Dengan menyebut nama Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang



Aku adalah seseorang
Seseorang yang punyai amarah, sedih, kecewa, bahagia, sepi, dan duka
Seseorang yang lahir ke dunia ini
Bukan untuk dihina,
Bukan untuk dicaci,
Bukan untuk dipuji,
Malah bukan untuk diangkat
Hadirnya blog ini bukan untuk berpolitik
dan bukan juga untuk berceramah
Kerna aku tidak layak untuk itu

Cukuplah kiranya blog ini sebagai peneman ku di kala sepi.




Sunday, March 10, 2024

~Clubfoot~

 

Petang yang indah di bawah bumbung lapangan terbang salah satu daerah di sabah. Menunggu giliran bilakah akan naik kapal untuk pulang ke tempat sendiri. Berpergian jauh ini kerana kursus berkaitan tulang katanya. Bidang yang tidak pernah sis sangka untuk terjebak dalam kerja ini, bahkan tidak pernah berangan untuk menjadi MA apatah lagi bidang kerja berkaitan dengan tulang. Sungguh percaturan yang Allah atur tu, tiada siapa yang akan menyangka. 

Menghadiri kursus Clubfoot course atau CTEV course ataupun ponsetti cast selama dua hari ini benar-benar membuat sis terasa asing dalam dunia ini. Yalah, sudahlah pergi kursus ini sendirian tanpa kawan kerja yang lain. Malah pergi lapangan terbang pun sendiri. Menginap hotel pun sendiri. Pergi ke tempat kursus pun sendiri. Memanglah bebas urus masa sendiri tanpa terikat dengan masa orang lain. Tapi kali ni buat sis terfikir, mungkin inilah takdir hidup sis. Hidup sendiri tanpa ada yang tampil bersama-sama sis menjalani kehidupan. Ya, ini cuma kursus dua hari. Tapi kesannya boleh buat sis tidak ketiduran memikirkan. Sis sedar sis ini bukan orang yang jadi kegemaran orang luar, bukannya staf yang bila tiada 3 hari orang terus tercari-cari. Bahkan bila sis muncul dihadapan orang pun, tiadalah gempak penerimaan macam kawan yang lain. Dari kursus ini sis sedar juga, sis takut menerima penolakan dari orang lain sekiranya bila sis ajak mereka menolak. 

Cakap pasal penolakan ataupun rejection ini. Rasanya sis adalah makhluk yang sentiasa direject oleh manusia. Bukan setakat cinta, bahkan kalau berkawan pun sis adalah sejenis material yang orang akan reject siap-siap. Entahlah. Dari zaman dulu pun begitu. Sebab tu sis sangat mudah attach dengan orang yang menghargai sis apa adanya. Tapi tu yang silapnya. Bila terlalu attach akhirnya orang tetap akan pergi meninggalkan disebabkan ada yang lebih terbaik. Mahu tahu apa yang selalu sis buat hadapi keadaan ditinggalkan? Sis mulanya akan menangis dan meratapi dan akhirnya membenci demi menjaga hati sis dari terluka lagi. Sebab tu circle of friends sis tidak banyak. Kawan sekolah semua sudah meninggalkan bukan sebab mereka berkeluarga sudah. Tapi hmm sukar untuk diceritakan. Biarlah kenangan lalu tu terkubur. Asalkan masing-masing pilih bahagia masing-masing. 

Dua hari kursus. Tipu lah tidak cemburu melihat peserta lain yang datang bersama kawan-kawan. Bersembang, bergelak, bergurau bahkan saling berswafoto sama-sama. Tinggalkan sis, duduk sendiri, cari kerusi sendiri, makan sendiri-sendiri. Bukan sis tiada inisiatif untuk bersuai kenal. Tapi adalah lebih baik bercakap bila perlu, gelak bil perlu, termenung dalam relung masa sendiri. Tanpa perlu kacau hidup orang lain kerana takut terattach dengan orang. Ketakutan besar sis adalah attachment

Kursus dua hari ini, mengajar sis untuk biarkanlah. Biarkanlah bumi ini berputar sendiri. Biarkanlah siang itu berganti. Biarkanlah malam itu sunyi. Biarkanlah yang riuh itu bising. Biarkanlah bulan itu bulat.  Biarkan matahari itu terik. Biarkan cinta itu buta. Biarkan hati ini sunyi. Biarkan yang sedih itu menangis. Biarkan yang gembira itu tertawa. Biarkan yang jatuh itu tersungkur. Biarkan orang yang di atas itu bongkak. Biarkan fitnah itu tersebar. Kerana sehebat mana pun kita untuk membetulkan, apa yang sudah tertulis kita tiada kuasa untuk mengubah, tetap yang salah itu terlihat benar, yang betul itulah terlihat salah. 

Tiada daya dan upaya melainkan dengan pertolongan Allah. Palestin will be free. Amin. 


Friday, May 13, 2022

Is It worth to remain silence?

 


 Ada ketikanya kita rasa semangat kita jatuh. Mungkin disebabkan keadaan sekeliling, mungkin kerana seseorang atau mungkin mindset diri kita sudah dibrainwash sejak dari kecil yang You Are Nothing. Penting sangat didikan seawal dari rumah kerana di situlah akan wujudnya peribadi diri seseorang. Macam mana IbuBapa didik anak dari rumah baik atau buruk, pastinya kelak dewasa itulah peribadi anak-anak didikan kita. Kalau negatif yang kita didik, maka manusia negatiflah yang akan bertebaran di atas bumi ini. Kalau didikan yang positif, maka manusia positif lah juga yang akan bertebaran di atas bumi ini.

Sejujurnya penting sebagai IbuBapa untuk selalu berinteraksi dengan anak tidak kira masa dan tempat. Sebaiknya biarlah interaksi itu adalah yang positif tapi ringkas pun sis rasa sudah memadai. Duduk makan semeja tidak kiralah makan sarapan bersama, makan tengahari bersama atau makan malam bersama. Sudah tentunya apabila kita berada di meja makan bersama, pastinya kita mahu berbual bukan? Bagi sis, berilah peluang juga untuk si anak turut berkata semasa makan dengan ibu bapanya sendiri. Sejujurnya sebagai seorang anak yang pernah menjadi seorang anak kecil, sis selalu menjadi pemerhati dan pendengar cerita dan bualan IbuBapa sis. Sis malah di tegah untuk bercakap semasa makan kerana dilarang bercakap depan makanan. Setelah habis makan, menonton tv bersama, sis masih tidak dapat bercerita dengan IbuBapa sis perihal harian sis di sekolah. Kerana IbuBapa sis melarang bercakap masa rancangan tv sedang bermain di kaca tv. Akhirnya sampai hari bertukar hari sis masih tidak dapat bercerita dengan IbuBapa sis apa yang sis mahu ceritakan pada IbuBapa sis. Sebab sis ‘di bisukan’ disaat emosi sis meronta ronta untuk berkongsi cerita dengan mereka. Mencabar bukan menjadi seorang sis iniπŸ₯ΉπŸ₯Ή.

Psychologist melabel setiap manusia itu ada peribadi masing-masing. Ada extrovert, ada introvert, ada ambivert dan macam-macam lagi terms yang pelbagai. Entah berapa banyak vert pun sis tak pasti. Cuma apa yang sis perhatikan, apa jua label pun yang kita label akan personaliti seseorang, sebaiknya personaliti itu dibentuk dari sebuah rumah di bawah naungan keluarga masing-masing. Bagi sis, penting sangat kasih sayang dalam keluarga itu sendiri. Sebab memang itulah darah daging kita. Semudah ucapan tahniah dari mulut IbuBapa, percayalah akan buat anak rasa dihargai dan tidak tidur malam. Betul….. Semudah pertanyaan ‘how was your day?’ Akan buat si anak rasa dianggap penting dalam rumah. Betul…. Sis tidak tipu. Kerana, sis tidak pernah dapat semua tu. Walhal sis benar-benar ingin difahami seperti itu. Jadi, bila ada kawan atau orang luar bagi perhatian sebegitu dengan sis, sis mudah rasa tersuka dengan orang tu. Sebab rasa diri ini dihargai, walau bukan dengan orang yang bukan keluarga. Rasa diri lebih rapat dengan orang yang bertanya soalan itu. Sebab itulah, banyak remaja di luar sana mungkin terlibat dengan budaya couple mungkin disebabkan mereka tidak mendapat perhatian yang mereka bayangkan oleh keluarga sendiri. 

Sis perhatikan. Melihat. Mendengar. IbuBapa yang layan anak mereka dengan layanan persis seorang kawan, berbual seperti seorang kawan, melepak seperti seorang kawan ini jarang anak mereka terjebak dengan kegiatan sosial. Sis ulangi jarang sis dengar bukan bermaksud tidak ada. Tetapi pengalaman sis sebagai seorang anak yang dididik dengan cara ‘di bisukan’, rasa terpanggil untuk minta para IbuBapa di luar sana, jangan ‘bisukan’ anak anda walau sibuk macam mana pun anda dengan kerja anda. Anak anda ingin juga didengar, mereka juga ingin dilihat oleh IbuBapa mereka sendiri kerana apa? Bagi anak kecil, IbuBapa lah superhero mereka. Jangan biarkan anak anda cari superhero mereka sendiri di luar rumah. Sebab dikhuatiri superhero orang luar ni bagi mindset yang bercanggah.. 

Selagi masih ada masa dengan anak anda, luangkan masa anda sebaiknya dengan mereka. Didik mereka dengan sebaik-baik didikan. Kerana dari didikan  anda adalah penentuan wujudnya masyarakat akan datang. Semoga kita melahirkan masyarakat yang celik ilmu dan hati yang baik. 

         Let ur child make connection with u. Let u validate ur on child. Give them the best of joy. Give them ur smile even on ur busiest day. 





Introvert atau depression atau anti sosial?

Assalamualaikum.


Alhamdulillah, setelah lama berdiam diri, sis masih sihat walafiat dan masih bernafas dengan izin Allah. Terlalu lama tidak meringankan jari ini menaip perkataan demi perkataan. Bukan sebab sis terlalu sibuk. Tapi kadang diri terlalu lalai menonton content video zaman millenium ni yang banyak betul apps yang pelik-pelik. Akhir zaman memang banyaklah yang pelik. Semoga diri kita sentiasa siap siaga dengan segala kemungkinan yang bakal mampir.

Tahun 2022, jarang lah kita nampak anak muda zaman sekarang ni yang hobinya membaca. Kebanyakkan anak muda zaman sekarang ini, masing-masing ada gadget sendiri. Paling rasa macam wowww, anak buah sis umur baru 8 tahun, ada handphone jenama iPhone. Sis tidak pernah pakai iPhone. Bukan apa, jenama mahal pula tu. Takut sis mau guna. Tapi tak kisah lah apa jua jenama gadget anda semua, asalkan anda semua bahagia. Cuma jangan sampai gadget tu merosak kehidupan masyarakat. 

Sejujurnya sis kurang setuju dengan lambakan apps di setiap gadget di pasaran sekarang. Entahlah bagi sis terlalu dahsyat… serius….. Ada permainan aka game online yang pelbagai. Antaranya yang hangat dalam kalangan anak muda adalah Mobile Legend, Pubg dan lain-lain.  Ada aplikasi dokumen, aplikasi dating, aplikasi  cari sugar dadah pun masyuk.. Ayoyoo… Sis kurang arif pun hal anak muda ni. Almaklumlah sis ni dah tua…. Malas mau ikut trend yang  pelik tu. Sekali lagi sis harap sis tidaklah terjebak dengan trend semasa.. Takutttttt…. Nauzubillahhhh…..

Cuma, untuk orang yang sejenis introvert, memilik gadget ini di kala ini dan detik ini adalah detik penyelamat… You all know why? Cewahhhhh…. Bahasa omputeh pulaaaa… hahahah.. Sis seorang Yang menyendiri. Seorang yang sukar untuk bergaul. Seorang yang tidak pandai memulakan awal bicara. Sis selalu harapkan orang lain yang bercakap dulu dan berharap orang lain yang sentiasa menghangatkan perbualan. Kerana sis tidak pandai bercakap dengan orang yang baru sis kenal. Sis memerlukan masa yang lama untuk selesa dengan seseorang. Kadang sis pandai bingung sendiri mau bicara apa dengan seorang stranger. Selalunya sis memang akan sendirian berjalan, sendirian pergi kedai, sendirian pergi makan di restoran dan sendirian berurusan(haaa yang ni bergantung urusan apa….hahahahah)




Erti katanya, balik pada objektif.. Telefon mudah alih ni membantu sis dari menarik sis terlibat dengan perbualan stranger. Kalau ada orang yang sis tidak kenal mendekat dengan sis. Demi mengelak sis dari melayan perbualan orang tu, sis akan cucuk lobang telinga sis dengan earphone dan dengarlah lagu ulang-ulang sis tu. 

…….playlist 1 : Denting by Melayu goeslow

…….playlist 2  : Ada apa dengan Cinta by melayu goeslow

……playlist 3. : Jera by Agnes Mo

……Playlist 4 : Rapuh by Agnes Mo

Eh eh eh…. Semua lagu asal dari indonlaa.. hahahaha… Jiwangzzz pula tu.. Sis suka dengar lagu melodi Soul, R&B, balada, pop melayu. Dengar juga lagu orang putih tu, tapi lagu yang bahasanya bagus. Cinta Cintun dan tiada unsur 18+ punya perkataan. 


Ehh eh ehhh… jauh pula melalut. Hahahahah… Apa apapun, smartphone in memang sangat membantu golongan macam sis ni. Sendirian macam mana pun masih ada smartphone untuk sis berkomunikasi… Kita buat acah acah busy, buat-buat macam ada projek juta-juta. Cewahhh.. Sebenarnya sebelum terciptanya smartphone pun, sis masih dapat juga buat-buat sibuk dengan telefon Nokia 3310 dulu tu… Main ja game Snake. Senanggg hahahahahah… berkesan juga teknik tu dulu. Serius… Lagipula smartphone ni lagi best. Sebab dimana ja kita berada semuanya boleh Google. Kita boleh baca online news, kita boleh buat research dari Google. Percayalah, ramai zaman sekarang ni ada ‘phd’ tau dalam bab Google ni. 

Situasi tempat kerja sis

………Sis : Encik sakit apa?

            Encik : oh sakit bah perutku ini. Risau eh ada tu batu karang

            Sis     : oh.. Kamu pernah ada masalah batu karang sebelum ni?

            Encik : nda pernah juga. Tapi tulah tadi ada ku baca di internet atu.. ada aku Google. Kalau kitani    sakit perut, ada masalah batu karang.

            Sis.     :#*@(@/(#6(#;;#($(37$($;……….

     Sebab tulah sis rasa, ramai sekarang masyarakat  ni ada ‘phd’. Apa apa hal ja Google ja. Lepas tu pandai memanas kalau maklumat tidak sama dengan di Google. Hehehe… Oleh itu, berbalik kepada orang macam sis yang tidak banyak kawan. Smartphone boleh jadi medium untuk sis hilangkan bosan kalau tiada kawan. Banyak benda boleh kita access. Jadi bagi sis tiada sudah istilah kita rasa bosan dan rasa kesunyian.

 Tapi….

Selama sis kerja di bahagian unit kecemasan, banyak sangat kes anak muda awal 13 tahun, di diagnos sebagai depression. Apa tu depression? Aihhhh malas pula explain, sebab ada mrGoogle kan. Jadi silalah Google Hehehe..



Apa yang sis boleh explain depresi atau kemurungan ni adalah satu keadaan seorang insan ni rasa sedih berpanjangan, rasa diri tidak berguna, menjauh diri dari keluarga/kawan/, prestasi kerja merudum, selalu menyendiri(bukan introvert punya stail), hilang fokus dan susah mau ketawa dan senyum. Erti kata lain, orang tu tidak engage dengan realiti. Keadaan ini sangat tidak baik untuk kesihatan mental kita. Serius. Selama sis faham dan pernah kerja di hospital psikiatri, depression selalu dapat dengan orang dewasa. Sebab orang dewasa lumrahnya memang akan berdepan dengan banyak masalah. Satu persatu masalah. Sepatutnya remaja seawal usia 13 tahun kala ini, hidup dizaman serba canggih, smartphone ni zaman tik tok ni, patut mereka boleh menghibur diri dengan smartphone andai tiada kawan. Tapi apa yang sis temukan kebanyakan remaja pula yang didiagnos sebagai depression. Sungguh tak patutlah keadaan macam tu. 




Apakah semakin canggih sesuatu teknologi, manusia sejagat ini semakin lama semakin sunyi atau manusia semakin anti sosial? Kenapa zaman Nenek Moyang kita dulu, walau tiada teknologi canggih macam sekarang, budak 13 tahun sudah berakal mencari duit untuk keluarga? 


Oleh itu, sis sendiri tidak pasti teknologi canggih ni bagus atau tidak. Mungkin ada baiknya. Mungkin ada yang tidak baik. 


 


Saturday, August 31, 2019

He is not perfect.

Assalammualaikum.


           Sedang santai dirumah lepas kerja syif malam semalam, menonton TV. Ada cerita GOL dan GINCU 2. Sis suka tonton cerita tu. Sama macam sis minat cerita GOL dan GINCU lakonan Fazura dulu tu. Bila tengok cerita GOL dan GINCU 2, timbul pula idea. ehe.. ehe.. 
           Tidak semua orang bertuah dilahirkan dalam keluarga yang sempurna. Ya, tidak semua. Ada yang datang dari keluarga yang serba kekurangan dari segi material. Ada juga yang datang dari keluarga yang kekurangan dari segi kasih sayang dan juga rohaniah. Setiap keluarga ada kisah yang tersendiri termasuk juga sis. 
           Sis bukanlah seorang sempurna. Sis juga bukan dari keluarga yang sempurna. Cuma sis bersyukur dengan apa yang ada. Sis bersyukur dibesarkan oleh bapa sis.Bapa sis bukanlah seorang ustaz, bukan geng kopiah putih bukan juga geng serban. Sis boleh kata, bapa sis sudah lakukan yang terbaik dalam mendidik kami 5 beradik dari segi agama. Bapa sis ni bukan jenis yang 'touchy' atau pun yang menunjukkan dirinya tu penyayang terhadap anaknya. Bapa sis seorang yang sangat tegas lebih-lebih dalam soal agama. Ingat lagi dulu, kami 5 beradik akan berubah menjadi sangat panik dan gentar, saat dengar enjin kereta bapa dibawah rumah. Itu menandakan bapa sudah balik dari kerja, jadi siapa-siapa yang belum lagi solat(zohor dan asar) memang nahas... Sebab bapa sis boleh berubah dari pendiam ke 'Hulk' sekiranya tahu anaknya belum solat. Cuma bezanya, bapa sis tiada lah hempas atau buang barang macam 'hulk' dalam cerita avengers tu. 😎😎 Sakit telinga ja kami dengar bapa membebel. Hehehehe... Itu ja pun. 
            Kami selalu solat jemaah dirumah. Bapa sis siap buat bilik khas untuk kami solat dirumah. Kiranya surau kecil dirumah kami. Biasanya, abang sis atau adik lelaki sis akan iqamah, bapa pula mengimamkan kami.  Sis suka dengar bapa sis baca surah. Sedap didengar.  Setakat ini, suara yang sis suka dengar bila baca surah. Bapa sis pernah ada papan putih dirumah. Papan putih tu bapa tulis tentang pengajaran islam juga, yang asas iaitu Rukun Islam, Rukum Iman. Well, benda asas kan. Sepatutnya benda asas macam tu, tidak perlu belajar di sekolah ugama pun. Boleh ja di praktis dirumah. Lepas jemaah maghrib sama-sama, biasa menunggu solat isyak, bapa akan ajar kami mengaji. well, memang bapa sis bukan ustaz. Tapi kan asas mengaji kan kena ada pada semua orang muslim. Untuk itu sis bersyukur, sis menerima ilmu agama secara langsung dari bapa sis. Bukan setakat dari sekolah ugama sahaja. Dulu sis sekolah menengah biasa ja, bukan masuk asrama.  Jadi sis berpendapat,  setiap keluarga adalah seperti sis.  Mindset sis waktu remaja, setiap keluarga akan solat berjemaah, bapa mereka yang sendiri mengajar mengaji alquran.  Kiranya ilmu agama itu bermula dari rumah.   Sampai satu masa, sis habis spm dan masuk matrikulasi labuan. Itulah pertama kali sis berpisah jauh dari famili. Pertama kali tinggal asrama, berkongsi bilik dengan orang lain. Hmmm.... Di situ bermulanya mindset sis ter'setting' dan sis kejutan budaya sikit.hmmm.......................................😝  kejutan banyak sebenarnya...
           Masa sis masuk matriks dulu, parents sis yang hantar. Siap parents sis hantar sis dalam bilik lagi. Bapa sis macam biasalah, akan tolong carikan sis arah kiblat supaya sis mudah solat dalam bilik. Masa tu adik beradik sis anggap sis ni akan menangis tinggal asrama. Namun kerana sis ego tinggi, sis pastikan sis takkan nangis dan meraung-raung dalam telefon. Masa tu kenal sorang roomate ni. Asal dari negeri sebelah. Sis bagi nama wati lah ya(bukan nama sebenar). Wati orang yang berada sikit. Parents pun boleh tahan kaya. Wati ni selama zaman sekolah menengah ni memang tinggal asrama. Jadi pandai berdikari. Beza sikit dengan sis.  Teringat masa mula orientasi dulu, kan biasalah freshie kena juga ikut program orientasi suka atau tidak. Jadi program tu, freshie kena bangun seawal 3 pagi, bagi yang muslim kena pergi surau. Sis biasa bangun subuh sebab bapa memang biasakan kami bangun subuh, tapi bangun seawal 3 pagi tu sis tak biasa. Disebabkan itulah masa sis di matriks sis biasa bangun 3 pagi mungkin kerana orientasi tu tough kali sampai sis terbawa-bawa rasa takut tu sampai habis sem. Well anyway, sis biasa bila bangun subuh, sis akan bangunkan kakak sis supaya solat subuh juga.  Jadi kebiasaan tu, sis terbawa sampai matriks.  Sis bangunkan roomate sis untuk subuh.  Sis tak tahu dia jenis bukan bangun pagi. Sampai satu tahap, wati tegur sis. 

      Wati   : jia, sorilah ya kamek bukan jenis yang bangun waktu subuh. Bapa kamek pun sik bangunkan kamek ya.
      Sis     : Oh iyaka? jadi masa kamu di asrama bukan kena jemaah sama-sama?
      Wati  : Memang. Tapi kamek bukan bangun. Kamek suka sambung tidur ya.

Hmm... masa tu sis masih blur lagi.  Tak faham. Lama-lama bila sis dengan wati semakin rapat. Kami pun bercerita.
       Wati    : kamek 'adore' sama kitak ya. Sebab kamek tengok kitak sembahyang tak pernah tinggal.
       Sis       : Oo... Terbiasa sudah dari rumah, Dirumah kami biasa jemaah. Bapa pun pesan hari tu, supaya solat jangan tinggal. Lagipun, itu ja yang saya tahu buat. Saya nda tahu mau buat apa selain study lepas tu solat. (dulu belum ada hp canggih. Dulu telefon sis biasa ja. Laptop pun teda. Cuma ada Walkmen ja untuk dengar radio sambil belajar)
       Wati    : Kitak beruntung dapat parents macam ya. Kamek punya bapa sik sembahyang dirumah.
       Sis       : (sis terkejut.... like seriously terkejut......... sebab mindset sis berbeza dengan apa yang sis dengar)
       Wati    : Bapa kamek selalu ja balik rumah lewat mabuk.  Selama kamek tinggal dirumah, kamek tak pernah nampak bapa kamek sembahyang.  Jadi sebab tu kamek nda sembahyang. Tu yang kamek adore sama kitak.  Kitak tetap sembahyang walaupun kamek semua dalam bilik pakai baju seksi-seksi. Kitak nda juga pandang rendah sama kamek...
       Sis      : eh kenapa pula mau pandang rendah??
       Wati   : Yalah kamek ni seksi, tidak sembahyang gik.  Selalunya orang macam kitak selalu pandang rendah orang macam kamek ni. Bukan kamek nda mau berubah. (sis agak tersentap) Cuma ya, bila kamek sembahyang dirumah, bapa kamek tok ejek kamek. ya bilang kamek ni mau jadi alim konon sambil ketawa-ketawa. Jadi macam mana kamek mau sembahyang kalau orang sekeliling ya nda sokong kamek. 
       
Hmmmm... Itulah pertama kali, mindset sis yang mula-mula tu berubah. Masa tu sis sedar, sis belum kenal dunia sepenuhnya. Sis masih hidup dibawah tempurung masa tu.  Rupanya tidak semua keluarga sempurna segala-galanya.  Sis cuma bertuah sikit sebab dibesarkan oleh bapa sis yang berusaha mendidik kami mengenal agama islam.. Di situ sis sangat bersyukur punyai seorang bapa macam bapa sis. Ya, bapa sis bukan seorang ustaz, bukan ahli ulama, bukan graduan al azhar, bukan graduan ilmu islamiah atau pun bukan seorang tahfiz. Bapa sis orang yang biasa ja. Cumanya, bapa sis berusaha menjadi imam dan ketua yang baik bagi keluarganya.  Bapa sis tak perlu menjadi pendakwah macam diluar sana untuk menyebar. Cukup menjadi imam dalam keluarga pun bagi sis sudah memadai. Jadi untuk diluar sana, yang tertanya-tanya kenapa sis belum berkahwin. Ini kerana sis mahu mencari suami seperti bapa sis. Seseorang yang mementingkan agama . Bukankah itu yang dianjurkan oleh nabi kita dalam mencari pasangan. Pilihlah pasangan kerana 4 perkara ini.
 1. kerana kecantikkannya
2. kerana hartanya
3.kerana akhlaknya
4.kerana agamanya. (sebaiknya kerana agamanya)

Semoga dakwah bapa sis tu beroleh ganjaran di akhirat. Semoga entri ini mampu membuatkan kita rasa bersyukur dengan apa yang ada. Sis bersyukur walaupun kami bukan orang kaya, tapi bapa sis kaya dengan ilmu didada dan tetap akan mencari ilmu agama tu walaupun beliau meningkat usia.  Semoga siapa yang membaca entri ini, sama ada lelaki atau wanita andai kamu ingin menikah, sila kuatkan hati dan sama-sama muhasabah diri. 

Sekian Wasalam.

     

Sunday, August 25, 2019

Terobek

Assalammualaikum....

Ogos 2019... Lama saya tidak update blog. Bukan apa, mau buka laptop ni memerlukan semangat yang kuat. Yalah, dulu masa student rajin buka laptop sebab memang tulah kehidupan student. Tambah2 lagi masa zaman saya student dulu, mana ada handphone canggih touch screen macam sekarang ni. Dulu kalau mau buka facebook, kena gagahkan diri buka laptop. Mau free chat ja mesti buka yahoo messenger ataupun facebook messenger. Tapi zaman sekarang ni tiada sudah macam tu. Sejak ada handphone canggih, ada aplikasi whatsapp, telegram, instagram and macam2 lagi yang dapat access dari handphone, laptop ni macam tiada sudah... Biasa orang buka untuk buat assignment ja. Serius, zaman berubah habis. Zaman ini kira mendekati akhir zaman. Allahu.

      Sebenarnya sis ni dah tua. Yalah saja terobek benda lepas. Yalah, sis belum kahwen lagi. Tiada siapa nak teman cerita. Tapi sis bersyukur jugalah macam ni. Hidup tak teikat dengan orang lain. Tak terikat dengan suami, keluarga suami dan so on so on. Sis bukan apa, selama sis menjadi pemerhati kisah rumahtangga orang sekeliling, sis rasa hidup berumahtangga ni jauh lebih menakutkan. Untuk perempuan, sudah pasti khawin tu ibarat kita sedang memperjudikan hidup kita pada seorang lelaki. Sudah pasti kahwin, tidak menjanjikan kebahagian buat semua wanita diluar sana. Hanya mereka yang benar-benar sabar, tabah dan cekal hati saja dapat menjalani alam rumahtangga ni. Dan selama saya jadi pemerhati jugalah, tidak ramai yang akan mempertahankan perkahwinan mereka bilamana rumahtangga mereka sudah tiada 'sparkling' lagi. Mempertahankan pernikahan pada kala ini sangat tidak mudah. Kerana itu saya respectlah kepada pasangan lama contohnya datuk nenek kita sebelum ini yang masih tetap mempertahankan perkahwinan mereka walaupun pasangan masing-masing telah dimamah usia. Sebab itu bukan perkara mudah. 'Forever has now begun' hanya kata-kata pada awal perkahwinan ja tu. Lepas beberapa tahun bila semakin hambar, mulalah cari alasan konon untuk mencari bahagia sendiri.. hmmmmm..... Tak percaya??? Silakan jadi pemerhati.
Sis tak kata sis menolak perkahwinan. Tidak. Sis percaya pada hakikatnya yang manusia ditakdirkan untuk berpasangan. Cuma, janganlah kami yang berusia dan belum berkahwin ini dikeji oleh masyarakat diluar sana. Seolah-olah menjadi ANDARTU(Anak Dara Tua) ini adalah pilihan kami. Tidak! Perlulah sedia maklum dan sis rasa semua makhluk didunia ini pun sedia maklum bahawa, jodoh ajal, maut serta takdir semua telah ditentukan oleh Allah azza wa jalla. Jadi siapa sis untuk menidakkan takdir sis. Memilih?? tidak salah kan wanita memilih dari tersilap pilih. Sis tidak lah minta akan ada 'fattah amin' yang minat sis dan jadikan sis isteri dia. No! Cuma emmmm entahlah... Belum masanya lagi. Sis tidak juga menolak takdir sekiranya bakal suami sis tu ada di HBFT yang bernama tutttt.. eh??? heheheheheheeheheheh

p/s : Sis baru ja beranjak usia bulan ni....

Friday, June 1, 2018

sekian lama

Assalammualaikum


Tahun demi tahun, masa demi masa. Lama sunggoh tidak bercoretan. Maklumlah, leka dengan dunia yang penuh pancarobah ini

Entah setelah lama memerap diri dari bidang coretan ini, tiba-tiba datang seruan halus meminta-minta untuk bercoretan lagi. Yalah, asyik-asyik buat status dalam whatsapp tu ja. Tapi mencoret itu macam liat pula. Walhal, tujuan status Whatsapp saya tu untuk seseorang itu baca, bukan yang lain. Opss!!!! heheh... Siapa seseorang tu biarlah rahsia.

Kembali bercoret ini sebenarnya berlaku saat saya bersendirian dalam kelas di bulan ramadhan yang mulia  ini. hah! sebelum pi jauh, saya bagi tahu dulu ya. Sekarang ini saya sedang dalam kursus lanjuan selama 6 bulan. Makanya dalam kursus tu saya jadi student kembali. ehe.... Ok kembali kepada part saya bersendirian. Kawan2 saya atau erti kata lain geng saya, semuanya non muslim. Jadi depa semua pergi lunch, jadi tinggai lah saya sendirian dalam kelas. Seru bercoretan tu datang sebab ilham tu asyik-asyik datang. Malahan banyak pula tu. Kalau up kan jadi status whatsapp tak dapat, sebab panjang sangat. Kebetulan pula diari buku hitam tak terbawa jadi tak mau sia-siakan ilham tu, akhirnya bukak laptop, buat blog baru then bercoretan.

Saya lupa yang saya pernah ada blog. Paling sadis adalah, saya lupa sudah tajuk blog saya dan website ini. Kalut jugalah tidak ingat tadi. Maklumlah kan, saya ni pelupa. Even kawan saya dalam kursus ini pun cakap saya pelupa... Apa boleh buat cik kak oi, sejak dah tua ni, banyak dah lupa. Nak kata urat banyak putus, taklah juga, Sebab saya ni belum kawen. Bila pula nak beranak cik kak oi... Ada kesah yang terjadi sebelum ini. Emmm namun panjang untuk diceritakan. tapi takpa, nanti saya update dari masa ke semasa. InsyaAllah cuba untuk merajinkan diri mengupdate kan blog ini. Semangat baru sebab kerajaan baru kan.... tapi paling penting adalah............................................

WAKANDA FOREVERRRRRRRRRRR!!!!!!

Thursday, August 22, 2013

Hari tua

Assalammualaikum...
Kembali bersua dalam coretan kata yang tidak seberapa... Alhamdulillah masih diberi kesempatan bernafas hingga ke hari ini... Diberi peluang untuk bertaubat.
9 ogos yang lalu adalah hari ulang tahun kelahiran saya. Alhamdulillah kini sudah naik 'pangkat' menjadi 23 tahun. Rasa sungguh tua diri ini...

Seperti tahun yang lepas, hari ulang tahun saya, saya tetap bersendirian, maksudnya kawan tiada di sisi saya... Namun syukurlah dapat balik kampung sempena raya ke2 pun jadilah. Jumpa famili dan adik beradik lain. Hmmm namun sdh terbiasa orang melupakan saya. Tidak apalah.. Dunia tidak akan bersedihan pun kiranya saya pergi...

Berganjak ke usia tua ni, buat saya rasa sangat tua. Moga hati saya terus istiqamah dalam beribadah...

#pray for egypt