Selama ini, mungkin aku yang tidak sedar atau buat-buat tidak sedar. Aku membawa hati yang 'busuk' ke mana-mana saja. Hati aku tidak pernah tenteram. Kenapa? Sebab hati aku penuh dengan rasa dendam. Terima kasih kepada hamba Allah yang sedikit sebanyak telah menyebabkan aku berfikir sejenak. Memang betul hati aku penuh dengan rasa dendam. Bukan aku tidak mahu maafkan dorang dan melupakan segalanya, cuma hati aku cukup ngilu bila terkenangkan peristiwa tu. Sakit sangat aku rasa. Bila aku kenangkan balik, aku pasti akan nangis. Bukan senang untuk lupakan setiap bait perkataan mereka yang mengeluarkan kata-kata tu. Satu penghinaan yang bagi aku, seolah2 keluarga kami ni hina sangat.

Aku masih ingat dengan jelas peristiwa tu. Sangat jelas dan hanya Allah saja tahu betapa sedihnya aku masa tu. Waktu tu, tiada seorang kawan pun yang berada di sisi aku sewaktu aku kesedihan. Walaupun roomate aku. Di situ aku boleh bezakan yang mana kawan yang mana lawan. Yang aku tahu, setiap malam, aku isi waktu aku di surau inspin. Dan aku lupa bila aku mulai 'sembuh' dari rasa kesedihan tu. Aku cuba untuk lupakan peristiwa tu, sedaya upaya aku. tidak mampu.. Sakit hati tu semakin lama semakin dalam.
Aku cuba mencari diri aku. Aku cuba untuk memaafkan cuma tidak mampu. Sakit itu masih ada. Aku harus cuba memaafkan diri aku.
No comments:
Post a Comment