Dengan menyebut nama Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang



Aku adalah seseorang
Seseorang yang punyai amarah, sedih, kecewa, bahagia, sepi, dan duka
Seseorang yang lahir ke dunia ini
Bukan untuk dihina,
Bukan untuk dicaci,
Bukan untuk dipuji,
Malah bukan untuk diangkat
Hadirnya blog ini bukan untuk berpolitik
dan bukan juga untuk berceramah
Kerna aku tidak layak untuk itu

Cukuplah kiranya blog ini sebagai peneman ku di kala sepi.




Friday, August 26, 2011

Menjelangnya....

Menjelang hari raya, bermakna Ramadhan bakal melabuhkan tirai. Sedih?? Ya, aku rasa sangat sedih. Ramadhan kali ini lah benar-benar aku rasa perbezaannya.. Alhamdulilah, segala nafsu yang harus ditahan, aku berjaya tawan termasuklah makan.(walaupun masih lagi dalam dilema mau makan dengan hebat...) tapi sekurang-kurang aku tahan sedaya upaya.. Aku pernah terbaca pada satu ayat:

"hai anak Adam, pakailah pakaianmu yang indah di setiap (memasuki) masjid, makan dan minumlah dan janganla berlebih-lebihan. Sesungguhnya Allah tidak menyukai orang-orang yang berlebih-lebihan." (7:31)


Ha.... Sebab tu lah aku mau bersederhana dalam melantak makanan.. Jelas sangat dalam ayat ni menyeru umat islam untuk tidak berlebih-lebihan. Cuma itu jalah, susah sangat, lebih2 lagi orang yang gila makan macam aku ni.. Sesaat tidak mengunyah, boleh sasau jadinya...(lebih2 pla ayat aku ni.. heheheheh). Di samping itu, aku cuba untuk mengawal diri dari sesuatu.. sesuatu yang aku rasa sangat patut aku kawal. Aku tak kesah orang lain mau pandang serong ngan aku pasal sesuatu tu, tapi aku tidak mau Allah tidak suka akan sesuatu tu.. I need to change but it take time... huhuhu.. Ramadhan adalah bulan yang sangat sesuai sebab bulan Ramadhan, si setan tiada untuk menghasut kita.. Depends on ourself lah bah kan...(yeah, aku beromputeh lagi...)

Besok aku bakal balik Sabah, Hepi?? of course.... Tapi hati aku tetap diruntun sedih.. Sungguh aku manusia yang lemah, aku sukar untuk memaafkan orang. sejak 2 tahun yang lalu, Raya means nothing to me.. Aku balik kampung sekadar untuk memenuhi impian parents ku.. Selebihnya, hanya Allah tahu betapa sakit hati ku.. Betapa nanarnya hati ku.. Being A Stranger in Just a Few Days~ Means a lot to me... Oklah, malas mau ingat balik apa yang telah terjadi.. Aku penat menangis.. Biarlah kali ini aku menangis kerana Yang Maha Mengasihani.

Hari ini, aku kerja Last day di Kangar(itupun setelah risau memikirkan pengajar nak datang memantau... Heeee..). Aku telah bangun dengan lambat..(taklah lambat pun, cuma mandi ja yang aku lambat... heheh) Dengan muka yang sangat malas, pergilah bertandang kat A&E kangar dengan muka yang tebal.. Sebabkan, kemarin hari khamis, aku ngan group team kami, telah ,mengucapkan kata selamat tinggal kepada staff A&E di sana menandakan kami telah habes posting di A&E tersebut pada hari khamis.. Siap ucap selamat hari raya lagi.. Setibanya kami melangkah di A&E kangar pada hari ini, mereka pun pelik.. Nasiblah dorang nda ketawa guling2 kan.. huhuh.. Kami pun bagi lah explaination yang baik punya walaupun rasa malu tu menebal sangat2.. huhuhuh

Raya yang menjelang, dan detik untuk balik sabah esok.. Aku belum packing satu apa pun.. huhuhuhuh..

Saturday, August 20, 2011

Serupa tapi tak sama??

Memandangkan Hari sabtu ni aku keja syif petang, aku pun melayan cerita hindustan pla.. Kaho Naa Pyar Hai tajuknya... Hahahahah.. Lama sudah download, cuma nda sempat menonton... Fuh, tacing abes critanya.. Melelah air mata macho ku.. huhuhuh..

Ok cerita ni pasal dua orang muka sama tapi identiti lain2.. Eh kejap?? betul kah? muka sama tapi berbeza... Ek??? Lebih kurang macam tu lah critanya.. Mau di buat sinopsis, rasanya ramai sudah tau ceritanya.. Ala, yang si Hrithik Roshan tu.. Badan tagap2... (cantik siot bodynya..... Astaghfirullah.. benda lain pla aku tingu.. heee)

Cakap pasal muka seiras tapi tak serupa, sepanjang aku berada di kedah hampir 2 tahun ni, aku selalu di sapa oleh orang2 di kedah ni.. "Muka awak serupa ngan kawan saya.." Selain itu, "Muka awak sebijik macam muka kawan saya, ha'ah sebijiklah.." lagi, "muka awak iras-iras muka kawan saya lah, tapi versi tak pkai kaca mata lah". Muka awak, itu dan ini... Banyak bebenor kembar aku pla..



















Haaa.. yang ni muka sama tapi baju lain kaler hee...


Dari aku sekolah menengah lagi, ada sorang budak kelas aku. Zakwan namanyaa, dia ni English Debater dalam sekolah kami. Jadi ada satu hari tu dorang berjaya sampai ke peringkat daerah mewakili sekolah kami untuk bertanding. Masa pertandingan tu dia kata, ada sorang debater dari sekolah sekian2, mukanya sama macam aku. Emm, muka sama tapi berbeza bah kan.. Yalah, minah yang kawan ku nampak tu dia pandai cakap omputeh, aku ni idak le pandainye.. Hahahahahah...

Ok, tidak berhenti di situ.. Masa aku masuk matriks pla, aku terpandang pada wajah sorang budak perempuan sana, dan aku rasa aku bagaikan terpandang diriku sendiri. Minah tu rupanya seiras macam aku deh.. tapi tak sama lah. Minah tu kurus, aku ni gemuk sikit...Dia amik fizik aku amik biologi.. Ternyata kami berbeza hahahahah..(cukup evidence kah??)

Then selepas aku keluar matriks, aku pun melangkah ke negeri Jelapang Padi, sepanjang aku di sini.. Rasanya ramai dah dok sapa aku ngan ayat yang sama.. Nak kata depa dok usha ceq, mustahil.. Depa yang dok kata tu perempuan, bukan laki.. Mustahil depa nak dok usha.. Yang paling aku ingat masa aku praktikal di sungai petani masa tahun lalu. Selama 3 bulan di sungai petani, bertalu2 aku dengar muka aku sama ngan kawan depa.. "emm muka awak seiras macam Dr Juliana lah yang kat Klinik ka bawah nuu..." Kata puan Fauzi dari unit rehabilitasi psikiatri.. Ok, muka aku ada iras Dr, amik berkat sikit.. Pastu, masa aku dok jalan2 sekitar hospital sultan abdul halim, aku pun melimpasi seorang PPK ari unit mana tah.. Dia dok belek-belek muka aku ni, pastu dia pun mengagahi diri untuk menanya namaku, Ceq pun habaq lah nama ceq, dia pun apa laie, "oo, muka awak seiras muka kawan saya, tapi mukanya gelap sikit.. Hitam manis.." Fuh, banyak juga muka iras2 aku ni kan.. Bukan takat tu, budak2 JP yang dok praktikal kat sana pun habaq benda sama.. "muka awak seiras muka kawan saya".. Sampai aku pun naek bosan mendengarnya..

Bukan takat tu beb, awal tahun ni pun benda yang sama gak aku dengar dari student nurse mahsa, dia selalu asyik kacau aku, aku pla selalu juga sakat dia. then satu hari, baru dia kata, "muka awak ni iras muka kawan saya tau, seyes.. Dia pun orang sabah gak. Tapi saya dah lupa nama dia.." Hah???? Lagi muka sama... Berapa banyak kembar aku ni sebenarnya..??? Bukan itu saja deh, awal tahun ni gak, aku selalu jugak 'melepak' di Gym. Gym tu sebelah bangunan asrama kami ni ja. Dek memikirkan kesihatan sangat(ye ke??) aku pun selalu ke gym.. Ada satu pekerja am ni, masa 1st time aku datang sana, dia pandang muka aku lama betul.. Aku pun pelik gak, nak kata muka aku ni teda hidung, tiap2 hari aku bernafas dengan baik.. Siap bertapis lagi udara yang ku sedut dek kerana bulu hidung aku ni..(Maha suci Allah, ciptaanNya amat sempurna) Setiap kali kunjungan aku, mesti dia dok belek-belek muka aku ni.. Then ada satu hari ni, dia nampak aku bersendirian di dalam GYM, dia pun pi ikut aku then tengah asyik aku mengangkat Dumbell, tiba2 dia muncul di belakang aku. Mak aihh, dahlah datang tak bagi salam.. Tiba2 berdiri di belakang aku pla.. Sana barulah dia bercerita.. Then aku rasa kamu dah bleh agak ni.. hahahaha.. ala lambat lah korang ni.. Dia pun berkata, "Muka awak iras-iras muka kawan sayalah, dia pun orang sabah gak. Mukanya sama putih macam awak gak... tapi saya dah lupa nama dia.." then aku tanyalah, "macam mana boleh kenal kawan awak tu, awak penah pi sabah ke??". Dia pun menjawab, "Entah, tak ingat pla macam mana saya boleh kenal dia.. Tapi yang penting muka dia iras awak lah.." Emmmm, aku hanya mampu senyum ja lah untuk jawapan dia tu..

Aku pernah dengar, dalam dunia ni ada 7 orang yang serupa. Tapi, bila aku kira balik orang yang sapa aku kata muka aku ni sama macam kawan dorang, aku rasa orang yang serupa aku ni dah lebih dari 7 orang.. Hai la badan...

Monday, August 15, 2011

Keliru













Hari ini masuklah 15 Ramadhan.. Well, aku hanya perasan hari ni 15 Ramadhan bila waktu witir yang terakhir, imam baca doa qunut... Well, my mind really gone too far lately.. Apalah aku ni, muda2 lagi sudah banyak berfikir.. Hehehehe..

Selama seminggu aku kerja syif petang, aku tiada peluang untuk pi terawikh.. Maklumlah keja kat A&E kangar, kena berulang alik dari kangar alor star mengambil masa satu jam.. Bas bertolak dari kangar dalam jam 8.15 malam.. Sampai alor star dalam jam 9 lebih2.. Bila balik ja rasa penat mau tido ja.. jadi sempat buat isyak, pastu tadarus sikit then layan mata. Nikmat tidur selepas seharian penat bekerja adalah nikmat yang paling indah. Heheheheh...

Sepadan dengan satu ayat ni, "Dia menyingsingkan pagi dan menjadikan malam untuk beristirehat dan (menjadikan) matahari dan bulan untuk perhitungan. Itulah ketentuan Allah yang Maha Perkasa lagi Maha Mengetahui."(6:96)
Hah, bukankan malam itu untuk beristirehat.. (hehehehe, aku belum mengantuk lagi tu yang masih asyik membebel di blog malam2 ni.. heheheh)













Khusyuk budak tu...





Ok, berbalik kepada solat terawikh ari ni, sepatutnya aku nak pi solat terawikh yang agak jauh sikit dari asrama kami, kira2 dalam 2km perjalanan.. Iaitu surau tepi penjara..(aku sebenarnya tak tau nama surau tu, hantam jalah cakap surau tepi penjara..) tapi memandangkan makcik guard mau ikut juga berterawikh dan bila memikirkan kesihatan dan tugasnya sebagai guard asrama kami, terpaksalah aku pi terawikh di surau wad X kira 1km perjalanan dari asrama kami. Agak sedikit kecewa, tapi nda palah anggaplah aku cuba untuk menggembirakan dia.. Bukan aku nda mau solat terawikh di surau Wad X, cuma bilangan jemaah sikit sangat. Jemaah lelaki boleh dibilang berapa orang yang datang, lagilah jemaah perempuan.. Bukan apa, jemaah lelaki sikit sangat, tak sampai pun 3 barisan. Banyak ruang kosong dibelakang jemaah lelaki pastu baru masuk shaf perempuan yang dipisahkan oleh tabir di tengah2..












Pernah aku pi satu kem dulu masa aku spm, ada sorang jemaah perempuan ini, aku tak kenal, agak berusia juga.. Masa nak berjemaah ngan jemaah lelaki, dia suruh kami rapatkan shaf ngan lelaki.. Aku pun heranlah, knp pla nak rapatkan..(bukan rapatkan shaf ngan lelaki bermaksud perempuan mencampuri shaf lelaki hingga berada satu barisan ngan lelaki), tapi jemaah tu suruh kami jangan menjarakkan terlalu jauh antara shaf lelaki ngan perempuan sehingga boleh memutuskan jemaah. Aku pun pelik lah tapi dalam masa yang sama, aku ikut ja.

Then, masa yang terluang antara maghrib ngan isyak, jemaah perempuan tu tampil ke hadapan.. Rupa2nya, penceramah jemputan pla.. Nda silap aku, dia bagi ceramah tentang kehebatan Allah.. Aku suka ceramah dia pada waktu tu.. Tapi dia tidak terangkan pasal shaf..













Ok, berbalik pada shaf tadi.. Aku tertanya-tanya, sah kah jemaah kalau shaf itu berjauhan.. Sedangkan sebelum mula solat, imam menganjurkan para jemaah untuk merapatkan shaf sesama para jemaah dari sebelah menyebelah.. tapi bagaimana pla shaf antara lelaki dengan perempuan, adakah shaf antara lelaki dengan perempuan perlu ada jarak sampai 50 meter.. Bukankah jemaah lelaki ngan jemaah wanita dipisahkan oleh tabir, maka perlu lagi kah jarak antara dua jemaah ni?? Adakah shaf itu valid?? confuse lagi... Emm, masih mencari jawapan.. Banyak artikel yang aku cari, masih belum dapat jawapan yang benar2 boleh buat aku yakin.

Keliru lagi....

Saturday, August 13, 2011

mercun oo mercun




Hari ini masuklah ramadhan yang ke 13. Wow, hampir 2 minggu berposa, tak sedar masa berlalu. Well, apa pla cerita pengisian Ramadhan ku? Bila lah nak khatam Al-Quran. yelah, balik2 dari keja trus tido, pastu bangun dah sahur. Ish2..

Bila nak khatam ni??

Sejenak terfikir, nda lama lagi hari raya. Hehehehe... Aku ni pun sama macam budak2 yang lain,(Budak ke lagi????) dekat2 raya ni lah adalah 'agenda' ku tersendiri.. Heheheheh... Selalunya setiap tahun sebelum ku ke mari(negeri jelapang padi ni), aku lah yang over excited pasang cucul di sekeliling rumah kami..(cucul = pelita) Mau taknya, aku nda kesah hujung bulan kah, tengah bulan kah, awal bulan kah, sesak kah, atau kebuluran kah, aku lah anak yang selalu paksa mama aku beli minyak gas untuk pasang cucul(minyak gas=kerosine)... hehehehe anak yang jahat kan.. Itu adalah agenda wajib. 1st Ramadhan lagi, rumah kami lah yang start terang-benderang dengan cucul. Kiranya rumah kami ni, lit lap lit lap lah.. Hahahahahaah... Jadi perhatian seluruh kampung.. hahahaha.. minggu pertama ja ada pasang cucul, masuk minggu kedua, duduk depan TV sambil baring2 kekenyangan, maknanya malas sudah mau pasang cucul.. hahahahahah(kuat makan pla....)






cucul yang cantikkkk...



hah, itu baru cucul, belum lagi agenda menterkejutkan orang dengan serangan 'bom atom' ku.. hahahahah.. bukan buatan sendiri ek.. beli je.. Heheheheheh.. Aku nda pandai buat, pakcik ku lah pandai buat meriam buluh. Setiap ramadhan nda sah kalau nda kacau orang ngan bom atom ku.. kalau sehari nda dengar orang melatah 'opocot' nda sah ramadhan ku.. over...(tapi orang sabah mana guna ayat 'opocot'.. )
Raya tahun lepas, aku rasa aku sangat jahat. Yalah aku tau malah sedia maklum jiran sebelah rumah kami ada orang tua yang ada sakit jantung. Jadi setiap kali mau lempar 'bom atom'ku, aku lempar di bawah rumah dorang, kemudian aku menggunakan nikmat larian pecut ku untuk bertapuk(bertapuk=sembunyi).. hehehehe.. Itu jahat aku yang latestlah.. Yang dulu2 nda payah cerita.. lagilah jahat.. hahahahaha... Best jo main 'bom atom'. bagi akulah, meriah tau Bulan Ramadhan kalau ada bunyi meletup-letup ni. Hahahahaha...

Untuk tahun ni, aku rasa aku kena insaf kot main 'bom atom' ni. Hehehehe.. Semudah itu?? heheheheh.. buke gapo..(wow kecek kelate ambo) heheheh..Baru2 ni sepanjang aku kerja petang, ada satu kes datang ke red zone, budak umur 14 tahun, dengan tangan sebelah kanannya hancur, jari2nya putus. 2 jarinya sudah di tanam, satu jari lagi kena bawa pi hospital. Aku yang sedia mengantuk time tu, kembali segar dengan tangan yang hancur lebur tu.. Banyak darah siot, tu yang buat aku segar..(im not vampire k..) Tanya punya tanya, tangan dia jadi macam tu sebab dia main mercun bola buatan sendiri. Ish2.. budak kecik tu kalau nak sangat main mercun, belajar ngan orang yang pandai...( eh silap..) janganlah dok gatai tangan nak main mercun. kan tak pasal2 tak da tangan nnti time raya.. Mau ja aku cubit2 budak tu.. nakal nda bertempat.. Tapi mau buat macam mana kan. benda mau jadi. Aku selama ni, selalu dengar orang nasihat, "jangan main mercun, nnti putus tangan".. Aku sendri nda paham apa kaitan mercun dengan putus tangan. macam nda logik pun ada. Then, hari tu baru aku nampak dan paham mcam mana mercun boleh menyebabkan tangan putus. (yelah, aku berpeluang mencuci 'arwah' jarinya yang putus, terus rasa takot pla aku...) Aku dengar doktor2 sekalian bersok sek pasal amputation.. Huhuhuhu.. kesian budak tu, terbayang aku budak tu tanpa tangan sebelah kanan, macam mana dia makan lepas ni, macam mana dia mau menulis. Muda2 lagi Allah dah tarik nikmat tangan dia.. so sad bebeh.. huhuhuh... Justeru itu, aku akan berhenti main 'bom atom' ku apabila aku balik rumah kelak...(errr, boleh percaye ke???) hehehehehehe... InsyaAllah.
Maknanya main bunga api ja kah???? (sangat tidak mencabar..... huhuhuhuh)

Friday, August 12, 2011

let it be








Minggu Ini, BirthdayKu.. Maka dengan rasminya aku dah masuk umur 21 tahun. Alhamdulilah masih bernafas. Semakin hari, makin meningkat bilangan umur ku.. HUHUHUHU..

Tahun ini, birthdayKu sangat2lah sadis. dari banyak kawan2ku, hanya 2 orang sahaja yang wish birthday ku.. Di ulangi, DUA ORANG SAHAJA. Sadis sangat. Antara banyak kawan yang aku anggap aku sangat sayang, hanya dua orang sahaja wish. Jadi aku sudah dapat jawapan bahawa, aku adalah orang yang tidak penting buat mereka. As Simple As That. Heheheheh... Rupanya aku hanya ada sedikit sahabat, banyak kawan dan bertimbun2 kenalan. Ala, macam yang selalu kita dengar, kawan ketawa mudah dicari, kawan menangis sukar dicari..(errr, betui kah ni..???) Hehehehe.. Whateverlah.. So, aku dah dapat jawapan, yang dorang tak anggap aku kawan pun, emm pembetulan, dorang tak anggap aku kawan mereka yang mereka sayang..(awat berputar belit ayat ni..) Hahahaha.. aku rasa bodoh, sebab aku yang terhegeh2 rindu dorang bila berjauhan, aku terhegeh2 post notes about friendship kat wall muka buku aku and yet for them, i'm nothing for them.. Hahahahah..(sangat bodoh aku ni).. Thanx to themlah kan..






broken friendship... is it?????











Forget about them, malas mau ingat pasal dorang, aku penat menangis. They ignore me, then let it be.. i Don't know how, but life must go on right????

memandangkan aku tidak tahu dengan siapa aku nak crita, i would like to share cerita ku sepanjang minggu ni di HTF.. Minggu ni, aku keja syif petang. Bahagia aku keja petang, sebab dalam seminggu ni gak aku penat disebabkan banyak kes2 red zone yang dapat aku bantu dalam pengendalian kes kecemasan. yelah, balik bilik ja memang mood tidur memanggil2... Well, bukan aku sorang ja, kawan2 seteam aku pun ada peningkatan dari segi pengendalian kes kecemasan. Aku betul2 berbangga dengan pencapaian kami. Selain tu, aku berbahagia sebab dapat berbukak posa di A&E... (bahagia ke???)


Kes yang aku ingat dan aku tertarik adalah pada hari selasa(which is my birthday), dalam jam 3 petang ada panggilan ambulans, dan kebetulan aku ditempatkan di bahagian ambulans call. Then, aku dengan penuh semangat mengambil mask ngan glove then berlari2 menuju ke ambulans call, hinggakan aku terlupa yang aku lupa habaq kat MA bertugas yang aku nak ikut. Nasib bek, MA tu sporting.. Dia bagi juga.. Alhamdullilah..




Ambulance call....



Kes MVA, langgar lari dan dalam imaginasi aku, darah dan kepatahan... Sampai ja tempat kejadian, mangsa terbaring di atas jalan raya, dan bila aku dekat ngan mangsa, stridor!!!!! Means, something wrong ngan airway nya.. Aku pun dengan larian pecut ku, mengambil Cervical collar dalam ambulans pastu pasang cervical collar kat budak tu. Biasalah, orang ramai jadi pemerhati, jadi bersemangatlah buat kerja, kot2 ada abang hensem kan.. ok gak... ahakssss..... pastu yang lain2 MA tu lah yang buat keja.. hehehehehe...

Sampai ja di HTF redzone, mangsa mmg tak sedarkan diri. No response towards pain, no verbal response, no eye respons, GCS yang aku bagi dalam 4 je kot..(kowt??????) Then mangsa tu kena intubate. Emm, Mangsa tu adalah budak tingkatan 6. bayangkan mangsa tu di intubate(masuk tiub dalam paru2 melalui mulut) yang mana cubaan beberapa DR tidak berjaya. Berkali2 di masukkan sampailah masuk, cuba bayangkan kesan trauma pada airway mangsa.. ish2..(hampir menitik air mata aku tingu...)
Alll drugs are given and still mangsa belum sedarkan diri. Then, investigasi X ray pun dibuat ke atas budak tu. Bila siap result X ray, skull, upper limb and lower limb no abnormalities, tapi bahagian abdomen, terdapat trauma di bahagian lower left hypochonriac pesakit yang mana dalam x ray terdapat oblique image pada abdomen pesakit. Dr diagnose, intra abdominal injury. Bahaya kalau terdapat intra abdominal injury, sebab ianya boleh menyebabkan kematian. Macam arwah achik spin tu..

Dr khairul, Dr pakar A&E kot, dia scan guna ultra sound untuk cari punca pendarahan, and dalam masa yang sama nasogastrik Tiub dimasukkan ke dalam mulut pesakit, belum pun masuk dalam 10 cm, banyak darah yang keluar.. Sah ada intra abdominal injury..(lambat betul aku diagnose... hahahahahah)dalam usaha mencari punca, Dr khairul refer kes ini di operation theater untuk lakukan scope(teropong dalam perut... heheheh)untuk mencari punca spesifik. pastu, aku nda tau sudah management nya.. Huhuhuhu...

Dalam detik menanti, aku nampak mama budak tu, menanti dengan resah dan penuh harapan, harapan agar anaknya berjaya di selamatkan. Dalam detik kesabaran parents di bulan Ramadhan ni, aku nampak sisa2 tangisan mamanya.. yalah, mama mana yang tidak sedey bila anaknya dalam kesakitan malah dalam pertarungan nyawa. cabaran malah dugaan tu, hanya orang yang merasa sahaja yang tahu sakitnya.. Eventhough budak tu teda kaitan dengan aku pun, aku termenangis juga. Sedey sangat.. tapi nasib bek aku pkai mask jadi tiadalah nampak air mata macho ku.. hahahahahah..


















Begini kali kan kalau aku menangis dengan penuh asyikkk.....



Dan hari ini. 12 ogos 2011, aku mendapat berita yang budak tu meninggal pada 11 ogos 2011. Innalillah.. Aku sangat bersimpati ngan keluarganya, kehilangan orang yang mereka sayang pada bulan Ramadhan. Dalam detik menerima berita ni, aku pun rasa sebak. Sebak sangat. Sesungguhnya, jodoh, pertemuan, perpisahan, ajal semua telah ditentukan oleh Allah. Syukur aku masih bernafas saat aku berumur 21 tahun ni.. Bertuah budak tu, meninggal pada bulan mulia ini. pasti budak tu sangat di sayangi Allah. Al-fatihah

Sunday, August 7, 2011

Sayang



















Tajuk yang sangat menarik. Kerana semua orang pun akan punya rasa sayang pada sesama manusia. Tidak kira sesama ibubapa, saudara mara, sahabat handai dan rakan taulan..(eh bukan sama kah?)

Susah untuk aku sayang orang sebenarnya. Kerna tidak semua orang ada faktor X untuk aku sayang.. heheheheh.. Ya bebeh.. Ada beberapa sahabat yang aku sayang, cuma dorang tidak tau betapa aku sayang mereka sangat2. Bukan salah dorang, cuma aku ja tidak melahirkan secara lisan maupun perlakuan. Tapi jauh di sudut hati, Ya aku memang sayang mereka. Tak perlu rasanya aku sebut siapa mereka. Kerna cukup mereka terpahat dihatiku. InsyaAllah aku akan sayang mereka sampai bila-bila di kejauhan sehaja.












Sebab kerana memendam perasaan sayang ni lah aku sendiri menderita dengan perasaan sendiri. Dari zaman sekolahku, sampailah sekarang, aku still sayang kawan2 ku yang pernah muncul dalam hidup aku. Aku tidak lupa birthday dorang, gambar pun masih ku simpan dan surat pun masih ku simpan(ehem, yang tu cerita lain pla... hehehehe)
Cuma aku tidak wish birthday dorang di wall fb dorang, aku ada cara aku sendri untuk wish.. Bagi aku wish birthday di wall fb ni seolah2 tiada makna... Sebab dengan cara tu, semua orang pun bleh wish, kenalan biasa2 pun boleh wish. Aku lagi suka wish orang dengan something yang seseorang tu boleh guna atau simpan selama2nya biarpun dia tidak menghargai tapi cukup untuk aku merasakan puas. Yelah, takkan aku nak ganti ngan usia aku pla sebagai hadiah untuk kawan aku yang aku sayang. At least something yang bila dia nampak hadiah tu, dia akan ingat yang rupanya dia pernah ada kawan bernama ....(nama aku) satu ketika dahulu. Biarlah sahabat ku tersayang tidak ingat pun aku, cukup dia ingat aku pernah beri dia hadiah, that means a lot to me...

Teringat aku dulu, aku perhatikan salah seorang sahabat yang aku sayang ni, dia selalu bawa tisu pi sekolah. Yelah untuk kebersihan. baginya penting tisu untuk dia. Masa birthday dia, aku mau hadiahkan something sama dia yang mana dia akan ingat nnti selepas kami tamat persekolahan. Hadiah sapu tangan warna biru dan yang paling penting, di sapu tangan tu ada anyaman 'Happy Birthday Ella, From, Vivi, Ct and...(aku)'... Terharunya dia sampai dia kata dia tidak mau guna sapu tangan tu. Dia kata bermakna sangat jadi dia tidak mau kotorkan. Tapi motif kami bagi hadiah sebab mau dia guna.. ish2... tapi at least berbaloi gak, yelah walaupun hadiah sapu tangan tu taklah mahal, asalkan bagi dengan rasa kasih sayang InsyaAllah kawan tu akan menghargai.













Bagi aku nda kesahlah hadiah mahal atau murah, semua tu tak penting. Yang penting keikhlasan hati kita untuk beri hadiah kepada orang yang kita sayang, akan memberi makna yang terindah buat sahabat kita. heheheh well, aku slalu beri hadiah kat orang, tapi aku ni ja tak pernah dapat hadiah dari orang. Takpalah, siapa pun aku di mata sahabat aku, penting atau tidak aku dalam hidup dorang, Aku still sayang dorang. InsyaAllah selamanya sayang.



Teristimewa : Nur Syazwani binti Yusof,Faiznur Farhana binti Jaafar, Rumia, Ernah Binti Sudin, Shazilla Binti Sulaiman, Viviannye Paul,Azrina binti Abdul Mahed, Siti fatima, Noorazurah, Verona Ansilmus, Siti Syarifah Nurul Huda Binti Yusri, Dayang Norzakiah, Rozianah Binti Jusli, Nurul Faiza Nadwa Binti Saudey, Juvilyn Shariff, Roslinda Binti Umar, Amnah Omar, Juraineh Musalim, Nurna Nensi binti Ali.

Saturday, August 6, 2011

Kehilangan

Hospital Tuanku Fauziah, kangar. 6 Ogos 2011: Detik sebuah keluarga kehilangan seorang insan pada 6 ramadhan. Kedengaran tangisan sayu dari anak-anaknya yang menangisi pemergian ayahnya.

Aku di Hospital Tuanku Fauziah, pada 6 Ogos 2011 sempena 6 Ramadhan, bekerja shift pagi. Kes hari ini sangatlah banyak. Macam2 perkara berlaku hari ini dari yang menyakitkan hati ke menyayat hati. Aku lebih terarah ke arah menyayat hati. Sebagai manusia biasa dan makhluk yang lemah, hati aku pun turut rasa sebak apabila melihat keluarga tersebut kehilangan insan yang mereka sayangi.

jam 12.45 tengahari,para doktor, para penolong pegawai perubatan, nurses, Student MA dan JMP, berusaha untuk melakukan CPR ke atas pesakit tersebut. saling bertukar-tukar tenaga untuk buat cpr kali ni kerana pesakit berbadan besar. Dalam masa 20 minit cpr dilakukan, ECG masih asystole, dan cpr masih dilakukan. Aku tidak ketinggalan juga buat cpr, tapi apalah sangat kudrat ku sebagai seorang wanita untuk melakukan cpr, kerana aku kehilangan banyak tenaga. Kerana sepanjang 6 hari berpuasa, aku tidak menyentuh karbohidrat melainkan air milo panas untuk bertahan. Aku akui, aku tidak kuat dan tidak berdaya untuk melakukan cpr. Sememangnya peristiwa ini menyadarkan aku, bahawa manusia sememangnya MAKHLUK YANG LEMAH. kerna belum sampai 15 tekanan aku sudah mulai tercungap2 dan rasa sangat sakit pada dada. Sayu bila doktor mengesahkan pesakit tersebut tidak dapat diselamatkan lagi. Kita hanya mampu berusaha, namun Allah telah menentukan segalanya.

Disaat semua peralatan seperti ett tube, branula off. Saat tu aku dengar anak2nya menangis, ada anak lelakinya mata kemerahan menahan tangis, malah anak yang perempuan telah lama bercucuran airmata. Dan aku sebagai pemerhati tidak dapat menahan sebak yang amat. Aku pun turut menangis. Sesungguhnya kehilangan seseorang yang kita sayang amatlah menyedihkan malah menghibakan. Semoga keluarga terbabit dapat bersabar dengan ujian yang Allah beri kepada mereka, kerna syawal mereka akan kehilangan satu ahli. Tiada sesuatu yang kekal melainkan Allah. Semoga roh arwah dicucuri rahmat.

Siapa tahu, esok kita pula yang dipanggil untuk Kembali. Siapa tahu, mungkin Ramadhan kali ini adalah yang terakhir buat kita, justeru manfaatkan Ramadhan dengan sebaiknya.

P/S : Kepada sesiapa yang mengenali aku, aku mohon maaf seandainya selama aku bersama dengan kamu aku pernah terkasar bahasa, terkasar tingkah laku dan berburuk sangka. Siapa tahu, aku tidak sempat menikmati Ramadhan tahun ini hingga detik akhir. Allah Knows.



Wednesday, August 3, 2011

Bulan posa..

Bulan Ogos, untuk tahun masihi.. tahun hijrah, skrg ni bulan Ramadhan. Alhamdulilah bernafas lagi aku. Aku diberi kesempatan untuk bertemu Ramadhan, cukuplah bulan Ramadhan ini hadiah harijadiku. Yup, bulan ni(ogos) adalah bulan kelahiranku.

Sedang asyik aku duk main laptop, terlintas di fikiran aku seacrh di google pasal lahir bulan 8. Marilah aku kongsi sikit maklumat ni.

Rahsia Orang Yang Lahir Bulan Ogos
1. Suka berlawak.
-aku rasa aku ni nda pandai pun melawak. Yalah kalau aku pandai melawak, lama sudah aku masuk raja lawak.

2.Mudah tertawan kepadanya
-sebenarnya aku nda paham maksud ayat ni. Aku nda tau aku mudah tertawan ngan apa. hahahahahaha..

3.Sopan santun dan caring pada orang lain
-yang ni lagi aku tak tau.. Bukan tak tau maksud ayat ni, cuma aku tak tau aku ni bersopan santun atau nda.. Caring???? jauh sekali..(entah nda sedar pla) wahahahahaha...

4.Berani dan tidak tahu takut orangnya.
-iyeke???? Tak cayalah. Aku ni berani2 pun pandai juga takut. tapi tidak dikategorikan sebagai penakut ya..

5.orangnya bersikap tegas dan bersifat kepimpinan
-tegas?? me?? mungkin adalah sikit. Tegas ni banyak tahapnya, aku nda tau tegas aku ni tahap keberapa.. hahahahah... Bersifat kepimpinan? yang ni aku nda tau komen, dulu aku jadi kapten Bola Jaring, aku nda pandai merapatkan silaturrahim sesama pemain.. tu yang kalah dalam pertandingan bola jaring... hahahahahah

6.pandai pujuk orang lain
-pujuk orang lain?? pernahkah aku berjaya memujuk orang lain?? biasanya aku merajuk payahkan dipujuk, inikan pula aku pujuk orang lain.. Impossibble bebeh....

7.terlalu pemurah dan bersikap ego
-pemurahkah aku ni? aku nda perasan pla.. Yang aku tahu, Dengan Nama Allah Yang Maha PEMURAH lagi Maha Penyayang.
-ego?? mungkin kot.

8.nilai harga diri yanag sangat tinggi
-yang ni aku tak paham maksud ayatnya.. hantaran kawen kot... eh? tinggikah mama aku minta hantaran kawen nnti untuk suami ku nanti??

9.Dahagakan pujian
-aku selalu dahaga airlah.. lebih2 lagi milo ais...(wah bahagianya daku........ @_@)

10.semangat juang yang luar biasa
-setahu aku, nama aku teda pla dalam sejarah tanah air pun yang menyatakan aku ni pejuang.. InsyaAllah satu hari nanti kot..

11.cepat marah dan mudah mengamuk.
-exactly.. ya, aku ni panas baran punya orang.. pernah aku mencederakan orang gara2 marah punya pasal.. dia langsi sama gua maa, jadi wa kasi potong sama dia..(kl gengster tue... hahahahah)
-sekarang ni aku dalam proses untuk mengawal kemarahan aku.. ada kawan aku sorang ni, dia suruh aku convert kemarahan aku kepada something else.. maybe something funny..

12.mudah marah apabila cakapnya dilawan
-huuuu.. tak tahu.. selalunya bila aku stat beercerita, kawan2ku pun mau bercerita. jadi aku takda chance bercerita. Cuma aku tak marahlah.. Yalah kalau semua mau bercerita, sepa mau jadi pendengar. Jadi aku pun mendengarlah..(itulah sebabnya ramai kawan aku tidak tau banyak hal pasal aku, sebab aku kurang bercerita)

13.sangat cemburu
-ya.. memang aku kuat cemburu. aku mengaku.. huhuhuhu

14.daya pemerhatian yang tajam dan teliti
-nda penah pla aku asah pemikiran aku ni. jadi aku nda pandai memerhati ya..

15.cepat berfikir
-yoo, aku nilah yang paling lambat berfikir.. ilham lambat datang

16.fikiran yang berdikari
-seperti yang aku nyatakan pada no.12, ramai kawan aku ni nda kenal sangat aku ni, jadi dorang pun ndalah berapa sangat mau ambil berat pasal aku. so, aku terpaksa berdikari..

17.suka memimpin dan dipimpin
-yan aku suka dipimpin oleh orang yang layak memimpin.. tapi kalau aku jadi pemimpin, huru-hara kumpulan.

18.sifat suka berangan
-hahahahahahahahah... aku suka yang ni sebab aku memang suka berangan, dari kecil lagi. Berangan mau beli kereta mahal, rumah besar, duit banyak.. eh, macam2lah..

19.berbakat dalam seni lukis, hiburan dan silat
-aku nda pandai melukis.. lukis buah pun teda rupa buah... hiburan?? lagi tak pandai.. silat?? heheheh, silat cekak hanafi aku belum lagi abes belajar.

20.sangat sensitif tapi tidak mudah merajuk
-ya, aku sensitif sangat dan sangat mudah merajuk serta susah dipujuk.. wahahahahahahaha....

21.cepat apabila ditimpa penyakit
-setakat ni alhamdulilah sihat.

22.belajar untuk relax
-masih dalam tempoh mengurangkan panas baran ku ni..

23.sikap kelam kabut
-ya benar, aku ni kadang2 kalut sangat. Lebih2 lagi bab masa.

24.romantik
-aku belum penah bercinta, mana nak tau aku ni romantik atau tak.

25.pengasih, penyayang dan suka mencari kawan.
-Sesungguhnya, Allah Maha Pengasih Dan Maha Penyayang.
-suka mencari kawan?? bolehlah gak.. tapi2 kadang2 aku ni menunggu orang tu memperkenalkan diri dulu.. hahahaha...


semua ni aku dapat dari internet, kajian Dr Fadzilah Kamsah.. Nak kata semua betul, tidak juga. Wallahualam..