Dengan menyebut nama Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang



Aku adalah seseorang
Seseorang yang punyai amarah, sedih, kecewa, bahagia, sepi, dan duka
Seseorang yang lahir ke dunia ini
Bukan untuk dihina,
Bukan untuk dicaci,
Bukan untuk dipuji,
Malah bukan untuk diangkat
Hadirnya blog ini bukan untuk berpolitik
dan bukan juga untuk berceramah
Kerna aku tidak layak untuk itu

Cukuplah kiranya blog ini sebagai peneman ku di kala sepi.




Friday, March 11, 2011

Aku Sayang Mereka..


'Aku sangat sayang mereka'. 'Mereka' adalah roomate aku yang officially baru aku dapat tahun 2011.. Serius sngt, sebabkan dengan dorang aku boleh jadi diri aku yang tak perlu lagi kontrol2 macam dengan roomate aku yang dulu. Bukan kata roomate aku yang dulu nda bagus, cuma dengan roomate baru aku nie aku boleh buat lawak, aku boleh jadi diri aku yang sebenar iaitu diri aku yang sangat nakal n very nakal.. hahahah.. boleh terima kah tu?? 100% aku jadi diri aku yang sebenar dan aku bahagia kerana itu. Sangat bahagia. Ternyata dengan roomate pun aku boleh bahagia. Betapa pasti aku akan bersedih sebab tahun ni adalah tahun last untuk kursus MA. Ini bermakna, detik2 bahagiaku bersama mereka adalah tahun nie sahaja. Tinggal berapa bulan lagi ni sebelum detik bahagia ini berlalu pergi. Tak sangka nda lama lagi dah nak kerja dan kami akan berpisah jauh, bekerja dengan orang lain dan bermulalah kehidupan yang baru dengan rakan kerja yang baru dengan status yang baru iaitu sebagai MA qualified.. hehehehe.. Aku rasa, aku akan rindu gilak sama roomate aku(E,B,J, dan R).. Biarlah nama mereka rahsia dahulu. Takut dorang terbaca blog aku nie. Kantoi.....

Terus terang, sememangnya aku rasa jatuh sayang pada kedah nie. Bukan sebab orang kedah pla, tapi sebab tempat ni yang kaya dengan luasnya pemandangan hijau, padi yang membanjiri seluruh pemandangan kedah dan bagi aku, keunikan kedah adalah pada sawah padinya. Ingat lagi aku masa kecik2, waktu subjek pendidikan seni cikgu masuk dalam kelas dan selalunya cikgu busy ngan kerjanya yang berlambak2 tapi tetap mau bagi kerja pada murid-muridnya,"Murid-murid hari ni tajuk lukisan hari ini adalah bebas". Aku bab2 bebas ni memang aku nda boleh dengar, sebab benda yang aku akan lukis adalah sebuah pemandangan sawah padi yang terdapat bukit bukau dan ada matahari hampir tenggelam, ala sunset tu siap dihiasi dengan pokok kelapa dengan sulap(macam pondok arwah nenek aku dl). Hehehehe, memang nda dapat lupa bentuk lukisan aku tue. Nda sangka pla, sekarang nie aku sedang jejak kaki di negeri yang mempunyai kesemua ciri2 lukisan aku tue. Betapa Allah itu Maha Mengetahui segala yang tersirat. Memang tidak dapat dinafikan, masa mula2 terpacak di negeri kedah ni, aku memang susah terima hakikat yang aku kini di kedah, sebabkan dulu tidak terlintas pun di fikiran aku ni aku akan belajar di kedah ni. Lebih2 lagi kursus MA. Emm, bila aku kenangkan kembali pada masa tu betapa aku reject habis2an yang aku kini berada di kedah n tidak pernah terlintas pun di fikiran aku yang aku akan jatuh sayang pada negeri ni. Sekarang aku terpaksa cakap yang aku menyesal pla cakap macam tu. Tapi nak buat macam mana lagi kalau dah terlajak cakap. Rasanya tiada seorang pun tau aku cakap macam tu. Heheheh, harap2lah.

Sekarang ni bulan mac, nda lama lagi bulan april, bulan mei, jun(cuti sem), bulan julai, ogos, september, oktober dan yang paling last, disember. Berapa bulan lagi tu tempoh masa ku bersama roomate. Sekejapnyalah. Kenapa nda dari dulu lagi dorang nda jadi roomate aku kan. Semenjak aku jejak kaki di kedah nie, Kenapa baru sekarang aku dapat rasa bahagianya bersama roomate? Suatu ketika dulu aku pernah berasa lonelines berada di kedah ni, tapi sekarang aku rasa 'aku sudah punya kawan dan aku kini sangatlah bahagia' Heheheh, boleh terimakah tu? Aku nda tau mau luahkan dengan siapa kebahagian ku ni. Mau ja aku luahkan ngan roomate aku ni, tapi segan pla. Hilang macho aku nie karang. heheheh... Aku bahagia kerana mereka. Aku nda dapat lari dari kenyataan itu..

No comments:

Post a Comment