
Baru ja meenonton filem karak.. Overall, oklah. Well, standardlah filem Malaysia tapi aku sebagai rakyat Malaysia of course sentiasa support. Cerita tu bagi aku best sebab ada mesej tersendiri dan sangat unik berbanding filem seram yang lain. Ceritanya memang pasal lebuh raya Karak, tapi penekanan cerita lebih kepada Ayat Kursi.
Masa masuk dalam panggung wayang tu, semua orang pakat menjerit, aku pun terkejutlah ingtkan aku yang muka macam hantu, rupa2nya cerita start sudah lah.. Aku lambat beberapa minit ja tadi. Well, start duduk ja, orang menjerit lagi. Beb, ceritanya nda seram manalah kecuali sampai pada satu scene. Pasal ayat kursi. Antara dialog pak cik dalam movie tu, "Baca ayat kursi, jangan setakat hafal sahaja ayat. Fahami maksudnya dan baca dengan yakin". Wow, aku rasa betul jugak 'pak cik' dalam cerita tu cakap.
Kebanyakkan orang, tahu baca dan hafal ayat kursi, tapi tidak mengamalkan dan faham benar2 ayat tu.. Hanya baca time takut ja. Bagi sesetengah orang, ayat kursi hanyalah penghalang atau penghalau hantu ja. Tidak ramai yang ambil tahu khasiat sebenar ayat kursi. Dalam cerita karak tu, pengarah filem tu beri gambaran dengan penonton apabila kita hanya membaca ayat kursi bila nampak hantu dan ketakutan, hantu tu siap menari-nari ada lagi yang siap mengejek. Apa taknya, baca ayat kursi pun berterabur pastu nda tau makna.. Terbahak2 hantu ketawa..(eh, itu gambaran aku ja..hee..) astaghfirullah.. Aku pun bukannya alim ulama mau mempertikaikan kebolehan orang untu membaca ayat-ayat suci ni, tapi itulah hakikatnya orang zaman sekarang. Bila takut, pasang tape ayat kursi. Lama2 hantu pun lali ngan suara orang yang sama ja baca ayat kursi. Apa salahnya gunakan suara kita yang lunak ni membaca ayat2 suci..(Lunak ke?)
Dalam cerita tu juga, pengarah filem menunjukkan betapa seorang gadis yang dulunya alim ulama, siap penah jadi juara musabaqah tiba2 bukak tudung dan kapel. siap pegang2 tangan lagi.. Itu kah gaya dan cara orang alim, berubah sepenuhnya sanggup bukak tudung dan dedahkan aurat untuk lelaki yang bukan muhrim. Dalam cerita tu juga, teguran sedikit sinis kepada kita khususnya orang islam apabila bab soal sembahyang dibabitkan. Ada satu scene, zura kiranya heroin cerita karak risau keadaan kawan2nya yang sesat dihutan. Dia mau cari tapi dihalang oleh tok malam(pak cik yang aku sebut di atas). Tok malam kata, "berapa lama sudah kamu tidak sembahyang?".. Tersentak si zura dengan statement berani mati si tok malam tu. Well, soalan tu rasanya bukan setakat untuk heroin filem tu ja, rasanya soalan tu sesuai untuk masyarakat khususnya orang islam. Yalah, kita diwajibkan solat 5 waktu sehari semalam, tapi tidak semua orang islam yang solat lengkap 5 hari sehari semalam. Ada yang 2, ada 3, ada yang 4, dan kadang2 ada yang tiada langsung. Aku pun bukan insan yang baik apatah lagi sempurna, tapi rasanya kita pun tahu hukum meninggalkan solat fardhu. Tapi bagi yang tidak tahu, meninggalkan solat itu hukumnya berdosa besar. Itu yang aku tahu, sebab aku masih lagi bertatih dalam mencari diri aku yang sebenar dan menggapai manisnya cintaNya. Aku hanya manusia biasa yang hanya ada sedikit ilmu pengetahuan tentang agama.
Apa2 hal, aku syorkan kepada semua orang untuk menonton filem Karak ni, bukan setakat ada mesej tersendiri. Aku lebih suka syorkan untuk supportlah buatan malaysia.. heheheh... Yeahhhh....!
No comments:
Post a Comment