Aku di Hospital Tuanku Fauziah, pada 6 Ogos 2011 sempena 6 Ramadhan, bekerja shift pagi. Kes hari ini sangatlah banyak. Macam2 perkara berlaku hari ini dari yang menyakitkan hati ke menyayat hati. Aku lebih terarah ke arah menyayat hati. Sebagai manusia biasa dan makhluk yang lemah, hati aku pun turut rasa sebak apabila melihat keluarga tersebut kehilangan insan yang mereka sayangi.
jam 12.45 tengahari,para doktor, para penolong pegawai perubatan, nurses, Student MA dan JMP, berusaha untuk melakukan CPR ke atas pesakit tersebut. saling bertukar-tukar tenaga untuk buat cpr kali ni kerana pesakit berbadan besar. Dalam masa 20 minit cpr dilakukan, ECG masih asystole, dan cpr masih dilakukan. Aku tidak ketinggalan juga buat cpr, tapi apalah sangat kudrat ku sebagai seorang wanita untuk melakukan cpr, kerana aku kehilangan banyak tenaga. Kerana sepanjang 6 hari berpuasa, aku tidak menyentuh karbohidrat melainkan air milo panas untuk bertahan. Aku akui, aku tidak kuat dan tidak berdaya untuk melakukan cpr. Sememangnya peristiwa ini menyadarkan aku, bahawa manusia sememangnya MAKHLUK YANG LEMAH. kerna belum sampai 15 tekanan aku sudah mulai tercungap2 dan rasa sangat sakit pada dada. Sayu bila doktor mengesahkan pesakit tersebut tidak dapat diselamatkan lagi. Kita hanya mampu berusaha, namun Allah telah menentukan segalanya.
Disaat semua peralatan seperti ett tube, branula off. Saat tu aku dengar anak2nya menangis, ada anak lelakinya mata kemerahan menahan tangis, malah anak yang perempuan telah lama bercucuran airmata. Dan aku sebagai pemerhati tidak dapat menahan sebak yang amat. Aku pun turut menangis. Sesungguhnya kehilangan seseorang yang kita sayang amatlah menyedihkan malah menghibakan. Semoga keluarga terbabit dapat bersabar dengan ujian yang Allah beri kepada mereka, kerna syawal mereka akan kehilangan satu ahli. Tiada sesuatu yang kekal melainkan Allah. Semoga roh arwah dicucuri rahmat.
Siapa tahu, esok kita pula yang dipanggil untuk Kembali. Siapa tahu, mungkin Ramadhan kali ini adalah yang terakhir buat kita, justeru manfaatkan Ramadhan dengan sebaiknya.
P/S : Kepada sesiapa yang mengenali aku, aku mohon maaf seandainya selama aku bersama dengan kamu aku pernah terkasar bahasa, terkasar tingkah laku dan berburuk sangka. Siapa tahu, aku tidak sempat menikmati Ramadhan tahun ini hingga detik akhir. Allah Knows.
No comments:
Post a Comment