
Tajuk yang sangat menarik. Kerana semua orang pun akan punya rasa sayang pada sesama manusia. Tidak kira sesama ibubapa, saudara mara, sahabat handai dan rakan taulan..(eh bukan sama kah?)
Susah untuk aku sayang orang sebenarnya. Kerna tidak semua orang ada faktor X untuk aku sayang.. heheheheh.. Ya bebeh.. Ada beberapa sahabat yang aku sayang, cuma dorang tidak tau betapa aku sayang mereka sangat2. Bukan salah dorang, cuma aku ja tidak melahirkan secara lisan maupun perlakuan. Tapi jauh di sudut hati, Ya aku memang sayang mereka. Tak perlu rasanya aku sebut siapa mereka. Kerna cukup mereka terpahat dihatiku. InsyaAllah aku akan sayang mereka sampai bila-bila di kejauhan sehaja.

Sebab kerana memendam perasaan sayang ni lah aku sendiri menderita dengan perasaan sendiri. Dari zaman sekolahku, sampailah sekarang, aku still sayang kawan2 ku yang pernah muncul dalam hidup aku. Aku tidak lupa birthday dorang, gambar pun masih ku simpan dan surat pun masih ku simpan(ehem, yang tu cerita lain pla... hehehehe)
Cuma aku tidak wish birthday dorang di wall fb dorang, aku ada cara aku sendri untuk wish.. Bagi aku wish birthday di wall fb ni seolah2 tiada makna... Sebab dengan cara tu, semua orang pun bleh wish, kenalan biasa2 pun boleh wish. Aku lagi suka wish orang dengan something yang seseorang tu boleh guna atau simpan selama2nya biarpun dia tidak menghargai tapi cukup untuk aku merasakan puas. Yelah, takkan aku nak ganti ngan usia aku pla sebagai hadiah untuk kawan aku yang aku sayang. At least something yang bila dia nampak hadiah tu, dia akan ingat yang rupanya dia pernah ada kawan bernama ....(nama aku) satu ketika dahulu. Biarlah sahabat ku tersayang tidak ingat pun aku, cukup dia ingat aku pernah beri dia hadiah, that means a lot to me...
Teringat aku dulu, aku perhatikan salah seorang sahabat yang aku sayang ni, dia selalu bawa tisu pi sekolah. Yelah untuk kebersihan. baginya penting tisu untuk dia. Masa birthday dia, aku mau hadiahkan something sama dia yang mana dia akan ingat nnti selepas kami tamat persekolahan. Hadiah sapu tangan warna biru dan yang paling penting, di sapu tangan tu ada anyaman 'Happy Birthday Ella, From, Vivi, Ct and...(aku)'... Terharunya dia sampai dia kata dia tidak mau guna sapu tangan tu. Dia kata bermakna sangat jadi dia tidak mau kotorkan. Tapi motif kami bagi hadiah sebab mau dia guna.. ish2... tapi at least berbaloi gak, yelah walaupun hadiah sapu tangan tu taklah mahal, asalkan bagi dengan rasa kasih sayang InsyaAllah kawan tu akan menghargai.

Bagi aku nda kesahlah hadiah mahal atau murah, semua tu tak penting. Yang penting keikhlasan hati kita untuk beri hadiah kepada orang yang kita sayang, akan memberi makna yang terindah buat sahabat kita. heheheh well, aku slalu beri hadiah kat orang, tapi aku ni ja tak pernah dapat hadiah dari orang. Takpalah, siapa pun aku di mata sahabat aku, penting atau tidak aku dalam hidup dorang, Aku still sayang dorang. InsyaAllah selamanya sayang.
Teristimewa : Nur Syazwani binti Yusof,Faiznur Farhana binti Jaafar, Rumia, Ernah Binti Sudin, Shazilla Binti Sulaiman, Viviannye Paul,Azrina binti Abdul Mahed, Siti fatima, Noorazurah, Verona Ansilmus, Siti Syarifah Nurul Huda Binti Yusri, Dayang Norzakiah, Rozianah Binti Jusli, Nurul Faiza Nadwa Binti Saudey, Juvilyn Shariff, Roslinda Binti Umar, Amnah Omar, Juraineh Musalim, Nurna Nensi binti Ali.
Tersebut pula nama mereka....
ReplyDeletethanx nabil..
ReplyDelete