Lokasi terkini, Klinik Kesihatan Kota Sarang Semut. 1st impression: Bolehlah..
Sampai ja kaki ku menjejak tanah di klinik ini, alhamdulilah aku nda kena gigit semut. Yelah, kot2lah ada banyak semut sejajar ngan nama tempatnya.. heheheh...
Sebenarnya hati aku berdebar-debar untuk melapor diri dengan MA di kk kota sarang semut esok.. Aku ni ilmu pun nda cukup. Sedih gak, namanya ja sem 6 tapi tahap keyakinan aku ni, 20% ja.. Tak patut, tak patut. Hidup selama sebulan di sini, harap2lah seperti yang mereka katakan, iaitu Best... Untuk predict apa yang akan terjadi esok dan seterusnya aku bukannya pak nujum pun. Ada hikmah rasanya kenapa aku ditempatkan disini, klinik kesihatan kota sarang semut. Bersangka baik ada manisnya. InsyaAllah, aku akan mengambil sebanyak mana ilmu disini..
Tadi berbual ngan partner ku bagi mengisi masa lenggang.. Agak lama kami berbual dan banyak topik yang kami bincangkan. Kebanyakan topik kami berbual, semuanya menarik. Partner ku ni seorang insan yang banyak bercakap rupanya. Banyak ideanya untuk bercerita, tak sangka aku. Dia juga seorang yang sangat memahami. Nda tau kenapa, aku selesa sangat meluah sesuatu yang tidak terluah pada orang lain tetapi dengan dia aku meluah.(ayat pusing2 pla) Padahal dia bukan kawan rapat ku. Hebatnya dia, sebab boleh buat mulutku berkata2 sesuatu yang sukar untuk ku ucapkan.. heheheh... Alhamdullilah sekurang-kurangnya aku berasa selesa dengan dia, insyaAllah untuk sebulan. Harap dia selesalah ngan aku yang pemalu ni..(hehehehe.. sopan santunlah katakan..)
Belum pun seharian di kota sarang semut, aku sudah mulai merindui mereka. Semester akhir ni.. huhuhuhu..
No comments:
Post a Comment