Alhamdullilah.
Allah menemukan kita Ramadhan kali ni. Nikmat ramadhan kali ni kerana sambil menunaikan ibadah puasa, saya dapat melakukan ibadah lain, membantu masyarakat. Namun sedih, saya terlalu sibuk kerja hingga kini belum lagi khatam untuk Ramadhan kali ni. Huhuhuhuhuhu... Sibuk benor...
Hari ini tanggal 9 ogos adalah hari kelahiran saya. Tahun ni adalah tahun kedua saya menyambut tarikh kelahiran saya pada bulan Ramadhan... Tahun pertama menyambut hari kelahiran seorang diri... hehehehe Tahun lalu pun tiada seorang pun yang ingat. Tiada sambutan pun.. Nda palah... Sekurang-kurangnya Allah meraih hari kelahiran saya ini dengan memberi nikmat oksigen dan kehidupan ini... Itu sudah cukup...
Hidup sebagai seorang warga kota kinabalu secara bujangan ini, amat besar cobaannya.. Bila mana tiada keluarga di sisi bagi mengharungi kehidupan kota bandar raya ini, tiada sahabat di sisi bagi menegur setiap kesalahan yang kita lakukan, dan tiada seorang imam(ehem..ehem..) untuk memberi tunjuk ajar buat kita. Susah? tidak juga. Cuma perit untuk menghadapi. Saya masih merasakan bahawa diri saya masih kanak-kanak. Ya, kanak-kanak apabila terjatuh pasti akan nangis, Kehilangan ibu bapa dari pandangan mereka, mulailah tercari-cari ke mana menyoroknya ibu bapa mereka, bila lapar mulai merengek, sering melakukan kesalahan dan tidak perlu fikir akan banyak masalah.
Tidak salah rasanya saya umpamakan diri saya ini seperti kanak-kanak. Kenapa? ehe...
Bila mana saya rasa lemah semangat, saya menangis. Paling teruk saya menangis teresak-esak. Kerana apa? Sebab saya rasa apa yang saya lalui terlalu sakit untuk saya telan, terlalu berat untuk diterima. Sama seperti kanak-kanak, apabila mereka terjatuh pasti mereka akan menangis kerana sudah pasti kesan jatuh itu mengundang kepada kecederaan. Kemudian kanak-kanak yang menangis pun mulai mencari ibu bapanya untuk mengadu kesakitan. Kadang-kadang menangis sampai sukar untuk berkata-kata heh! itulah kanak-kanak. Eh, begitulah saya. Hati saya masih belum kuat menempuh cabaran. Namun Allah beri pasti ada sebab. Ya pasti ada.
Saya sudah mencapai usia 22 tahun Hari ni. Usia semakin meningkat. Hmm... apa persiapan hati untuk bertemuNYa? huhuhuhuhuhuhu....
_Aduh,gelapnya hati.._
No comments:
Post a Comment