Dengan menyebut nama Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang



Aku adalah seseorang
Seseorang yang punyai amarah, sedih, kecewa, bahagia, sepi, dan duka
Seseorang yang lahir ke dunia ini
Bukan untuk dihina,
Bukan untuk dicaci,
Bukan untuk dipuji,
Malah bukan untuk diangkat
Hadirnya blog ini bukan untuk berpolitik
dan bukan juga untuk berceramah
Kerna aku tidak layak untuk itu

Cukuplah kiranya blog ini sebagai peneman ku di kala sepi.




Thursday, September 30, 2010

Serba tak kena..

Hari ini, aku betul2 rasa sangatlah depressed.. huhuhuu.. stress dengan buku log aku yang belum tutup satu pun.. semua orang dah tutup, aku ja yang belum.. sedeynya..
Tak tau di mana silap aku.. aku betul2 buntu sekarang... yelah mana tak buntu, ini melibatkan markah untuk kelayakan exam.. silap hari bulan aku kena turun blog nie.. huhuhuh.. sedeynya amat.. tak tau nak minta tolong sepa.. salah aku jugak sbb tak hantar awal2.. sekarang ni rasalah akibatnya.. broken heart sngt2..aku benci diri aku.. hhuhuhu.. ke mana hilangnya Fauziah Ramidin yang dulu?? huhuhuhuh

Hari ni lagi bergaduh ngan mama.. pasal baju.. betul2 aku tertekan pasal baju. baju yang kena buat tak menepati cita rasa aku.. huhuuhuh.. macam2 masalah btol. betul hati aku nda tenang....

Saturday, September 25, 2010

Beza Dulu dan Sekarang...

"tak elok anak dara mandi tengah2 malam, nanti masuk angin", "jangan main waktu maghrib", semua tue pesan orang2 tua dulu.. banyak betul pantang larang, itu ini kena larang, banyaklah natijahnya.. tapi kenapa dorang bagi pesanan macam tue? ada sebab dorang bagi larangan macam tue.. orang2 muda zaman sekarang takkan paham.. masing2 nak sedap ja.. akibatnya, merana hidup.. Baru jak tingu crita 'Mantra'. Crita tue mengisahkan seorang lelaki yang mengamalkan ilmu hitam sebab mau membalas dendam.. Orang dulu2 pernah berpesan, perlu ada pesanan macam tue? Cukup sekali kita buat aniaya orang, pasti dapat balasan kelak sama ada di dunia atau di akhirat, sama ada dengan hukuman Allah atau hukuman yang manusia sendiri cipta.. crita 'Mantra' cukup untuk aku sedia maklum bila kita buat jahat dengan orang, orang tue akan ingat sampai bila2, sama ada dia memaafkan ataupun membalas dendam, itu terserah pada manusia sendiri.. tapi dalam crita 'Mantra' tue, dia terlalu mengikut emosi smpikan snggup mengamalkan ilmu setan semata2 untuk mendapatkan apa yang diinginkan..

orang dulu2 mengamalkan pantang larang dorang ni, sedikit sebanyak beri kebaikan dari keburukan.. Knp orang dulu2 larang main waktu maghrib? sebab maghrib adalah 'hari siang' untuk makhluk yang berada di hijab yang satu lagi menjalani hidupnya. Makhluk Allah itu banyak, dan bukan sekadar manusia, haiwan dan tumbuh-tumbuhan.. terlalu banyak hingga tak dapat terfikir dek akal manusia.. dan orang dulu menyakini akan wujudnya makhluk ghaib tu dan mereka yakin mereka bukan berseorang dalam dunia.. ada sebab knp Allah menutup pancaidera manusia ke atas alam yang satu lagi, hanya Allah sahaja yang tahu.. bukankah menyakini sesuatu yang ghaib itu umpama akidah kita..? Apa yang kita dapat lihat orang zaman sekarang nie mengabaikan kata2 orang tua nie sebab bagi dorang pemikiran orang2 tue ni dah lapuk dn terlalu primitif.. tapi lihatlah hidup orang2 dulu lebih teratur berbanding orang2 zaman sekrang.. walaupun tiada permodenan dalam kalangan orang tua, sekurang2nya dorang bijak menggunakan nikmat Allah dengan baik.. aku bagi contoh, tumbuh2an dan alam sekitar. orang2 dulu sngat menghargai tumbuh2an dan alam sekitar sebab jiwa sentiasa berasa tenang dan aman damai. Dorang tak pernah menganiaya ciptaan Allah ini kerana perasaan tamak.. tapi lihat lah orang zaman sekarang nie, snggup menganiaya tumbuh2an dek kerana mengejar alur kemodenan dan akibatnya bumi sendiri marah atas perbuatan mereka sendiri... Astaghfirullah, aku tidak layak untuk membincangkan hal ini.. lupakan hal ni..

sebagai rakyat malaysia, aku betul2 bangga dengan peningkatan industri perfileman negara ni.. walaupun bnyk rakyat malaysia sendiri mengutuk filem malaysia sendiri, tapi aku nda pernah hirau.. dari dulu smpai sekarang aku tetap support filem Malaysia walaupun jalan critanya simple.. tapi kemarin adalah filem Malaysia yang benar2 buat aku betul2 kagum dengan idea dari anak Malaysia sendiri sebab dapat mencipta filem musikal fantasi.. aku tak taulah apa pendapat rakyat Malaysia sendiri terhadap filem tue, tapi apa yang aku bangga, ada sudah peningkatan pada filem kita.. ingatkan pengarah filem di Malaysia ni hanya tau buat crita seram jak.. hehheheh.. apa2 hal pun ini adalah permulaan, harap adalah lagi idea dari pengarah2 filem yang lain untuk buat crita fantasi ni, sememangnya crita seram, atau crita2 cinta ni seolah-olah orang dah bosan nak layan.. penonton pun mau something different.. by the way, MAGIKA is the best..

Wednesday, September 22, 2010

LoNeLiNeSs



sunyi..? hmm mungkin kot.. aku betul2 rasa sunyi.. bukan sebab aku tiada kawan. kadang2 aku jeles tengok kawan2 aku yang bahagia bersama kapel dorang masing2.. dorang berkongsi rasa, perasaan, rahsia dan macam2 lagi.. ada yang berkongsi duit, berkongsi makanan, kenderaan dan banyak lagi. bahagianya dorang apabila dorang tidak berseorangan dalam menempuh alam remaja. Well, mungkin orang lain nampak aku nie perempuan ganas,rock dan brutal, tapi jauh di dasar hati aku pun perempuan yang ingin mencintai dan dicintai.. Lumrah manusia. Bak lagu Tan Sri SM salim, "di dalam diam ada hati ingin bercinta". ya, aku pun ada kemahuan untuk tulus mencintai seseorang dan mendapat respon yang sama.. Aku juga mahu dengar suara yang dirindui, ingin juga menatap wajah yang dicintai, ingin juga berkongsi rasa bersama dengan orang yang disayangi.
Aku akui ada juga secubit rasa jiwang dalam diri aku, dan rasanya tipu kalau setiap dalam hati seseorang tidak ada perasaan jiwang.. Sesetan-setan pun Qasha(Lagenda Budak Setan), hati dia tetap cair juga kerana seorang wanita yang berjaya menawan hatinya.. Kadang2 malu pla ngan kengkawan kalau aku buat statement jiwang kat FB, trus dorang mengomen itu ini.. aku paham dorang pasti geli dengan statement aku, tapi sejauh mana aku nak sembunyi kalau itu adalah diri aku yang sebenar..
Aku ada perasaan sama seperti perempuan yang lain, aku ada hati yang mendambakan cinta dari sang Adam. Jangan salahkan remaja2 yang buta kerana jatuh cinta sesama jenis, sememangnya dorang keliru antara perasaan suka, sayang dan cinta selain lemah imannya. Dorang sebenarnya hanya suka pada pasangan mereka dan dibuai dengan perasaan ingin disayangi, tapi dorang pikir sudah jatuh cinta.. dorang perlukan lebih bimbingan dan kesedaran akan larangan hubungan sesama jenis.. Kadang2 aku terpikir, adakah aku ni langsung tiada perasaan pada lelaki, sebab beribu2 lelaki yang aku kenal selama 20 tahun aku hidup ni, tiada satu pun yang melekat dihati.. kadang2 aku pun terpikir adakah aku nie songsang, tapi selama 20 tahun aku berkawan dengan kawan perempuan aku, tiada satu pun yang melekat di hati aku.. maknanya aku normal lah tue.. heheheh...
Pernah satu hari aku dengan kawan aku berbincang pasal hal lonelines ni, dia pun loney juga, no boyfriend sama macam aku.. Dia pun kadang2 jeles tengok orang lain ada boyfriend, kami senasib rupanya. Tapi dia cakap, "mungkin belum tiba masanya, satu hari nanti pasti ada". Well, sedikit sebanyak kata2 dia beri aku semangat. semangat supaya jangan pikir aku nie tak laku.. heheheheh.. mungkin satu masa nnti..
Sunnah nabi adalah nikah bukan kapel.. mostly yang kapel belum nikah tapi dorang anggap dorang dah kawen. Bila pikir balik, kalau benar lelaki tu sayang ngan seorang perempuan, kenapa tidak menikah? kenapa perlu kapel?? untuk kenal hati budi?? rasanya not necessary pun.. ada yang bercinta sampai 10 tahun, tapi bila dah nikah, tak sampai sebulan dah cerai.. kenapa time bercinta boleh bertahan tapi time hubungan dah jadi halal tak dapat pertahankan pula..? sepatutnya bila hubungan dah jadi halal rasa manis berbanding hubungan haram... hubungan haram tak semestinya buat maksiat, hubungan antara lelaki dan perempuan yang bukan kerana Allah, boleh jadi haram. Tapi siapalah aku nak mempertikaikan semua tue.. Allah yang menentukan hukum halal haram.. banyak sudah yang berkapel, terikut ngan budaya omputih... Biarlah.. macam hukum magnet, cas +ve ngan +ve=tolak cas -ve ngan +ve=melekat..