Dengan menyebut nama Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang



Aku adalah seseorang
Seseorang yang punyai amarah, sedih, kecewa, bahagia, sepi, dan duka
Seseorang yang lahir ke dunia ini
Bukan untuk dihina,
Bukan untuk dicaci,
Bukan untuk dipuji,
Malah bukan untuk diangkat
Hadirnya blog ini bukan untuk berpolitik
dan bukan juga untuk berceramah
Kerna aku tidak layak untuk itu

Cukuplah kiranya blog ini sebagai peneman ku di kala sepi.




Monday, August 15, 2011

Keliru













Hari ini masuklah 15 Ramadhan.. Well, aku hanya perasan hari ni 15 Ramadhan bila waktu witir yang terakhir, imam baca doa qunut... Well, my mind really gone too far lately.. Apalah aku ni, muda2 lagi sudah banyak berfikir.. Hehehehe..

Selama seminggu aku kerja syif petang, aku tiada peluang untuk pi terawikh.. Maklumlah keja kat A&E kangar, kena berulang alik dari kangar alor star mengambil masa satu jam.. Bas bertolak dari kangar dalam jam 8.15 malam.. Sampai alor star dalam jam 9 lebih2.. Bila balik ja rasa penat mau tido ja.. jadi sempat buat isyak, pastu tadarus sikit then layan mata. Nikmat tidur selepas seharian penat bekerja adalah nikmat yang paling indah. Heheheheh...

Sepadan dengan satu ayat ni, "Dia menyingsingkan pagi dan menjadikan malam untuk beristirehat dan (menjadikan) matahari dan bulan untuk perhitungan. Itulah ketentuan Allah yang Maha Perkasa lagi Maha Mengetahui."(6:96)
Hah, bukankan malam itu untuk beristirehat.. (hehehehe, aku belum mengantuk lagi tu yang masih asyik membebel di blog malam2 ni.. heheheh)













Khusyuk budak tu...





Ok, berbalik kepada solat terawikh ari ni, sepatutnya aku nak pi solat terawikh yang agak jauh sikit dari asrama kami, kira2 dalam 2km perjalanan.. Iaitu surau tepi penjara..(aku sebenarnya tak tau nama surau tu, hantam jalah cakap surau tepi penjara..) tapi memandangkan makcik guard mau ikut juga berterawikh dan bila memikirkan kesihatan dan tugasnya sebagai guard asrama kami, terpaksalah aku pi terawikh di surau wad X kira 1km perjalanan dari asrama kami. Agak sedikit kecewa, tapi nda palah anggaplah aku cuba untuk menggembirakan dia.. Bukan aku nda mau solat terawikh di surau Wad X, cuma bilangan jemaah sikit sangat. Jemaah lelaki boleh dibilang berapa orang yang datang, lagilah jemaah perempuan.. Bukan apa, jemaah lelaki sikit sangat, tak sampai pun 3 barisan. Banyak ruang kosong dibelakang jemaah lelaki pastu baru masuk shaf perempuan yang dipisahkan oleh tabir di tengah2..












Pernah aku pi satu kem dulu masa aku spm, ada sorang jemaah perempuan ini, aku tak kenal, agak berusia juga.. Masa nak berjemaah ngan jemaah lelaki, dia suruh kami rapatkan shaf ngan lelaki.. Aku pun heranlah, knp pla nak rapatkan..(bukan rapatkan shaf ngan lelaki bermaksud perempuan mencampuri shaf lelaki hingga berada satu barisan ngan lelaki), tapi jemaah tu suruh kami jangan menjarakkan terlalu jauh antara shaf lelaki ngan perempuan sehingga boleh memutuskan jemaah. Aku pun pelik lah tapi dalam masa yang sama, aku ikut ja.

Then, masa yang terluang antara maghrib ngan isyak, jemaah perempuan tu tampil ke hadapan.. Rupa2nya, penceramah jemputan pla.. Nda silap aku, dia bagi ceramah tentang kehebatan Allah.. Aku suka ceramah dia pada waktu tu.. Tapi dia tidak terangkan pasal shaf..













Ok, berbalik pada shaf tadi.. Aku tertanya-tanya, sah kah jemaah kalau shaf itu berjauhan.. Sedangkan sebelum mula solat, imam menganjurkan para jemaah untuk merapatkan shaf sesama para jemaah dari sebelah menyebelah.. tapi bagaimana pla shaf antara lelaki dengan perempuan, adakah shaf antara lelaki dengan perempuan perlu ada jarak sampai 50 meter.. Bukankah jemaah lelaki ngan jemaah wanita dipisahkan oleh tabir, maka perlu lagi kah jarak antara dua jemaah ni?? Adakah shaf itu valid?? confuse lagi... Emm, masih mencari jawapan.. Banyak artikel yang aku cari, masih belum dapat jawapan yang benar2 boleh buat aku yakin.

Keliru lagi....

No comments:

Post a Comment