Dengan menyebut nama Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang



Aku adalah seseorang
Seseorang yang punyai amarah, sedih, kecewa, bahagia, sepi, dan duka
Seseorang yang lahir ke dunia ini
Bukan untuk dihina,
Bukan untuk dicaci,
Bukan untuk dipuji,
Malah bukan untuk diangkat
Hadirnya blog ini bukan untuk berpolitik
dan bukan juga untuk berceramah
Kerna aku tidak layak untuk itu

Cukuplah kiranya blog ini sebagai peneman ku di kala sepi.




Thursday, August 22, 2013

Hari tua

Assalammualaikum...
Kembali bersua dalam coretan kata yang tidak seberapa... Alhamdulillah masih diberi kesempatan bernafas hingga ke hari ini... Diberi peluang untuk bertaubat.
9 ogos yang lalu adalah hari ulang tahun kelahiran saya. Alhamdulillah kini sudah naik 'pangkat' menjadi 23 tahun. Rasa sungguh tua diri ini...

Seperti tahun yang lepas, hari ulang tahun saya, saya tetap bersendirian, maksudnya kawan tiada di sisi saya... Namun syukurlah dapat balik kampung sempena raya ke2 pun jadilah. Jumpa famili dan adik beradik lain. Hmmm namun sdh terbiasa orang melupakan saya. Tidak apalah.. Dunia tidak akan bersedihan pun kiranya saya pergi...

Berganjak ke usia tua ni, buat saya rasa sangat tua. Moga hati saya terus istiqamah dalam beribadah...

#pray for egypt

Thursday, August 8, 2013

Hari Raya Bersama Warga Tua

Assalamualaikum..

Agak lama tidak menaip sesuatu. Agak lama di biar laman ini sepi tanpa ceritera.

Alhamdulillah hari ini 8 Ogos bersamaan 1 Syawal. Umat Islam merayakan Hari Raya Aidilfitri. Kembali ke fitrah.. Syukur di beri peluang bernafas dan menyambut Hari kemenangan kala ini.

Barangkali saya tidak mengkhabarkan, saya kini telah bekerja di Hospital Mesra Bukit Padang(Hospital Psikiatri) setelah 6 bulan berada di Hospital Likas. Dan kini hampir setahun saya sudah bekerja sebagai Penolong Pegawai Perubatan. Syukur. Di hospital psikiatri ini, saya di tempatkan di wad kronik psikiatri iaitu wad yang mana pesakit ada masalah psikiatri yang kronik. Namun saya ditempatkan di wad kronik khas untuk orang-orang tua atau saya boleh kata rumah orang tua.

Tugas saya di wad ini adalah menjaga orang tua. 'Menjaga' untuk wad ini bermaksud memantau simptom-simptom psikiatri sekiranya ada. Namun wad saya ini lebih kepada kebajikan orang-orang tua. Menjaga makan dan minum, kesihatan mereka. Hampir semua orang-orang tua di sini, telah dibuang oleh keluarga. Dan kebanyakkan pesakit di sini telah pun wujud sebelum saya bekerja disini. Dan sepanjang mereka berada di sini, tiada satu ahli keluarga yang datang melawat. Sadis kan.

Banyak yang telah saya lihat terjadi pada orang-orang tua jagaan saya. InsyaAllah ada masa saya akan cerita lebih lanjut. Kerna satu masa nanti saya akan menjadi tua.. Akan melewati sisa-sisa hidup ini sebagai hamba Allah jua...

Dan sungguh, sempena hari raya ini. Saya tidak diberi cuti pada raya pertama ini. Kerja syif petang. Untuk itu, saya memberi jamuan sedikit untuk warga tua di sini yang sepatutnya menyambut Hari Raya. Orang-orang tua semua makan dengan lahap(walhal saya risau mereka tercekik) dan saya dan staff lain memantau. Dialog dari seorang ppk.

"First time durang makan sedap macam ni"

lalu saya rasa ingin menitiskan air mata. Biarpun saya tahu maksud ppk tu, yang orang-orang tua semua ini tidak merasa makanan hari raya yang sebenar, saya tetap rasa sebak.. Sebak kerana mereka dibuang oleh anak-anak sendiri, sebak kerana mereka telah menghabiskan makanan yang saya bawa itu hingga menjilat pinggan... Sayu melihat, sunggoh!

Dan saya telah menunaikan hajat saya. Menghiburkan orang-orang tua di sini. Biarpun tidak banyak, namun cukup buat mereka tersenyum seketika... T.T

P/S : gambar tak dapat upload due to tak amek gambar kerana sebak.. huhuhu