mohd Ali Sarno yang meninggal pada awak bulan jun 2011. Arwah meninggal pada umur 22 tahun. Muda kan? Tapi ajal dan maut tidak mengenal usia. Bila tiba waktu, kita pasti akan pergi. Apa kaitan Mohd Ali Sarno sama aku??

Aku kenal Mohd Ali Sarno ni di St Paul sebagai budak pengacau. Dia senior aku, selalu dia ngan geng dia datang mengacau pi kelas kami. Ndalah mengacau sampai bikin kecoh.. Ndalah sampai macam tu, tapi dia datang saja mau usik2 kawan aku. Dalam masa yang sama, dia berkenan ngan kawan aku Theffany Debra Stephen. Tup2 dorang kapel.. Tapi memang nda dapat nafilah, pandangan aku sama Arwah dulu, yang dia adalah budak pengacau dan sangat merimaskan. Cuma sepanjang aku rasa arwah irritate, nda penah pla dia membelasah atau menumbuk budak2 lain.

So far, dia memang ok jugalah. Tapi berita terbaru aku dapat sejak dari tahun lalu, dia kapel ngan kawan aku yang bernama NurFazeila sampailah dia meninggal dunia ni. Well, first thought aku fazeila punya main baik dan sopan santun, dapat BF macam Ali(yelah aku nda kenal dia sepenuhnya), nakal sangat. Trus dalam fikiran aku, 'emm lama2 nanti putus lah tu, lelaki tu mana amik serius'.. Itulah pandangan aku. Menyesal aku cakap macam tu, sebab hubungan dorang terputus bukan disebabkan lelaki tu, tapi Allah lebih menyayangi Arwah. Tadi aku nampak kakaknya post gambar Arwah. Kasihan, usia yang masih muda arwah pergi tinggalkan mereka. kakaknya siap ada nada penyesalan gak, dan kakaknya dan kenalan Arwah nyatakan yang arwah ni baik, selalu bantu orang, susah marah, peramah, penyayang, dan sanggup bersusah payah demi orang lain. Itu menurut kakak dia, aku tak berapa kenal dia. Tapi aku rasa sedih gak sebab aku pernah berburuk sangka dengan arwah. Andai sememangnya arwah bukan seperti yang aku anggap tu, aku doakan dia mendapat balasan yang baik2.. aku doakan dia ditempatkan bersama para solihin.. Al-fatihah

Monday, June 27, 2011

???

Kecewa?
Ketika aku menanti detik 7hb Jun, iaitu tarikh aku balik sabah, hati aku betul-betul dalam pemberontakan yang nyata. Mana tidaknya, kalau tanya hati aku time tu, aku nda mau balik. Aku mau stay di Kedah and spent time ngan futsal yang mana aku terpilih. Tapi apakan daya aku, parents terlebih dahulu beli tiket flight aku.




















Geram?
Ya, ada juga. Tipulah kalau aku cakap aku nda geram dengan tindakan parents aku. Yalah, sebelum Januari 2011, aku penah cakap ngan mama aku, cuti sem bulan jun 2011 nnti aku nda mau balik, dengan alasan Tahun akhir di Kedah mau meluangkan masa lama di Kedah. Mama pun setuju. Tup-tup, masa awal bulan Mac mama aku beli tiket flight walaupun ada kesilapan pada tiket.

Bengang?
Masa sampai ja dirumah, aku terpaksa jadi babysitter tak bergaji, yelah menjaga anak abang aku, tp dia entah hilang ke mana. Seolah-oleh kepulangan aku adalah untuk menjadi babysitter kepada budak-budak yang nakal sama perangai macam bapa dia. Kalau jalan-jalan di tempat awam, malunya aku bukan kepalang bila tingu budak 2 ekor tu berlari-lari. Rasa jatuh ja muka aku ni pastu hati aku mula lah mengomel nda tentu pasal perangai abang aku yang nda pandai jaga anak sendiri. Tahu menyusahkan aku dan mama aku. Nasib baiklah parents aku ni kira masih sihat walafiat, mampu menjaga. Tapi agak-agaklah anak sendiri nda pandai tingu.

Sayu?
Selama berhari-hari aku bengang, tiba-tiba aku sayu pula. Hari ini, mama aku sendiri masak gulai ikan patin untuk aku dan adik aku. Bila kenangkan balik, betul kata sahabat aku, yang mama aku ni mungkin rindu sangat kat aku. Sampai sanggup cari ikan patin semata-mata mau kasi aku rasa sebelum aku balik kedah 28hb. Betul, memang aku yang beriya-iya balik kedah secepat mungkin, tp hari ini aku rasa macam berat hati mau balik. Berat hati mau tinggalkan rumah ni. Sayu sangat.

Aku manusia tidak sempurna, tidak bersyukur atas apa yang aku ada. Aku patut bersyukur kerna mempunyai Ibubapa yang sangat sayang aku dan adik-beradikku. Seburuk mana pun dorang, dorang tetap ibubapa yang melahirkan dan menjagaku dari kecil hingga besar. Sungguh aku tidak menghargai permata yang amat bernilai di depan mataku.

Monday, June 6, 2011

Miss??

Esok 7hb, aku akan menjalani pengembaraan balik ke Beaufort, tanah tumpah darahku.. Hepi?? Aku lebih suka kata yang aku dalam kesedihan. Bukan tak suka balik, cuma fikiran aku sekarang nie terbayangkan futsal. Rindu aku ngan sukan tu. Rindu sangat2. Hinggakan saat aku terpandang kasut futsal aku, hati aku jadi ngiluuu yang amat. Huhuuhuh..

Entah dapatkah lagi main futsal lepas abes study ni. Tak tahu.. Rasa mau nangis, tapi nda dapat.. Ooooo futsal, i miss u so much..!

Sunday, June 5, 2011

3 kg?

Hari ini bosan yang amat dalam bilik, jadi aku pun decide pi gym.. Yelah dekat 2 bulan aku nda pi gym.. Kendur segala otot2..(erkk???).

Masuk pi gym, di sapa oleh staffnurse yang bertugas dalam unit tu.. Maklumlah pelanggan tetaplah katakan.. Setiap hari nampak muka ini ja pi gym... Bila jarang nampak tu yang tertanya2 tu.. aiseymen.. hehehehe... Dalam gym tu, nmpk pla mamat yang selalu berkunjung di gym.. Kira sama macam aku jugalah, pelanggan tetap.. Entah apakan namanya aku pun nda penah amik tau, tapi sejak aku pi gym dari bulan 3 smpilah sekarang ni, aku tingu badan dia macam tu jugak, lembik juga.. Tiada perubahan pun..(jahatnya aku.. Hehehehe) Yalah, kalau sudah lebih 2 bulan pi gym rasanya ada sudah ketul2 di badan dan of kos badan semakin menarik, tapi aku tingu macam besa ja, tiada perubahan langsung. Mamat tu pi gym kah apa? pelik bebenor.. hahahah.

Well, aku dapat rasakan aku semakin lemah sudah mengangkat beberapa dumbell yang mana dulu aku kira masih larat lagi mau angkat. Baru angkat 10 kali, rasa mau pitam sudah aku rasa. Ish2 itulah akibatnya jarang pi gym.. Ishnyalah.. belum smpai 15 minit, sistem badan aku(aiseymen sainslah pla..) menyuruh aku untuk berehat.. Perghh, tahap kronik.. Nda penah aku selemah ini.. huhuhuhu..

Dalam jam 4 petang aku pun mau balik.. Sebelum balik, aku menyinggah dulu bilik staffnurse mau menimbang berat badan. Alangkah terkejutnya aku dan termenung sejenak, berat badan aku turun 3 kg berbanding berat badan aku yang dulu. Oh tidak...! Apakah yang telah terjadi pada diriku... Patutlah aku lemah dan tidak bermaya(ayat kena power sikit..) rupanya kurang lemak.. Berita gumbira tapi dalam masa yang sama mendukacitakan.. Gumbira sebab aku turun berat badan tapi mendukacitakan sebab aku dapat rasakan badan aku semakin lemah.. parah macam ni... Aku mesti menaikkan kembali berat badan aku.. tapi, how???






Saturday, June 4, 2011

Aku hampir lupa....
















Aku hampir terlupa yang dia suka warna kuning.
Aku hampir terlupa yang dia suka dragon ball dan pokemon.
Aku hampir terlupa yang horoskop dia cancer.
Aku hampir terlupa dia lahir bulan julai.
Aku hampir terlupa yang tarikh lahir dia 5 minggu sebelum tarikh lahir aku..
Aku hampir terlupa warna kulitnya hitam manis.
Aku hampir terlupa yang dulu dia pernah jadi pengawas.
Aku hampir terlupa yang dia adalah anak cikgu.
Aku hampir terlupa yang dulu dia penah bagi aku hadiah.
Aku hampir terlupa kami penah berkirim surat.
Aku hampir terlupa yang aku pernah asyik melihat tariannya.
Aku hampir terlupa yang dia adalah motivasi aku memakai tudung.
Aku hampir terlupa senyumannyalah yang buat aku bagai nak gila.
Aku hampir terlupa aku pernah merinduinya bertahun lamanya.
Aku hampir terlupa namanya telah lama terpahat dihati aku.

Aku hanyalah manusia biasa. Punya hati dan perasaan. Aku cuba untuk melupakan dia, tapi rindu ini datang juga. Aku lemah. Bila mulai rasa rindu. Aku tidak kuat. Aku perlu untuk lupakan dia. Semakin aku rindu, semakin hatiku disayat rasa pilu.. Bantu aku lupakan dia..

Thursday, June 2, 2011

Filem Karak..


Baru ja meenonton filem karak.. Overall, oklah. Well, standardlah filem Malaysia tapi aku sebagai rakyat Malaysia of course sentiasa support. Cerita tu bagi aku best sebab ada mesej tersendiri dan sangat unik berbanding filem seram yang lain. Ceritanya memang pasal lebuh raya Karak, tapi penekanan cerita lebih kepada Ayat Kursi.

Masa masuk dalam panggung wayang tu, semua orang pakat menjerit, aku pun terkejutlah ingtkan aku yang muka macam hantu, rupa2nya cerita start sudah lah.. Aku lambat beberapa minit ja tadi. Well, start duduk ja, orang menjerit lagi. Beb, ceritanya nda seram manalah kecuali sampai pada satu scene. Pasal ayat kursi. Antara dialog pak cik dalam movie tu, "Baca ayat kursi, jangan setakat hafal sahaja ayat. Fahami maksudnya dan baca dengan yakin". Wow, aku rasa betul jugak 'pak cik' dalam cerita tu cakap.

Kebanyakkan orang, tahu baca dan hafal ayat kursi, tapi tidak mengamalkan dan faham benar2 ayat tu.. Hanya baca time takut ja. Bagi sesetengah orang, ayat kursi hanyalah penghalang atau penghalau hantu ja. Tidak ramai yang ambil tahu khasiat sebenar ayat kursi. Dalam cerita karak tu, pengarah filem tu beri gambaran dengan penonton apabila kita hanya membaca ayat kursi bila nampak hantu dan ketakutan, hantu tu siap menari-nari ada lagi yang siap mengejek. Apa taknya, baca ayat kursi pun berterabur pastu nda tau makna.. Terbahak2 hantu ketawa..(eh, itu gambaran aku ja..hee..) astaghfirullah.. Aku pun bukannya alim ulama mau mempertikaikan kebolehan orang untu membaca ayat-ayat suci ni, tapi itulah hakikatnya orang zaman sekarang. Bila takut, pasang tape ayat kursi. Lama2 hantu pun lali ngan suara orang yang sama ja baca ayat kursi. Apa salahnya gunakan suara kita yang lunak ni membaca ayat2 suci..(Lunak ke?)

Dalam cerita tu juga, pengarah filem menunjukkan betapa seorang gadis yang dulunya alim ulama, siap penah jadi juara musabaqah tiba2 bukak tudung dan kapel. siap pegang2 tangan lagi.. Itu kah gaya dan cara orang alim, berubah sepenuhnya sanggup bukak tudung dan dedahkan aurat untuk lelaki yang bukan muhrim. Dalam cerita tu juga, teguran sedikit sinis kepada kita khususnya orang islam apabila bab soal sembahyang dibabitkan. Ada satu scene, zura kiranya heroin cerita karak risau keadaan kawan2nya yang sesat dihutan. Dia mau cari tapi dihalang oleh tok malam(pak cik yang aku sebut di atas). Tok malam kata, "berapa lama sudah kamu tidak sembahyang?".. Tersentak si zura dengan statement berani mati si tok malam tu. Well, soalan tu rasanya bukan setakat untuk heroin filem tu ja, rasanya soalan tu sesuai untuk masyarakat khususnya orang islam. Yalah, kita diwajibkan solat 5 waktu sehari semalam, tapi tidak semua orang islam yang solat lengkap 5 hari sehari semalam. Ada yang 2, ada 3, ada yang 4, dan kadang2 ada yang tiada langsung. Aku pun bukan insan yang baik apatah lagi sempurna, tapi rasanya kita pun tahu hukum meninggalkan solat fardhu. Tapi bagi yang tidak tahu, meninggalkan solat itu hukumnya berdosa besar. Itu yang aku tahu, sebab aku masih lagi bertatih dalam mencari diri aku yang sebenar dan menggapai manisnya cintaNya. Aku hanya manusia biasa yang hanya ada sedikit ilmu pengetahuan tentang agama.

Apa2 hal, aku syorkan kepada semua orang untuk menonton filem Karak ni, bukan setakat ada mesej tersendiri. Aku lebih suka syorkan untuk supportlah buatan malaysia.. heheheh... Yeahhhh....!