Dengan menyebut nama Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang



Aku adalah seseorang
Seseorang yang punyai amarah, sedih, kecewa, bahagia, sepi, dan duka
Seseorang yang lahir ke dunia ini
Bukan untuk dihina,
Bukan untuk dicaci,
Bukan untuk dipuji,
Malah bukan untuk diangkat
Hadirnya blog ini bukan untuk berpolitik
dan bukan juga untuk berceramah
Kerna aku tidak layak untuk itu

Cukuplah kiranya blog ini sebagai peneman ku di kala sepi.




Friday, May 13, 2022

Is It worth to remain silence?

 


 Ada ketikanya kita rasa semangat kita jatuh. Mungkin disebabkan keadaan sekeliling, mungkin kerana seseorang atau mungkin mindset diri kita sudah dibrainwash sejak dari kecil yang You Are Nothing. Penting sangat didikan seawal dari rumah kerana di situlah akan wujudnya peribadi diri seseorang. Macam mana IbuBapa didik anak dari rumah baik atau buruk, pastinya kelak dewasa itulah peribadi anak-anak didikan kita. Kalau negatif yang kita didik, maka manusia negatiflah yang akan bertebaran di atas bumi ini. Kalau didikan yang positif, maka manusia positif lah juga yang akan bertebaran di atas bumi ini.

Sejujurnya penting sebagai IbuBapa untuk selalu berinteraksi dengan anak tidak kira masa dan tempat. Sebaiknya biarlah interaksi itu adalah yang positif tapi ringkas pun sis rasa sudah memadai. Duduk makan semeja tidak kiralah makan sarapan bersama, makan tengahari bersama atau makan malam bersama. Sudah tentunya apabila kita berada di meja makan bersama, pastinya kita mahu berbual bukan? Bagi sis, berilah peluang juga untuk si anak turut berkata semasa makan dengan ibu bapanya sendiri. Sejujurnya sebagai seorang anak yang pernah menjadi seorang anak kecil, sis selalu menjadi pemerhati dan pendengar cerita dan bualan IbuBapa sis. Sis malah di tegah untuk bercakap semasa makan kerana dilarang bercakap depan makanan. Setelah habis makan, menonton tv bersama, sis masih tidak dapat bercerita dengan IbuBapa sis perihal harian sis di sekolah. Kerana IbuBapa sis melarang bercakap masa rancangan tv sedang bermain di kaca tv. Akhirnya sampai hari bertukar hari sis masih tidak dapat bercerita dengan IbuBapa sis apa yang sis mahu ceritakan pada IbuBapa sis. Sebab sis ‘di bisukan’ disaat emosi sis meronta ronta untuk berkongsi cerita dengan mereka. Mencabar bukan menjadi seorang sis ini🥹🥹.

Psychologist melabel setiap manusia itu ada peribadi masing-masing. Ada extrovert, ada introvert, ada ambivert dan macam-macam lagi terms yang pelbagai. Entah berapa banyak vert pun sis tak pasti. Cuma apa yang sis perhatikan, apa jua label pun yang kita label akan personaliti seseorang, sebaiknya personaliti itu dibentuk dari sebuah rumah di bawah naungan keluarga masing-masing. Bagi sis, penting sangat kasih sayang dalam keluarga itu sendiri. Sebab memang itulah darah daging kita. Semudah ucapan tahniah dari mulut IbuBapa, percayalah akan buat anak rasa dihargai dan tidak tidur malam. Betul….. Semudah pertanyaan ‘how was your day?’ Akan buat si anak rasa dianggap penting dalam rumah. Betul…. Sis tidak tipu. Kerana, sis tidak pernah dapat semua tu. Walhal sis benar-benar ingin difahami seperti itu. Jadi, bila ada kawan atau orang luar bagi perhatian sebegitu dengan sis, sis mudah rasa tersuka dengan orang tu. Sebab rasa diri ini dihargai, walau bukan dengan orang yang bukan keluarga. Rasa diri lebih rapat dengan orang yang bertanya soalan itu. Sebab itulah, banyak remaja di luar sana mungkin terlibat dengan budaya couple mungkin disebabkan mereka tidak mendapat perhatian yang mereka bayangkan oleh keluarga sendiri. 

Sis perhatikan. Melihat. Mendengar. IbuBapa yang layan anak mereka dengan layanan persis seorang kawan, berbual seperti seorang kawan, melepak seperti seorang kawan ini jarang anak mereka terjebak dengan kegiatan sosial. Sis ulangi jarang sis dengar bukan bermaksud tidak ada. Tetapi pengalaman sis sebagai seorang anak yang dididik dengan cara ‘di bisukan’, rasa terpanggil untuk minta para IbuBapa di luar sana, jangan ‘bisukan’ anak anda walau sibuk macam mana pun anda dengan kerja anda. Anak anda ingin juga didengar, mereka juga ingin dilihat oleh IbuBapa mereka sendiri kerana apa? Bagi anak kecil, IbuBapa lah superhero mereka. Jangan biarkan anak anda cari superhero mereka sendiri di luar rumah. Sebab dikhuatiri superhero orang luar ni bagi mindset yang bercanggah.. 

Selagi masih ada masa dengan anak anda, luangkan masa anda sebaiknya dengan mereka. Didik mereka dengan sebaik-baik didikan. Kerana dari didikan  anda adalah penentuan wujudnya masyarakat akan datang. Semoga kita melahirkan masyarakat yang celik ilmu dan hati yang baik. 

         Let ur child make connection with u. Let u validate ur on child. Give them the best of joy. Give them ur smile even on ur busiest day. 





No comments:

Post a Comment