
Apabila manusia dikuasai perasaan marah, percayalah semua tindak tanduk kita akan jadi tidak rasional. Yelah, bila marah, segala tindak tanduk kita berdasarkan emosi semata-mata. Banyak dalam kalangan kita tidak dapat lari dari rasa marah. Aku pun tidak terkecuali.(Heheheheh...)
Terus terang aku cakap, aku memang panas baran punya orang. Dahlah malas, bila orang suruh sikit mulalah marah nda tentu pasal(nda tu maksudnya tidak ya). Teringat aku peristiwa masa aku umur 14 tahun. Masa tu di rumah. Aku sedang asyik melayan drama tv(entah apa tajuk dia entah) yang buat aku nda mau berganjak dari depan tv. Besalah duduk rumah macam tulah.
Dalam keasyikan drama tu, tiba-tiba mama aku memanggil, "jie, pergi ambil dulu surat khabar di dalam hilux". Aku kunun pura-pura nda dengar supaya nanti mama aku suruh adik aku. Besalah keseronokan tingu drama. Nda lama pastu, mama aku suruh juga sampai berkali-kali. Aku dengan keFed-up bangun sambil menghentak-hentak kaki tanda protes, "asyik2 aku saja yang disuruh, macam nda ada orang lain lagi" Omelku.(cewah, macam novel pula, ngeee) Jadi aku pun turunlah bawah dengan jiwa yang membara semata-mata untuk mengambil surat khabar yang berada dalam kereta. Saat kakiku hendak sampai ke bawah kolong, tup-tup aku terjatuh dari atas tangga, dan sangat malanglah aku waktu tu sebab kaki kanan aku yang landing dulu. Lutut tu. Lagilah membara hati aku. Marah kena suruh pun belum reda, tambah lagi marah sebab terjatuh. Memang aku kutuk kaw2 lah juga. Tapi entah pada siapa yang aku kutuk? ish..ish..ish..
Aku mengimbas kembali peristiwa tu bukan untuk saja memalukan diri, disebalik cerita tu, boleh nampakkan impak marah tu macam mana. Memang betullah, sebab kaki aku penuh dengan bruises dari paha sampai ke betis gara-gara kejadian tu. Itulah impak yang terjadi disebabkan kemarahan aku. Impak itu berkekalan sampai ke hari ini, sebabnya kesan sakit tu masih ada sampai sekarang.
Lagipun ramai dalam kalangan kita ini, dipengaruhi rasa marah. Banyak sangat. Ada yang sampai putus sahabat, putus saudara, cerai berai kerana marah. Besar impak marah ni sebanarnya.
Aku masih lagi ada rasa panas baran. Kadang kala bila aku termarah, aku berusaha untuk sabar. Kadang2 nerhasil, kadang marah aku jadi bertambah. Kadang2 time tengah bersukan pun boleh marah. Besar betul panas baran aku nie. Cuma sejak kebelakangan ni, aku cuma sedaya mungkin untuk usir jauh2 marah tu. Perlukan masa jugalah.
Namun setiap orang ada pendapat sendiri tentang marah. tapi apa yang aku ceritakan di atas adalah pendapat aku sebab ianya berlaku pada aku. heheheheh.. sesiapa ada pendapat lain, cekongsi.. cewah...


