Atas Nama Cinta,
Kenapa sering kali perlu ada lafaz cinta?? Kenapa mesti ayat-ayat jiwa?? Adakah diriku telah jatuh cinta?? heheheh.. Rasanya semua orang suka akan kata-kata indah, tidak kira tua, muda, kaya, miskin, fakir miskin, yang berjubah mahupun pkai t-shirt, yang bertudung labuh mahupun yang pkai tudung ekspress, mesti suka akan bait-bait indah bukan?? Rasanya tak salah kiranya saya mulakan entri dengan lafaz cinta, sebab semua orang suka akan Cinta. Kerna Cinta Itu Indah. Tidak kiralah cinta sesama manusia, cinta kepada ibu bapa, cinta kepada adik beradik, cinta kepada agama, cinta kepada Allah, cinta kepada pasangan masing-masing. Bila diri mulai rasa kehadiran cinta, kita pasti rahsia bahagia.. Betul tak?? Kita ada hak untuk rasa bahagia bukan? n_n
Sejak 2 3 hari ini, telinga ku masih terngiang-ngiang akan penghinaan dari seseorang kepada aku. Seseorang yang kini telah menjadi salah seorang rumetku..(Mudah-mudahan aku diberi kesabaran untuk bersabar dengan dia untuk 2 bulan ni sahaja) Bagi ku, itulah penghinaan yang sangat pedas pernah aku terima selama aku dihina dan dimaki selama aku hidup ini. "Dasar muka kemek!"... Inilah kata2 nista yang hamba tu pernah lemparkan padaku semasa aku cuba untuk berbasa basi dengan dia. Meski peristiwa ini berlaku pada tahun 2009, cuma kadang kala aku masih dibayangi dengan kata2 nista tu. Tak pasti kalau masa tu mood dia tengah kurang stabil, tapi perlukah hina aku sebegitu rupa.? Salah aku kah andai aku dilahirkan muka kemek seperti yang hamba tu kata?? Aku tau dia cantik, comel, kurus, kulit muka halus mulus, putih juga, kiranya dia adalah Wanita Perfectlah pada luaran.. Tapi dalaman?? Nauzubillah... Bukan niat aku untuk menilai hati dia, cuma wajarkah aku dihina??
Kenapa mesti kita sesama manusia menghina sesama manusia??? Sedangkan kita diciptakan oleh pencipta yang sama. Kenapa mesti memandang rendah pada orang lain padahal Allah ciptakan kita sama taraf, maksudku cantik ataupun hodoh, Allah ciptakan manusia semua dari tanah. Tiada pula Allah ciptakan manusia yang cantik itu daripada mutiara manakala manusia yang hodoh diciptakan dari najis... Semuanya dari asas yang sama. Kenapa perlu sesama kita dihina..?
"Dan sesungguhnya Kami telah menciptakan manusia (Adam) dari tanah liat kering (yang berasal) dari lumpur hitam yang diberi bentuk." (15:26)
Dalam surah Al Mukminun pla,
"Dan sesungguhnya Kami telah menciptakan manusia dari saripati (yang berasal) dari tanah(23:12)
kemudian kami jadikan pati itu (setitis) air benih pada penetapan yang kukuh (rahim)(23:13)
kemudian air mani itu kami jadikan segumpal darah, lalu segumpal darah itu kami jadikan segumpal daging dan segumpal daging itu kami jadikan tulang belulang, lalu tulang belulang itu kami bungkus dengan daging. Kemudian kami jadikan dia makhluk yang (berbentuk) lain. Maka Maha Sucilah Allah, Pencipta yang paling Baik" (23:14)
sudah terang lagikan bersuluh, manusia semua tercipta dari tanah bermula dari Nabi Adam, kemudian anak-anak nabi adam tercipta melalui setitis air mani. Makanya semua manusia di cipta pada asas yang sama. Tidak ada sebarang perbezaan bagi yang cantik dan juga bagi yang hodoh, tidak ada ramuan istimewa bagi yang merasakan dirinya cantik, manakala tiadalah kurang ramuan dari kita yang hodoh pada penciptaan kita. Sadarkah kita semua itu???
Cukup sempurna ciptaan Allah, dijadikan kita asal dari tanah, kemudian dari setitis air mani, kemudian jadi segumpal darah, kemudian jadi segumpal daging. Satu persatu hal perciptaan manusia diceritakan dalam surah Al Mukminun. Indah kan??
Seisi semesta alam ini dicipta oleh Pencipta Yang Satu. Allah yang Maha Esa lagi Maha Kaya. Maka, wajarkah kita menghina sesama kita. Kalau benar kita mau menghina, cuba kita hina sesuatu yang tidak dicipta Oleh Allah.?? Carilah apa sahaja yang ada dimuka bumi ini yang bukan ciptaan Allah... Carilah kalau kita dapat cari..
Berbalik pada penghinaan yang sering kita terima dari orang lain, pahit, sakit, geram, rasa terhina, malu, semua ada pada orang yang dihina, namun, sama2lah kita pujuk hati kita agar jangan terlalu hanyut dengan rasa ketidaksempurnaan itu. Lumrah manusia, bila dapat sedikit kesenangan, lupa akan yang susah, bila dipuji, langsung lupa diri, bila bersedekah langsung menunjuk-nunjuk. Itulah lumrah, namun sama2lah kita hindari dari semua itu.
Demi Atas Cinta.
No comments:
Post a Comment