Dengan menyebut nama Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang



Aku adalah seseorang
Seseorang yang punyai amarah, sedih, kecewa, bahagia, sepi, dan duka
Seseorang yang lahir ke dunia ini
Bukan untuk dihina,
Bukan untuk dicaci,
Bukan untuk dipuji,
Malah bukan untuk diangkat
Hadirnya blog ini bukan untuk berpolitik
dan bukan juga untuk berceramah
Kerna aku tidak layak untuk itu

Cukuplah kiranya blog ini sebagai peneman ku di kala sepi.




Sunday, February 13, 2011

Sakit Itu Lumrah

"missy, sakit oo..." "missy saya tak tahan sakit lagi ni, missy tak mau tolong saya..." Inilah antara ayat yang selalu saya dengar bila praktikal dalam wad. Memang tak dapat disangkal inilah kerja saya sampai pencen, tapi kadang-kadang berbisa juga telinga ni dengar rintihan pesakit ini. Yelah kalau saya boleh buang rasa sakit tu dengan tepuk takkan, lama dah saya buat. Tak perlu lagi bersusah payah jadi MA. Senang ja dapat duit buat bisnes sendiri. Tapi kerja ini sangat lah mulia, membuat kebajikan kepada orang sakit, merawat orang sakit and as for nurses, menjaga orang sakit. Kerja ni sangatlah mulia. Namun, kerja ini akan jadi tidak mulia apabila niat jadi lain. Contohnya, saya jadi MA semata-mata untuk dapat kerja, bukan untuk kebajikan. Jadi nanti bila saya jadi MA, pasti saya akan 'torture' pesakit. Wallahuallam.

Bila pandang keadaan pesakit dalam keadaan kesakitan, kadang-kadang timbul rasa nikmatnya sihat. Manusia terkadang lupa macam mana nikmatnya sihat apabila tidak ditimpa penyakit malahan ada yang lupa ucap syukur atas nikmat sihat tu tidak lupa juga yang mengeluh itu ini tak kena asyik ikut sedap hati dorang ja. Tu yang ramai yang suka-suka hati ja buat maksiat sebab belum rasa sakit. Tapikan bila penyakit datang pun masih ada yang tak hargai nikmatnya sihat tu. Mulalah mengeluh, marah-marah, bising dan menyusahkan orang. Bila tengok pesakit terlantar di atas katil koma, terdetik di hati saya apalah yang dorang tempuhi sepanjang koma. Pernah saya nampak satu kes di wad surgikal, ada seorang pesakit umur dalam 50 an, terlantar koma di atas katil sampai ada bedsore di belakangnya. Pesakit tu siap pakai oksigen dan tangannya pula gangrene yang memang tak dapat diselamatkan lagi tangannya. Pesakit tu sememangnya tak dapat lagi bercakap tak dapat bergerak. Saya tengok pun rasa sedih juga. Lepas tu saya pergi kubikal lain pula, ada seorang pesakit umurnya dalam lingkungan 80 an. Dia masuk disebabkan angina kot tapi pesakit tu masih boleh bergerak, masih mampu tersenyum walaupun dalam keadaan sakit, kulitnya masih dalam keadaan bersih dan paling penting masih mampu untuk menunaikan solat. Bukan niat untuk membanding, tapi bila tengok keadaan dua-dua pesakit ni, banyak bezanya. Makcik yang umur 50 an, kira masih muda lagi sudah diuji oleh Allah dengan kesakitan hingga menyebabkan dia tidak dapat menunaikan solat dengan normal. Tidak tahu dalam keadaannya koma tue, dia ada solat atau tidak. Tak tahu sepanjang dia hidup. Wallahuallam. Saya tidak layak untuk mempertikaikan amal seseorang, sedangkan saya ni masih lalai dan alpa.
Saya cerita ini bukan niat untuk memalukan pesakit, tapi untuk saya mengingati diri sendiri bahawa nikmat sihat itu harus dimanfaatkan ke arah mendekati yang Esa. Kita sihat bukan untuk selamanya. Sihat itu dari Allah, sakit juga dari Allah. Sakit itu lumrah. Oleh itu, kuatkan hati dan tetapkan iman kita menghadapi cabaran dariNYA.

No comments:

Post a Comment