Hari ini syif saya malam. Memandangkan rasa bosan berada di rumah, saya pun keluar jalan-jalan menghilangkan rasa bosan sendirian menaiki Nadwa(kereta myvi ku). Itulah kehidupan ku di kota kinabalu ini sendirian tanpa keluarga dan teman rapat. Ok jualah berjalan sendirian tapi risau juga mata-mata jahat yang memandang. Tabahkan hati sajalah..
Memandangkan hari ini hujan, saya pilih OneBorneo destinasi perjalanan ku. Taklah basah kuyup saya berjalan mencuci mata. Sedang asyik berjalan-jalan, tiba-tiba ada beberapa orang mamat(salesman kot) bagi brochure ngan saya. Dia kata minta tolong bagi sokongan untuk barangan ****.
"Miss, ambil dulu ni miss. Support barangan kami. Sekejap ja miss, tulis nama miss saja.."
Saya pun, " eh nda payahlah, aku mau balik juga ni.."
"Miss bagi nama ja ni sekejap ja ni promosi sempena bulan Ramadhan.."
"nda payahlah....." kedua kali saya cakap
"ala miss dekat ja kedai kami ni miss tulis nama ja.." sambil mengiringi perjalanan aku pi kedai dorang walaupun aku nda mau, ikut jalah.. Tulis nama ja kan..
sedang berjalan,
"Miss, student lagi..?"
"iya..." (menipu pula daa..)
"saya pun student lagi..."
"Miss student di mana?"
ni yang saya lemah ni, karang cakap student UMS nnti ditanyanya amek jurusan apa, manalah saya tau jurusan apa ada dekat UMS.. Bantai jalah tipu..
"Student KKM"
"Student KKM"
"ooh, bidang apa miss..?"
"Pembantu Perubatan."
"ooh, Miss orang mana?"
"saya orang Beaufort.."
"eh ni kawan saya orang Beaufort.."
pastu tanya kg mana n bla..bla...
sampai di kedai dorang..
"Miss sekejap ja ni kita tulis nama ni... minta ic miss.."
ic biru pun kuar dari beg ku.
"eh miss berapa miss buat ic baru ni..?"
"sepuluh ringgit ja.."
bermulalah detik memujuk itu ini, padahal awalnya kata sekejap ja.. Disuruh buka baucarlah kunun ada smpi rm1000..
"Miss bukak baucar ni, kalau miss beruntung miss dapat baucar rm1000"
dengan rasa syaknya, "ini tipukah ni..?"
"eh tidaklah miss, kalau kami tipu kami minta duit.."
aku pun bukak baucar yang dorang duk hingarkan ni...
<<<<<<<<<<<<<<< Hadiah Misteri >>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>
<<<<<<<<<<<<<<< Hadiah Misteri >>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>
Nda taulah kalau dorang berlakon atau nda, dorang kata hadiah misteri ni menarik. Banyak keistimewaan lah, siap tanya manager dorang lagi untuk menyakinkan saya.... Seribu satu kata yang dorang luahkan untuk memujuk supaya saya bersetuju.... saya dengar dan angguk jalah... Ada 4 Hamba Allah mencuba memujuk.
Memujuk...>>>> 10 Minit
Memujuk..>>>>> 20 Minit
Memujuk>>>>>> 30 Minit
Namun..
"nda maulah...." saya cakap.
"sayang miss nda amek ni....... (bla...bla... memujuk lagi...)"
"nda maulah, lagipun saya kan student lagi. Duit pun cukup untuk belanja saya student ni...(walaupun dalam tangan ada beberapa barangan yang kiranya agak banyak jugaklah dan mustahil seorang student boleh beli sebanyak itu... hohohoohoho)
Dengan muka yang sengal," sayanglah miss nda amek.."
"nda pa, nnti ada duit saya datang juga..." Lalu meninggalkan mereka tanpa sebarang simpati..
...Saya bukan mau berburuk sangka sangat dengan orang, bukan juga untuk berlagak sombong ataupun berlagak dan berlagak.. Tapi cubalah kita sendiri perhatikan, dunia sekarang ni orang sanggup menipu demi kesenangan sendiri, sanggup menaburkan kata-kata manis dan menjanjikan kepuasan pada pelanggan namun sebaliknya menipu demi mudah mendapat mata pencarian.. Mulanya mungkin si penipu akan ada rasa bersalah, namun, langkah-demi langkah yang mereka lakukan, perasaan bersalah itu semakin hilang dek kerana terbiasa mendapat rezeki dari punca yang tidak halal.. Saya tidak mau menuduh yang mereka ini mahu menipu saya, namun rasanya tidak salah kalau saya lebih berhati-hati di atas kata-kata mereka itu. Lagipun mereka berempat adalah lelaki dan saya seorang wanita. Faktanya, akal lelaki lebih tajam dari wanita. Wanita lebih mudah tertipu. Hatta mereka bagi tawaran kepada saya RM10 juta sekali pun saya tidak akan bersetuju.. Biarlah mereka menaburkan kata-kata sumpahan dan kata-kata menjelekkan pada saya kerana tidak menerima tawaran mereka, biarlah asal bukan saya menjadi salah seorang mangsanya...
Biarlah mereka kata saya ni menolak rezeki. Biarlah. Rezeki bukan di tangan makhluk yang bernama manusia. Rezeki itu datang dari Allah. Segala bentuk rezeki manusia di dunia ini semuanya Rahsia Allah.. Siapa saya untuk mempertikainya...?