"missy, sakit oo..." "missy saya tak tahan sakit lagi ni, missy tak mau tolong saya..." Inilah antara ayat yang selalu saya dengar bila praktikal dalam wad. Memang tak dapat disangkal inilah kerja saya sampai pencen, tapi kadang-kadang berbisa juga telinga ni dengar rintihan pesakit ini. Yelah kalau saya boleh buang rasa sakit tu dengan tepuk takkan, lama dah saya buat. Tak perlu lagi bersusah payah jadi MA. Senang ja dapat duit buat bisnes sendiri. Tapi kerja ini sangat lah mulia, membuat kebajikan kepada orang sakit, merawat orang sakit and as for nurses, menjaga orang sakit. Kerja ni sangatlah mulia. Namun, kerja ini akan jadi tidak mulia apabila niat jadi lain. Contohnya, saya jadi MA semata-mata untuk dapat kerja, bukan untuk kebajikan. Jadi nanti bila saya jadi MA, pasti saya akan 'torture' pesakit. Wallahuallam.
Bila pandang keadaan pesakit dalam keadaan kesakitan, kadang-kadang timbul rasa nikmatnya sihat. Manusia terkadang lupa macam mana nikmatnya sihat apabila tidak ditimpa penyakit malahan ada yang lupa ucap syukur atas nikmat sihat tu tidak lupa juga yang mengeluh itu ini tak kena asyik ikut sedap hati dorang ja. Tu yang ramai yang suka-suka hati ja buat maksiat sebab belum rasa sakit. Tapikan bila penyakit datang pun masih ada yang tak hargai nikmatnya sihat tu. Mulalah mengeluh, marah-marah, bising dan menyusahkan orang. Bila tengok pesakit terlantar di atas katil koma, terdetik di hati saya apalah yang dorang tempuhi sepanjang koma. Pernah saya nampak satu kes di wad surgikal, ada seorang pesakit umur dalam 50 an, terlantar koma di atas katil sampai ada bedsore di belakangnya. Pesakit tu siap pakai oksigen dan tangannya pula gangrene yang memang tak dapat diselamatkan lagi tangannya. Pesakit tu sememangnya tak dapat lagi bercakap tak dapat bergerak. Saya tengok pun rasa sedih juga. Lepas tu saya pergi kubikal lain pula, ada seorang pesakit umurnya dalam lingkungan 80 an. Dia masuk disebabkan angina kot tapi pesakit tu masih boleh bergerak, masih mampu tersenyum walaupun dalam keadaan sakit, kulitnya masih dalam keadaan bersih dan paling penting masih mampu untuk menunaikan solat. Bukan niat untuk membanding, tapi bila tengok keadaan dua-dua pesakit ni, banyak bezanya. Makcik yang umur 50 an, kira masih muda lagi sudah diuji oleh Allah dengan kesakitan hingga menyebabkan dia tidak dapat menunaikan solat dengan normal. Tidak tahu dalam keadaannya koma tue, dia ada solat atau tidak. Tak tahu sepanjang dia hidup. Wallahuallam. Saya tidak layak untuk mempertikaikan amal seseorang, sedangkan saya ni masih lalai dan alpa.
Saya cerita ini bukan niat untuk memalukan pesakit, tapi untuk saya mengingati diri sendiri bahawa nikmat sihat itu harus dimanfaatkan ke arah mendekati yang Esa. Kita sihat bukan untuk selamanya. Sihat itu dari Allah, sakit juga dari Allah. Sakit itu lumrah. Oleh itu, kuatkan hati dan tetapkan iman kita menghadapi cabaran dariNYA.
Dengan menyebut nama Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang
Aku adalah seseorang
Seseorang yang punyai amarah, sedih, kecewa, bahagia, sepi, dan duka
Seseorang yang lahir ke dunia ini
Bukan untuk dihina,
Bukan untuk dicaci,
Bukan untuk dipuji,
Malah bukan untuk diangkat
Hadirnya blog ini bukan untuk berpolitik
dan bukan juga untuk berceramah
Kerna aku tidak layak untuk itu
Cukuplah kiranya blog ini sebagai peneman ku di kala sepi.
Sunday, February 13, 2011
Monday, February 7, 2011
hidup
Manusia, tidak terkira bilangannya. Andai hari ini bilangan manusia yang masih hidup di muka bumi ini mencapai jutaan malahan puluhan ribu, belum lagi kira yang sudah meninggal dunia. Entah berapa angka yang kita boleh bagi andai di bilang. Tapi tiada satu manusia pun yang boleh kira dengan tepat jumlah sebenar manusia di bumi ni. Itulah salah satu kelemahan manusia.
Tidak dapat dinafikan, dunia sekarang ni bersepah dengan orang yang mencapai ph.D dan ada yang sampai peringkat lebih tinggi dari tu. Namun tinggi macam mana pun ilmu seseorang tu, tidak dapat menandingi Tingginya Ilmu Allah. Untuk dapatkan ijazah makan masa tahun, inikan pla master. Itupun belum tentu lagi senang dapat. Semua pun ikut nasib. Andai Allah mahu bagi kejayaan pada seseorang tu, pergi mana pun seseorang tu, insyaAllah kejayaan yang akan dapat. Namun bertepatan dengan usaha juga. Andai Allah mahu berikan cabaran kepada seseorang tu, kita sebagai manusia tempuhilah dengan hati yang penuh rendah diri. Tipulah andai orang yang sekaya Bill Gates boleh jadi jutawan dengan mudah tanpa usaha. Dia pun bukanlah graduan dari universiti yang terkenal. Tapi dengan usaha dia tanpa gelaran graduan pun dia mampu menjadi seseorang yang jutawan kerana usahanya.
Kebanyakan manusia ini selalu mengeluh apabila datangnya dugaan atau cabaran. Ada yang sampai menangis dari malam sampai ke pagi dan ada juga sampai nak bunuh diri. Cakap pasal bunuh diri, ada satu kes masa saya kat Hospital Yan dalam bulan Januari, ada kes budak umur 18 tahun, bunuh diri dengan menggantung diri dengan tali. Keadaan mayat memang menyedihkan, tapi bagi saya yang lebih menyedihkan umur masih lagi muda, masalah yang ditanggung mungkin hanya kecil tapi bertindak untuk membunuh diri. Sadis sangat.. Belum lagi kenal dunia kecil atau besar, masalah kecil insyaAllah boleh ditanggani tapi tetap mengambil keputusan untuk bunuh diri. Banyak lagi solution untuk menanggani masalah. Pada pendapat sayalah, itulah akibatnya apabila iman kurang mantap, masalah kecil baginya sangat sukar untuk hadapi. Apalah sukarnya, bentangkan sejadah mengadap kiblat dan solat? Apalah susahnya menadah tangan dan mohon kepada yang Agung untuk menenteramkan hati? Memang benar, bila kita di timpa masalah, buatlah kerja apa ja, pasti rasa gelisah dan rasa kesepian. Tapi, bukankah masalah tu datangnya dari Allah. Allah menguji hambanya, dan ketika kita diuji mohonlah pada yang Esa agar tabahkan hati kita apabila ditimpa masalah.
Saya bukanlah seorang yang sempurna. Saya pun masih dalam proses mencari diri saya sebagai seorang hamba Allah. Tidak dinafikan, apabila saya ditimpa masalah, saya rasa dunia ni seolah-olah menyalahkan kita. Buat kerja apa sekali pun, hati tak akan tenang. Teringat saya pada makcik guard kat asrama inspin, bila saya ada masalah saya akan mengadu dan menangis depan dia. Dia dengar segala aduan dan rintihan saya, dan dia beri saya solution yang sangat mudah tapi kesannya insyaAllah berkesan. "Banyakkan berdoa, mohon pada Allah agar ditabahkan hati menghadapi cabaran ni. Inilah syarat untuk kita menjadi hamba Allah. cabaran, rintangan dan ujian perlu ada dalam kehidupan kita. Kalau hidup setakat untuk bergembira sahaja, apalah maknanya syurga dan neraka."

Subscribe to:
Posts (Atom)