Dengan menyebut nama Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang



Aku adalah seseorang
Seseorang yang punyai amarah, sedih, kecewa, bahagia, sepi, dan duka
Seseorang yang lahir ke dunia ini
Bukan untuk dihina,
Bukan untuk dicaci,
Bukan untuk dipuji,
Malah bukan untuk diangkat
Hadirnya blog ini bukan untuk berpolitik
dan bukan juga untuk berceramah
Kerna aku tidak layak untuk itu

Cukuplah kiranya blog ini sebagai peneman ku di kala sepi.




Sunday, October 30, 2011

UntukMu...

Atas Nama Cinta,

Untuk Mu Sahabat.....
Bukan niatku buat dirimu berduka cita,
Bukan juga niatku membisu seribu bahasa cuma......
Tak perlu ku jelaskan satu persatu kerna diriku tahu bahawa dirimu tidak sudi mendengar,
Namun yang pasti dan yakin,
Daku menyayangi mu kerana Allah
Daku mencintaimu kerana Allah
Usahlah Ukhuwwah ini terputus kerana kebisuan kita..

Namun maafkan daku kiranya satu hari nanti diriku melupai dirimu,
Itulah khilaf yang sering terjadi pada diriku tatkala berjauhan,
Kerna Memoriku tidak Seteguh Karang.