Dengan menyebut nama Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang



Aku adalah seseorang
Seseorang yang punyai amarah, sedih, kecewa, bahagia, sepi, dan duka
Seseorang yang lahir ke dunia ini
Bukan untuk dihina,
Bukan untuk dicaci,
Bukan untuk dipuji,
Malah bukan untuk diangkat
Hadirnya blog ini bukan untuk berpolitik
dan bukan juga untuk berceramah
Kerna aku tidak layak untuk itu

Cukuplah kiranya blog ini sebagai peneman ku di kala sepi.




Wednesday, September 22, 2010

LoNeLiNeSs



sunyi..? hmm mungkin kot.. aku betul2 rasa sunyi.. bukan sebab aku tiada kawan. kadang2 aku jeles tengok kawan2 aku yang bahagia bersama kapel dorang masing2.. dorang berkongsi rasa, perasaan, rahsia dan macam2 lagi.. ada yang berkongsi duit, berkongsi makanan, kenderaan dan banyak lagi. bahagianya dorang apabila dorang tidak berseorangan dalam menempuh alam remaja. Well, mungkin orang lain nampak aku nie perempuan ganas,rock dan brutal, tapi jauh di dasar hati aku pun perempuan yang ingin mencintai dan dicintai.. Lumrah manusia. Bak lagu Tan Sri SM salim, "di dalam diam ada hati ingin bercinta". ya, aku pun ada kemahuan untuk tulus mencintai seseorang dan mendapat respon yang sama.. Aku juga mahu dengar suara yang dirindui, ingin juga menatap wajah yang dicintai, ingin juga berkongsi rasa bersama dengan orang yang disayangi.
Aku akui ada juga secubit rasa jiwang dalam diri aku, dan rasanya tipu kalau setiap dalam hati seseorang tidak ada perasaan jiwang.. Sesetan-setan pun Qasha(Lagenda Budak Setan), hati dia tetap cair juga kerana seorang wanita yang berjaya menawan hatinya.. Kadang2 malu pla ngan kengkawan kalau aku buat statement jiwang kat FB, trus dorang mengomen itu ini.. aku paham dorang pasti geli dengan statement aku, tapi sejauh mana aku nak sembunyi kalau itu adalah diri aku yang sebenar..
Aku ada perasaan sama seperti perempuan yang lain, aku ada hati yang mendambakan cinta dari sang Adam. Jangan salahkan remaja2 yang buta kerana jatuh cinta sesama jenis, sememangnya dorang keliru antara perasaan suka, sayang dan cinta selain lemah imannya. Dorang sebenarnya hanya suka pada pasangan mereka dan dibuai dengan perasaan ingin disayangi, tapi dorang pikir sudah jatuh cinta.. dorang perlukan lebih bimbingan dan kesedaran akan larangan hubungan sesama jenis.. Kadang2 aku terpikir, adakah aku ni langsung tiada perasaan pada lelaki, sebab beribu2 lelaki yang aku kenal selama 20 tahun aku hidup ni, tiada satu pun yang melekat dihati.. kadang2 aku pun terpikir adakah aku nie songsang, tapi selama 20 tahun aku berkawan dengan kawan perempuan aku, tiada satu pun yang melekat di hati aku.. maknanya aku normal lah tue.. heheheh...
Pernah satu hari aku dengan kawan aku berbincang pasal hal lonelines ni, dia pun loney juga, no boyfriend sama macam aku.. Dia pun kadang2 jeles tengok orang lain ada boyfriend, kami senasib rupanya. Tapi dia cakap, "mungkin belum tiba masanya, satu hari nanti pasti ada". Well, sedikit sebanyak kata2 dia beri aku semangat. semangat supaya jangan pikir aku nie tak laku.. heheheheh.. mungkin satu masa nnti..
Sunnah nabi adalah nikah bukan kapel.. mostly yang kapel belum nikah tapi dorang anggap dorang dah kawen. Bila pikir balik, kalau benar lelaki tu sayang ngan seorang perempuan, kenapa tidak menikah? kenapa perlu kapel?? untuk kenal hati budi?? rasanya not necessary pun.. ada yang bercinta sampai 10 tahun, tapi bila dah nikah, tak sampai sebulan dah cerai.. kenapa time bercinta boleh bertahan tapi time hubungan dah jadi halal tak dapat pertahankan pula..? sepatutnya bila hubungan dah jadi halal rasa manis berbanding hubungan haram... hubungan haram tak semestinya buat maksiat, hubungan antara lelaki dan perempuan yang bukan kerana Allah, boleh jadi haram. Tapi siapalah aku nak mempertikaikan semua tue.. Allah yang menentukan hukum halal haram.. banyak sudah yang berkapel, terikut ngan budaya omputih... Biarlah.. macam hukum magnet, cas +ve ngan +ve=tolak cas -ve ngan +ve=melekat..

No comments:

Post a Comment