Dengan menyebut nama Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang



Aku adalah seseorang
Seseorang yang punyai amarah, sedih, kecewa, bahagia, sepi, dan duka
Seseorang yang lahir ke dunia ini
Bukan untuk dihina,
Bukan untuk dicaci,
Bukan untuk dipuji,
Malah bukan untuk diangkat
Hadirnya blog ini bukan untuk berpolitik
dan bukan juga untuk berceramah
Kerna aku tidak layak untuk itu

Cukuplah kiranya blog ini sebagai peneman ku di kala sepi.




Monday, July 16, 2012

14 Julai 2012


Alhamdulillah masih bernafas hingga ke detik ini.

Balik dari kerja setelah 5 hari bercuti, agak memenatkan.  Tanggal 14 Julai, saya berada di Sandakan untuk aktiviti konvokesyen.  Perjalanan dari Taman Sepanggar ke Sandakan mengambil masa 5 jam menggunakan jalan darat.  Tidak pernah merantau sejauh itu namun syukur dengan adanya aktiviti konvo ini, dapatlah saya menjejakkan kaki ke Sandakan.

Sandakan, besar bandarnya hinggakan kami(saya bersama keluarga) tersesat mencari Dewan Hakka dewan bagi aktiviti konvo.  Agak pening juga perjalanan yang jauh ini tanpa sebarang pengetahuan akan peta sandakan.

Hajat dihati selain menghadiri majlis konvo sendiri, ingin bertemu dengan sahabat yang sentiasa dalam doa setiap solatku.  Dapat bertemu dengan salah seorang pun kira syukur sangat-sangat. (InsyaAllah bertemu lagi dengan yang lain dengan izin Allah)
Namun saya tertarik pada satu detik pertemuan. Pada hari konvo tersebut, saya banyak bertemu dan bersua muka dengan kawan lama satu sekolah ketika sekolah menengah dan sekolah rendah. Eh tidak lupa juga rakan sekuliah dan sekolej di KML dulu.  Terasa reunion beramai-ramai pula. heheheheh

Pertemuan itu buat saya sejenak berfikir, rupanya hidup saya pernah diserikan oleh mereka.
Mereka yang pernah buat saya menangis,
Mereka yang pernah buat saya terhibur,
Mereka yang pernah jadi hiburan saya(jangan salah sangka..),
Mereka yang pernah jadi teman sepermainan saya,
Mereka yang pernah jadi teman ketawa saya,
Mereka yang pernah jadi geng saya
dan macam-macam lagi..

Ya, hidup saya pernah berseri kerana mereka. Kini saya hampir melupakannya.
Heh, manusia sememangnya begitu, mudah lupa.
Itulah kelemahan kita sebagai hamba.  Saya rasa terlalu mementingkan diri, bilamana selama ini saya hanya mendoakan untuk sahabat saya yang saya sayang, hingga terlupa pada kawan yang pernah menyerikan hidup saya.  Rasa jahat pula diri ini...


_semakinterlupadansemakinalpa_  T_T

No comments:

Post a Comment