Hari ini, pi kolej setelah sekian kebosanan di bilik selama 5 hari. Malas pun malas tapi pa boleh buat, kerana arahan dari penyelaras pi lah.. Lagipun lama2 dibilik pun bukan ada faedah juga. Dengan penuh semangat aku pi kolej hari ini solo beb dan paling awal antara semua(yakah?.. entahlah). Mana mau cari, berani mati(mati kah?.. pelik betul.). Bukan apa, perut hari ini meragam.. waktu tengah solat subuh, gastritis datang menyerang. Merana siot, terpaksalah mengeluarkan ubat aku yang lama aku nda makan. Antacids. Seingat aku mama aku prepare untuk aku sebelum aku balik kedah hujung tahun lalu. Berguna juga ubat tu untuk aku. Kesan dari ubat tu, aku pun diarealah.. Tapi stool pejal ek.. Jgn main2.. hahahahah..
Di kolej, subjek HSR. Tak sangka mau masuk sem 6 sudah kami. Bila sudah masuk sem 6, name tag pun berubah pi dari biru ke merah.. Merah????
Merah??? Sebut pasal merah, seram bro.. Bukan apa, expectations dari LP dari tempat klinikal adalah, tag merah sudah tahu banyak benda. Runsing memikirkan, sebab aku ikutkan masih banyak yang aku nda tau.. Masih banyak yang perlu dipelajari. Nda sangka tahun ke3 sudah aku berada di bumi jelapang padi ni. Aku masih ingat lagi dulu masa sem 1, lebih2 lagi waktu orientasi, aku berdoa dan berharap sangat2, supaya pembelajaran di Kedah ni cepat habes. Hehe, sebab masa tu mood sedey tinggalkan kawan matriks masih terasa ooo.. Hampir 2 sem aku mengabaikan pembelajaran aku di KPPAS ni.sebab aku nda minat MA dan nda tau apa itu MA. 2 sem tu, mana mau cari. Kalau diikutkan, mmg aku banyak sudah lost. Actually, minat terhadap MA ni, sampai sekarang belum ada. Kalau ada pun mungkin dalam 40%. tapi tidak bermakna aku hilang komitmen time kerja. Aku suka kerja ni sebab kerja ni berlandas membantu orang. Untuk timbul minat, insyaAllah time betul2 sudah kerja.
waktu break jam 9.30 pagi tadi, aku nda kuar pi makan. Duduk di dewan ja. Besalah, solo2 ja aku hari ni. Gastritis aku pun makin menjadi2. Berbekalkan ubat yang aku bawa tu lah jadi sarapan aku. Buat hal betul gastritis aku kali ni. Time tengah kelas pula tu. Untuk menghilangkan kebosanan aku pun mengacau PC di dewan tu. Kacau punya kacau, ternampak video kumpulan 21. Video perpisahan dorang rasanya. Tengah asyik aku tingu, teringat aku video yang aku pernah buat masa aku dengan geng tutorial H1T8. sebak pla.. Aku rindu saat dengan geng2 aku. Huhuhuh.. Entah bila dapat jumpa dorang. huhuhuh..
Mengisi masa lapang ngan berblog di bilik sementara menunggu kelas jam 2. hahahah.. nda dapat tido.. Perut ku masih meragam, teruk pla gastritis aku kali ni. Jangan sejarah berulang kembali daa.. Di sini teda mama untuk jaga aku. Ada kawan pun bukan boleh harap. Sabar ya wahai gaster ku, kalau nak buat hal, tunggu aku balik rumah k...
No comments:
Post a Comment