Minggu Ini, BirthdayKu.. Maka dengan rasminya aku dah masuk umur 21 tahun. Alhamdulilah masih bernafas. Semakin hari, makin meningkat bilangan umur ku.. HUHUHUHU..
Tahun ini, birthdayKu sangat2lah sadis. dari banyak kawan2ku, hanya 2 orang sahaja yang wish birthday ku.. Di ulangi, DUA ORANG SAHAJA. Sadis sangat. Antara banyak kawan yang aku anggap aku sangat sayang, hanya dua orang sahaja wish. Jadi aku sudah dapat jawapan bahawa, aku adalah orang yang tidak penting buat mereka. As Simple As That. Heheheheh... Rupanya aku hanya ada sedikit sahabat, banyak kawan dan bertimbun2 kenalan. Ala, macam yang selalu kita dengar, kawan ketawa mudah dicari, kawan menangis sukar dicari..(errr, betui kah ni..???) Hehehehe.. Whateverlah.. So, aku dah dapat jawapan, yang dorang tak anggap aku kawan pun, emm pembetulan, dorang tak anggap aku kawan mereka yang mereka sayang..(awat berputar belit ayat ni..) Hahahaha.. aku rasa bodoh, sebab aku yang terhegeh2 rindu dorang bila berjauhan, aku terhegeh2 post notes about friendship kat wall muka buku aku and yet for them, i'm nothing for them.. Hahahahah..(sangat bodoh aku ni).. Thanx to themlah kan..
broken friendship... is it?????
Forget about them, malas mau ingat pasal dorang, aku penat menangis. They ignore me, then let it be.. i Don't know how, but life must go on right????
memandangkan aku tidak tahu dengan siapa aku nak crita, i would like to share cerita ku sepanjang minggu ni di HTF.. Minggu ni, aku keja syif petang. Bahagia aku keja petang, sebab dalam seminggu ni gak aku penat disebabkan banyak kes2 red zone yang dapat aku bantu dalam pengendalian kes kecemasan. yelah, balik bilik ja memang mood tidur memanggil2... Well, bukan aku sorang ja, kawan2 seteam aku pun ada peningkatan dari segi pengendalian kes kecemasan. Aku betul2 berbangga dengan pencapaian kami. Selain tu, aku berbahagia sebab dapat berbukak posa di A&E... (bahagia ke???)
Kes yang aku ingat dan aku tertarik adalah pada hari selasa(which is my birthday), dalam jam 3 petang ada panggilan ambulans, dan kebetulan aku ditempatkan di bahagian ambulans call. Then, aku dengan penuh semangat mengambil mask ngan glove then berlari2 menuju ke ambulans call, hinggakan aku terlupa yang aku lupa habaq kat MA bertugas yang aku nak ikut. Nasib bek, MA tu sporting.. Dia bagi juga.. Alhamdullilah..
Ambulance call....
Kes MVA, langgar lari dan dalam imaginasi aku, darah dan kepatahan... Sampai ja tempat kejadian, mangsa terbaring di atas jalan raya, dan bila aku dekat ngan mangsa, stridor!!!!! Means, something wrong ngan airway nya.. Aku pun dengan larian pecut ku, mengambil Cervical collar dalam ambulans pastu pasang cervical collar kat budak tu. Biasalah, orang ramai jadi pemerhati, jadi bersemangatlah buat kerja, kot2 ada abang hensem kan.. ok gak... ahakssss..... pastu yang lain2 MA tu lah yang buat keja.. hehehehehe...
Sampai ja di HTF redzone, mangsa mmg tak sedarkan diri. No response towards pain, no verbal response, no eye respons, GCS yang aku bagi dalam 4 je kot..(kowt??????) Then mangsa tu kena intubate. Emm, Mangsa tu adalah budak tingkatan 6. bayangkan mangsa tu di intubate(masuk tiub dalam paru2 melalui mulut) yang mana cubaan beberapa DR tidak berjaya. Berkali2 di masukkan sampailah masuk, cuba bayangkan kesan trauma pada airway mangsa.. ish2..(hampir menitik air mata aku tingu...)
Alll drugs are given and still mangsa belum sedarkan diri. Then, investigasi X ray pun dibuat ke atas budak tu. Bila siap result X ray, skull, upper limb and lower limb no abnormalities, tapi bahagian abdomen, terdapat trauma di bahagian lower left hypochonriac pesakit yang mana dalam x ray terdapat oblique image pada abdomen pesakit. Dr diagnose, intra abdominal injury. Bahaya kalau terdapat intra abdominal injury, sebab ianya boleh menyebabkan kematian. Macam arwah achik spin tu..
Dr khairul, Dr pakar A&E kot, dia scan guna ultra sound untuk cari punca pendarahan, and dalam masa yang sama nasogastrik Tiub dimasukkan ke dalam mulut pesakit, belum pun masuk dalam 10 cm, banyak darah yang keluar.. Sah ada intra abdominal injury..(lambat betul aku diagnose... hahahahahah)dalam usaha mencari punca, Dr khairul refer kes ini di operation theater untuk lakukan scope(teropong dalam perut... heheheh)untuk mencari punca spesifik. pastu, aku nda tau sudah management nya.. Huhuhuhu...
Dalam detik menanti, aku nampak mama budak tu, menanti dengan resah dan penuh harapan, harapan agar anaknya berjaya di selamatkan. Dalam detik kesabaran parents di bulan Ramadhan ni, aku nampak sisa2 tangisan mamanya.. yalah, mama mana yang tidak sedey bila anaknya dalam kesakitan malah dalam pertarungan nyawa. cabaran malah dugaan tu, hanya orang yang merasa sahaja yang tahu sakitnya.. Eventhough budak tu teda kaitan dengan aku pun, aku termenangis juga. Sedey sangat.. tapi nasib bek aku pkai mask jadi tiadalah nampak air mata macho ku.. hahahahahah..
Begini kali kan kalau aku menangis dengan penuh asyikkk.....
Dan hari ini. 12 ogos 2011, aku mendapat berita yang budak tu meninggal pada 11 ogos 2011. Innalillah.. Aku sangat bersimpati ngan keluarganya, kehilangan orang yang mereka sayang pada bulan Ramadhan. Dalam detik menerima berita ni, aku pun rasa sebak. Sebak sangat. Sesungguhnya, jodoh, pertemuan, perpisahan, ajal semua telah ditentukan oleh Allah. Syukur aku masih bernafas saat aku berumur 21 tahun ni.. Bertuah budak tu, meninggal pada bulan mulia ini. pasti budak tu sangat di sayangi Allah. Al-fatihah
eh kita sebaya rupanya:)
ReplyDeletehehehehe... ye ke?
ReplyDelete