Nda sangka aku terjumpa FB Jubair Juhinin. Siapakah Jubair Juhinin? (cewah macam wartawan pla). Sebenarnya dia adalah salah seorang budak matriks labuan satu batch ngan aku. Apa yang spesel sngt pasal dia sampai aku beriya-iya mengkhabarkan namanya di ruang nie? heee.. Sebenarnya dia ni spesel tang suaranya. 1st time aku dengar suara dia masa dia tengah azan untuk solat maghrib. MasyaAllah, merdunya suara dia. Nda penah lagi aku dengar suara semerdu dia, lebih2 lagi golongan muda macam aku nie. Yelah, aku kan time tu baru ja masuk asrama. Masa tu aku masih 'suci' ngan dunia luar. Means, aku nda penah berjauhan dengan parents, rumah n adik beradik. Orang2 yang aku jumpa adalah kawan-kawan itupun jumpa time sekolah sahaja. Bayangkan waktu sekolah adalah dari jam 7.30 pagi samapi jam 1 tengah hari. Hubungan aku ngan kawan sekolah hanya selama berapa jam sahaja dalam sehari. Bandingkan ngan kehidupan aku di matriks, 24 hours bersama ngan kawan-kawan n for me its kind of new thing to me. Dan si jubair ni kind of new thing to me, sebab dia pandai bertarannum, lebih2 lagi waktu dia menjadi bilal ataupun imam. Berpusu-pusu perempuan pergi surau Al-Irfan semata-mata mau mendengar suaranya yang merdu tu mengalunkan Kalam Allah. Hahahahah.. terlebih pla memberi situasi tapi memang betul pun. Setahu aku, hanya aku seorang ja yang mengagumi suaranya. Ada satu hari aku pergi kelas tutorial, kawan setutorial aku asyik betul bercerita. Aku pun yang semakin mendekat ni dengarlah perbualan dorang perihal seorang lelaki. "merdunya suaranya, setiap kali dia azan, trus aku berkemas itu ini siap sedia pergi surau mau dengar dia jadi imam. Bestnya suara dia, kalaulah aku dapat laki macam dia, bahagianya aku." (dengan muka bahagianya). Hahahahahah.. Dahsyatnya penangan si Jubair...
Aku mengakulah yang aku adalah salah seorang perempuan yang berpusu-pusu ke surau Al-Irfan untuk mendengar alunan surah dari si jubair. heheheheheh.. Cuma aku nda kenal tuan punya suara tu. Padahal masa tu namanya pun aku nda tau, ni kan pla muka dia. Aku hanya kenal suara ja. Dengan takdir Allah, aku dapatlah ikut satu perkhemahan untuk sahabat Al irfan di Tempurung, Kuala Penyu. Walaupun aku bukan ahli surau Al Irfan, aku dapat ikut juga itu pun last minit. Aku pun ikutlah dalam keadaan yang nda kenal sesiapa kecuali Azura, Farah wahidah, dayang zakiah dan Elfira. Well, kem tu sangatlah tough untuk mereka yang alim ulama nie. Heheheheh... Masa malam last kami di sana, ada beberapa orang didenda oleh sir apatah namanya. Masa tu dalam group kami Farah wahidah sudah kena denda. Memang kasihanlah tengok dia di denda. Pastu ada satu sir tunjuk arah group kami, "saya nak dalam group ni perempuan yang paling pemalu". Kami pun terkebil-kebil sesama sendiri dapat arahan macam tue. Perempuan yang paling pemalu adalah Farah Wahidah, tapi masalahnya dia sudah didenda oleh sir yang lain. Kami pun terkial-kial, then kami suruh azura pergi sebab azura pun salah seorang yang pemalu. then dia pun berlalu pergilah. Dua tiga minit macam tue dia datang. Kami pun tanyalah knp. Trus dia cakap"sir mau perempuan yang pemalu". Kami pun terkejutlah. Punyalah advance kami hantar si azura yang pemalu nie, dia mau cari juga yang pemalu. Mau ja time tu aku hantar si Farah Wahidah pi mengadap sir tue. Then, kami ada 3 orang lagi perempuan yang belum pergi. Jadi yang 2 orang perempuan pergi tapi sama juga, sir bagi jawapan yang sama. Jadi aku pergilah (walaupun aku tau yang muka aku nie memang nda tau malu). Sampai ja aku di sana, aku ternampak seorang lelaki yang nampak gelisah. Sir tu pun tanya aku "Betul awak ni pemalu?". Serba salah aku menjawab bila aku tengok mamat tue dalam kegelisahan. Kesian gak. Sekali aku pandang nampak macam pesalah yang menanti hukuman dari seorang hakim. Then dengan muka selamba aku pun jawab, "ya, saya". Walaupun dalam samar-samar, aku dapat nampak yang si sir tu menahan ketawa. 'Kurang asam punya sir, macam dia tau2 ja yang aku nie muka tembok sikit'.. Then dia pun suruh kami berdua duet lagu My Heart. Mau tergelak aku membayangkan si mamat alim yang kena hukuman ni berduet dengan aku.. Bolehkah? hahah.. Pastu terkial2 mamat tue minta lirik lagu My Heart dengan aku. Pelik aku, lagu tu punyalah popular, dia boleh nda tau. Rupa2nya dia ni jarang dengar lagu macam tue. Selalu layan nasyid. Jadi bila tiba waktu kami berduet tue, surely suara dia memang not bad, tapi nakal tau orang mengusik dia. "Merdunya taranum ko, jubair".
Then, masa di dewan kuliah, si dayang ceritakan semua tu sama si huda. waktu tulah aku tau yang dia adalah jubair si suara merdu tue. Alangkah terkejut dan terujanya aku. Teruja sebab berduet ngan mamat suara merdu versi Bilal.
Aku bercerita pasal mamat tue, bukan sebab aku syok kat dia. Cuma dia mengingatkan aku, rupa2nya ada juga golongan muda yang alim dan beriman. Bukan setakat dia seorang ja, ramai lagi kawan-kawan dia yang menjadi sahabat Al Irfan. Dia mempunyai ciri-ciri lelaki yang aku inginkan untuk menjadi suamiku, cuma Aku bukan untuk Dia. Dia layak untuk wanita yang selayaknya untuk dia. Aku? Emm, siapakah hamba Allah yang bertahan berdamping dengan aku ni..?
No comments:
Post a Comment