Assalammualaikum...
Mac kini ke penghujungnya, tiba masa saya untuk menjalankan tanggungjawab. Oh ya, lupa nak khabarkan, saya telah mendapat tawaran kerja menjadi Penolong Pegawai Perubatan U29. Allah dengar doa saya dan kawan-kawan saya... Alhamdulillah...
Perasaan : Sudah tentunya gembira, akhirnya ilmu yang saya dan kawan-kawan saya serap selama 3 tahun di kedah bakal dimanfaatkan tidak lama lagi... Syukur...
Jauh di sudut hati, saya amat gentar untuk bekerja. Yalah hampir 3 bulan saya bersembunyi dalam rumah tanpa pendedahan ke arah tugasan dan tanggungjawab sebenar sebagai seorang Penolong Pegawai Perubatan wanita U29. Rasa gementar,takut,excited dan gembira semua bercampur baur. Haissh.... *Duhai hati, anda perlu bersedia...
Penolong Pegawai Perubatan U29 berbeza dengan jururawat. Walaupun gred sama, tapi bidang tugas berbeza. Namun kedua-duanya dalam satu payung yang sama, Kementerian Kesihatan Malaysia. Tujuannya pun sama, membantu pesakit mengurangkan kesakitan. Apa sudah tagline tu, "Kami sedia membantu". heheh
Namun, ada juga yang masih tidak faham tugas kami iaitu membantu mengurangkan kesakitan yang di alami pesakit. Ada yang memandang kami sebagai solusi kepada kesakitan tanpa menyedari yang kami juga manusia biasa, makhluk yang lemah, hamba kepada Allah.
*Kenapa saya berkata begitu???
Pernah satu hari saya demam. Rasa pening, rasa pengsan dan rasa seluruh badan berat semacam. *Syukurlahdosa2kecilkugugur...
2 biji paracetamol saya jadikan sebagai usaha saya untuk mengurangkan rasa sakit yang tak terdaya menanggungnya.. Ada orang lain yang nampak lalu ditegurnya saya, "MA pun sakitkah?"
*Terkesima seketika akan soalan itu..
*Apakah kerana saya seorang Penolong Pegawai Perubatan saya tidak boleh sakit???
*Apakah kerana saya seorang Penolong pegawai Perubatan saya sentiasa sihat???
Aduh! rupanya masih terdapat segelintir masyarakat yang mentalitinya menganggap Doktor atau MA tidak boleh sakit.
Siapalah saya untuk menentukan tahap kesihatan saya ini sedangkan saya hanya manusia biasa, makhluk yang tiada berkuasa dan hanya hamba Allah. Saya juga pasti akan merasai mati, jadi apa istimewanya saya untuk tidak merasai kesakitan. Sedangkan saat menghadapi sakaratul maut pun kita akan merasai sakit tatkala malaikat izrail mencabut roh kita dari bawah hingga ke atas. Nabi Muhammad S.A.W saat menghadapi sakaratul maut pun merasai kesakitan inikan lagi saya yang punya khilaf dan dosa yang menggunung tingginya... huhuhuhuhu T.T
Nampaknya mentaliti masyarakat perlu diperbetulkan... Ya... perlu..
*tapi bagaimana???
*Bilakah???
Wallahuallam
Usaha, usaha dan usaha lagi.. Moga Allah memberi petunjuk buat mereka...
Dengan menyebut nama Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang
Aku adalah seseorang
Seseorang yang punyai amarah, sedih, kecewa, bahagia, sepi, dan duka
Seseorang yang lahir ke dunia ini
Bukan untuk dihina,
Bukan untuk dicaci,
Bukan untuk dipuji,
Malah bukan untuk diangkat
Hadirnya blog ini bukan untuk berpolitik
dan bukan juga untuk berceramah
Kerna aku tidak layak untuk itu
Cukuplah kiranya blog ini sebagai peneman ku di kala sepi.
Thursday, March 29, 2012
Friday, March 2, 2012
Air Dicincang Tak Akan Putus...
Air dicincang tak akan putus....
Suka peribahasa ini... Ianya menggambarkan akan persaudaraan.. Walau berkelahi macam mana sekalipun, saudara kita adalah darah daging kita sendiri... Sama-sama berada dalam rahim ibu selama 9 bulan 10 hari... Ketika kanak-kanak, saudara kita yang jadi kawan sepermainan, kawan bergaduh, kawan nakal dan macam-macam lagi...
Pernah berkongsi baju, pernah berkongsi seluar (mungkin juga seluar dalam... heheheh), pernah berkongsi makanan dalam satu pinggan, berkongsi air dalam satu cawan dan berkongsi pengalaman....
Rapat mana kita dengan sahabat, rapat lagi saudara kita dengan kita, kenal mana pun sahabat dengan kita, yang pasti saudara kita lebih kenal siapa kita...
Semuanya tentang saudara... Andai kata ibu bapa kita tiada pun, saudara kita lah satu-satunya ada bersama dengan kita selain sahabat....
Peribahasa hanya tinggal peribahasa....
Mudah melafaz kata dari melaksanakan... Bila terkena batang hidung, sendiri melopong..
Bila kehidupan punyai perasaan dengki, sanggup buang saudara dari hidup
Bila kehidupan punyai perasaan benci, sanggup lihat saudara sendiri merana
Bila kehidupan punyai perasaan angkuh, sanggup melupakan saudara sendiri
Bila kehidupan punyai perasaan ego, sanggup tidak bertegur sapa dengan saudara
Bila kehidupan punyai perasaan cinta akan dunia, sanggup buang akhirat
Bila kehidupan punyai perasaan iri hati, sanggup menabur fitnah terhadap saudara sendiri...
*Astaghfirullah
Jasad saya seakan hendak jatuh, jiwa saya seakan runtuh...
Lemahnya iman, bila mana tidak dapat mencegahnya...
Semua ini tidak akan jadi sekiranya hati tidak sakit... Aduh.. hati bagai di rentap sesuatu yang kasar...
Rasulullah S.A.W bersabda yang bermaksud,
"Sesungguh hati itu boleh berkarat seperti mana berkaratnya besi." Maka sahabat-sahabat bertanya apakah yang boleh membersihkannya, Rasulullah S.A.W menjawab
"Membaca Al-quran dan selalu mengingati mati."
Tapi andai, dengki, benci, angkuh, ego, cinta akan dunia, iri hati dan dendam bersarang di hati, tanpa ada usaha untuk membersihkannya, rasanya hati kita sudah tiada rupa hati, ianya sudah berkarat... Berkarat yang mana akan rapuh dan berkecai bila ada sesuatu yang menghentam ke atas besi tersebut.... Dan akhirnya, tiada getaran saat bunyi dilantunkan ke atas besi tersebut... Sama jua sepertinya hati yang berkarat, tiada getaran di hati saat mendengar Kalam Allah... Tandanya hati telah mati.... Nauzibillah...
Emm, harap semua berakhir sebelum saya bertemu dengan Maha Pencipta... Harap pengakhirannya adalah indah.....
*Islam itu bersaudara.... Jangan putuskan persaudaraan itu...

Thursday, March 1, 2012
PERUBAHAN
Assalammualaikum....
Lama benor tidak memuntahkah fikiran..
Bizi???
Nope... Ikutkan hati, memang banyak kata hati yang ingin di sampaikan, tapi lebih baik kata itu lebur di minda sahaja.... hehe...
PERUBAHAN....... huh, mudah diucap, namun sukar di laksanakan....
Knp????
Kerna ianya memerlukan hati yang benar-benar kuat untuk melaksanakan.... Kalau sekadar, hangat-hangat tahi ayam, rasanya lupakan sahaja...
Mungkin benar ada hikmah saya dan kawan-kawan saya belum mendapat panggilan kerja.. Allah beri peluang untuk saya MUHASABAH DIRI... Ya, muhasabah... Dan untuk itu, saya jatuh hiba atas khilaf sendiri....
Dalam pada menanti panggilan kerja, satu demi satu memori masa lalu tersingkap kembali di ingatan.. Dari zaman kanak-kanak, hinggalah ke zaman kolej. Ada yang manis, ada yang pahit, ada yang suka, ada yang duka, kiranya serba serbi.... Dan akhirnya, Allah buka pintu hati...
Perubahan ini, sebagai permulaan.. Permulaanku sebagai seorang muslimah yang mencari-cari cinta dari Allah.. Permulaan ini biarlah berkekalan, hingga hayatku tidak bersama dengan jasad ini.. Dan perubahan ini akan ku pertahankan hari demi hari...
Biarlah perubahan ini menjadi tanda tanya buat mereka, biarlah perubahan ini bukan kegemaran buat mereka, biarlah perubahan ini bisa buat aku tenggelam dari mereka, asalkan Allah redha dengan perubahan ini....
p/s : PERUBAHAN = HIJRAH...... T.T

Subscribe to:
Posts (Atom)