Tadi pagi jam 8.30 pagi exam subjek emergency. Bila dah jawab semua soalan, aku semak lah semua jawapan aku kebetulan ada masa lagi. Tapi lepas abes semak jawapan, still ada sedikit masa lagi. Dalam mengisi masa yang kosong tu, aku terfikir sejenak pasal who is going to be my husband? Eh, sampai ke situ pla aku pikir. Serius, selama 21 tahun aku hidup ni aku nda penah kapel. tapi tipulah kalau aku nda penah jatuh cinta. ya aku penah jatuh cinta pada seseorang. It was my first love ever.
Masa aku mula2 jatuh cinta ni masa umur 11 tahun. Nda penah aku rasa indahnya cinta sepeti mana yang aku alami masa tu, sampailah sekarang. Itu adalah yang pertama kali. Agak lucu jugalah sebab aku nda boleh dekati orang yang aku jatuh cinta tu sebab setiap kali dia ada ataupun berhampiran dengan aku, konpom aku menggigil dan berlari bertindak menjauhkan diri. Gaya ja rock tapi pemalu. hahahaha... Dia cuba untuk dekati dan kenali aku, cuma tidak dapat. Alih-alih dia pun tulis surat bagi sama aku ni. Peh.. Surat cinta pertama aku. Memang nda dapat lupalah. hahahahah... Yelah, satu sekolah tapi kami berinteraksi melalui surat ja. heheheh.. Tapi melalui surat tu lah aku kenal dia dan semakin lama cinta aku makin mendalam untuk dia. Bayangkan umur semuda 11 tahun sudah pandai berjiwang, cari ayat jiwang karat.. Hahahah memang nda boleh lupa.
Kisah cinta kami ni(walaupun masing-masing tidak pernah meluah) sampai darjah 6 juga. Masih tetap sama juga, kami berutus surat. Lucu juga sebab orang lain jadi posmen kami. Masa tahun 2002 tu, banyak gak halangan tapi abaikan. Cuma yang paling syahdu adalah surat terakhir dari dia. Yelah masa tu kan dah nak abes sekolah rendah, UPSR pun abes sudah. Masing2 akan membawa diri belajar tempat masing2. Aku tau dia satu sekolah ngan aku tapi tak sangka dia dapat tawaran lain dan belajar tempat lain. Memang syahdu gila aku time tu. Bermulalah kisah hidup aku merindui seseorang bermula pada umur 13 tahun. Well, setiap hari, setiap minit, setiap saat, dan setiap detik, fikiran aku tidak pernah luput untuk mengingat dia. Aku sentiasa nantikan cuti sekolah, sebab aku tau dia akan balik. Yalah dia pun beaufort juga ndakanlah nda balik kan. Tapi aku nda penah nampak dia. Terus terang, memang merindui seseorang tu memang sakit, perit dan sadis. Nasib ja aku ni tetap waras.
Masa tahun 2006, masa kami tingkatan 4, aku dapatlah no phone dia dari kawan aku. Punyalah melonjak aku. Yalah walaupun nda dapat berita dari dia selama 3 tahun, at least aku dapat no dia. Happy sakan aku time tu. Cuma gusar aku memikirkan ayat pertama yang aku sama dia. Hahahah.. Pikir punya pikir aku bagi pantun yang dia penah tulis dalam surat-surat yang dia penah bagi aku(actually semua surat-surat dia aku still simpan sampai sekarang, sayang mau buang.. heheheh). Trus dia dapat tau itu dari aku. Well, itu bukan mesej last. Sejak tu, kami selalu bermesej dan mesej sampai aku nda tidur malam menanti dia mereply mesej aku. Dan aku tidak akan tidur selagi dia tidak wish aku Gudnite.. hahahah.. mengada2 betul. Tpi betul im so in love at that time dan yang pasti kamu nda declair apa2 pun. setakat kawan ja.
Sekarang ni, tiada sudah kami bermesej sejak kami sama2 masuk matriks. Mungkin dia ada yang lebih bagus lagi. Yalah, siapalah aku. Aku tidak pernah berhenti cintakan dia tapi rasa cinta tu semakin lama semakin hilang. Dan kini hati aku kosong tanpa cinta ini. Sedih.. nak buat macam mana. Aku berharap sangat aku bertemu dengan seseorang yang boleh menghadirkan rasa cinta ini kembali. Bilakah? Wallahuallam. Biarlah aku sibuk2 kan diri ini.
No comments:
Post a Comment